Author: Cik Syamina

Shanghai Kembali Menjadi ‘Pekan Covid-19’. Usaha kerajaan China untuk memulihkan Shanghai nampaknya gagal apabila lebih 25,000 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan serta pergelutan bekalan makanan dan ubat-ubatan. Baca seterusnya. SHANGHAI: Pusat kewangan China di Shanghai melaporkan lebih 25,000 jangkitan baharu COVID-19 ketika pihak berkuasa hari ini mula merangka pelan keluar daripada sekatan penutupan yang membabitkan 25 juta penduduknya itu. Beberapa kawasan ketika ini bergelut mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan selepas lebih tiga minggu dipaksa berkurung ketika China berperang membendung wabak COVID-19 terbesar sejak pertama kali virus itu ditemui di tengah Wuhan pada akhir 2019. Memandangkan usaha kini digerakkan untuk cuba menghidupkan…

Read More

Harga Tiket Ke Sabah dan Sarawak Bebankan Rakyat Di Musim Perayaan. Tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak dijangka akan naik semasa musim perayaan. Hal ini sedikit sebanyak telah membebankan rakyat yang ingin pulang ke kampung halaman. Baca seterusnya. KUALA LUMPUR – Kenaikan tambang penerbangan ke Sabah dan Sarawak semasa musim perayaan bukanlah kejutan bagi rakyat Malaysia, tetapi ia adalah senario yang dijangkakan pada setiap tahun. Dengan pembukaan semula sempadan negara dan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, bagi individu yang telah dua tahun tidak kembali bertemu keluarga disebabkan sekatan Covid-19, sudah pastilah teruja untuk pulang ke kampung halaman. Syarikat penerbangan komersial…

Read More

MySejahtera Boleh Dijadikan ‘Serbaguna’. Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Helmy Hazmi aplikasi MySejahtera boleh dijadikan serbaguna untuk mengesan penyakit yang lain selain Covid-19. Baca selanjutnya. KUCHING: Penggunaan aplikasi MySejahtera tidak sepatutnya dihadkan khusus bagi menangani wabak Covid-19, namun sebaliknya boleh dimanfaatkan menangani wabak penyakit yang lain, cadang Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Helmy Hazmi. Ujarnya, tidak dinafikan bahawa aplikasi tersebut telah banyak membantu dalam pengurusan wabak Covid-19, terutamanya dari segi pengesanan kontak rapat, pemberian HSO, pendaftaran vaksin dan maklumat terkini covid-19. “Mysejahtera telah merintis kaedah surveilans dan kawalan penyakit berjangkit dengan…

Read More

Cubaan Dua Wanita Warga Thailand Melarikan Diri Melalui Tingkap, GAGAL. Dua wanita warga Thailand dipercayai menawarkan khidmat urut dan seks melakukan cubaan melarikan diri melalui tingkat ketika diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Sungai Petani, Kedah. Baca selanjutnya. SUNGAI PETANI – Cubaan dua wanita warga Thailand melarikan diri melalui tingkap ketika diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) gagal setelah dikepung dalam kejadian jam 1.45 pagi Ahad di Taman Sejati Indah, di sini. Kedua-duanya berusia 37 dan 43 tahun itu dipercayai menawarkan khidmat urut dan seks bertindak memanjat tingkap sebelum berjalan atas bumbung untuk bersembunyi di premis sebelah. Timbalan Pengarah JIM Kedah,…

Read More

Bumbung Terbang, Dibadai Ribut. Seorang warga emas terkejut melihat rumahnya yang kehilangan bumbung serta perabot yang rosak akibat hujan lebat dan ribut yang melanda. Ia merupakan kejadian pahit yang berlaku dalam hidupnya sehingga tidak sempat menyediakan juadah berbuka buat keluarganya. Baca selanjutnya. BALING: “Saya sedang solat Asar ketika hujan lebat dan ribut melanda. Tahu-tahu, bumbung rumah hilang diterbangkan angin.’ Selesai bersolat, warga emas, Fazilah Hasan, 64, terkejut melihat bilik dan ruang rumah dipenuhi air yang menyebabkan perkakas rosak dalam kejadian di Kampung Landak Hilir, Kupang, dekat sini, kira-kira jam 4.30 petang semalam. Ketika kejadian, suaminya, Abd Rahim Taib, 70, dan…

Read More

Aplikasi Marhaen.My Cara Bantu Rakyat Versi Digital! Sebuah syarikat tempatan memperkenalkan aplikasi Marhaen.My bagi membantu rakyat di negara kita dengan kemudahan menyampaikan dana, infaq, wakaf dan sumbangan secara atas talian. Baca selanjutnya! KUALA LUMPUR : Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini oleh kerajaan ternyata memberikan kesan kepada ramai rakyat Malaysia terutama dalam sektor ekonomi. Malah, banyak syarikat terpaksa gulung tikar sekaligus membuatkan segelintir rakyat menganggur dan mencari ikhtiar untuk meneruskan kehidupan. Prihatin dengan masalah tersebut, sebuah syarikat tempatan tampil dengan inisiatif serta idea kreatif memperkenalkan aplikasi Marhaen.my. Cetusan nama Marhaen.my diinspirasikan dari kesepakatan rakyat Malaysia yang sering berkongsi…

Read More

Polis Temui Tengkorak Milik Kanak-Kanak Berhampiran Tangki Air. Polis telah menemui beberapa cebisan dan tengkorak manusia dipercayai milik kanak-kanak berhampiran tangki air di Taman Bukti Zamrud. Baca seterusnya. SEREMBAN: Polis menemui tengkorak manusia, bahagian geraham dan cebisan tulang dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di dalam kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof mengesahkan, penemuan kira-kira pukul 11 pagi itu ada kaitan dengan kes penemuan mayat wanita tanpa identiti dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus di sini pada 20 Mac lalu…

Read More

Risiko Pesakit Diabetes Lebih Mudah Dijangkiti Covid-19. Penghidap diabetes adalah tiga hingga empat kali lebih mudah untuk dijangkiti gejala Covid-19 yang serius berbanding individu yang tidak menghidap penyakit itu. Baca selanjutnya. SHAH ALAM – Penghidap diabetes adalah tiga hingga empat kali lebih mudah untuk dijangkiti gejala Covid-19 yang serius berbanding individu yang tidak menghidap penyakit itu, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Khairy berkata, memandangkan penyakit diabetes telah lama wujud dalam masyarakat kita, rakyat perlu berusaha untuk membendungnya daripada terus menular yang akhirnya akan memberi kesan terhadap kualiti hidup penduduk Malaysia. “Diabetes bukan sahaja dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan,…

Read More

Pakaikan Anak Pelitup Muka Jika Ke Bazar Ramadan. Ibu bapa disaran memakaikan pelitup muka kepada anak mereka terutamanya kanak-kanak bimbang akan Covid-19. Baca selanjutnya. KUALA TERENGGANU: Ibu bapa di negeri ini ditegur agar tidak merisikokan nyawa bayi dan kanak-kanak dengan membawa golongan itu ke tempat tumpuan ramai termasuk bazar Ramadan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, sebagai negeri kedua tercorot bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) tindakan sedemikian mampu mengundang mudarat kepada kesihatan anak-anak terutama yang belum divaksin. Malah, katanya, keadaan menjadi lebih buruk apabila segelintir golongan itu tidak dipakaikan sebarang…

Read More

Masjid Agung Natuna Mirip Taj Mahal, Lambang Kebanggaan Indonesia| Khalifah Media Networks – Masjid Agung Natuna di Kepulauan Riau, Indonesia mirip Taj Mahal menjadi kebanggaan buat rakyat di Indonesia. Baca selanjutnya. NATUNA: Sebuah masjid di daerah Natuna di Kepulauan Riau mendapat julukan Taj Mahal Indonesia kerana mempunyai landskap dan reka bentuk seakan-akan mercu tanda ikonik dunia itu. Lapor CNN Indonesia, Masjid Agung Natuna dibina atas kawasan berkeluasan 15,500 meter persegi turut menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk Natuna. Berdasarkan penulisan karya Julie Kendall dan Edi Sutrisno dalam buku berjudul ’11 Fakta Masjid Agung Natuna’. Masjid itu menjadi satu daripada mercu tanda…

Read More