Keunikan Solat Teraweh di Indonesia. Walaupun kes meningkat naik di negara tersebut, namun mereka tetap menyambut bulan Ramadan dengan mengadakan solat teraweh secara berjemaah. Baca selanjutnya. JAKARTA: Negara majoriti Islam terbesar di dunia, Indonesia menyambut permulaan Ramadan dengan solat berjemaah besar-besaran di masjid utama di bandar raya ini, selepas sekatan dilonggarkan walaupun kes jangkitan meningkat. Ribuan orang berkumpul selepas maghrib di Masjid Istiqlal di ibu kota untuk solat Tarawih, namun masih memakai pelitup muka dan menggunakan aplikasi daftar masuk. Sejak dua tahun lalu Indonesia bergelut dengan kes COVID-19 tertinggi di Asia, tetapi Ramadan ini, kes jangkitan kembali pada paras tidak…
Author: Cik Syamina
KLIA dan KLIA2 Bersedia Terima Penggembara Sempena Pembukaan Semula Sempadan. KLIA dan KLIA2 bersedia dengan pembukaan semula sempadan esok. AirAsia, antara syarikat penerbangan utama di klia2, memaklumkan terdapat 12 penerbangan antarabangsa yang dikendalikannya esok iaitu dari Kemboja, Vietnam, Indonesia, Singapura, Thailand, Bangladesh, Filipina dan India. Baca selanjutnya SEPANG – Pintu masuk utama negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersedia pada tahap tertinggi untuk menerima kedatangan serta mengendalikan pesawat dan pengembara sempena pembukaan semula sempadan negara, esok. Tinjauan di terminal utama KLIA dan klia2 hari ini mendapati petugas di lapangan terbang itu sedang membuat persiapan rapi termasuk aspek penguatkuasaan,…
Awas! Tipu Pakej Haji. Umat Islam dinasihati berhati-hati dengan pakej haji oleh segelintir agensi pelancongan. Baca selanjutnya. PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menasihati umat Islam di negara supaya berhati-hati dengan tawaran pakej haji segelintir agensi pelancongan bagi tujuan menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini. Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ketika ini Kerajaan Malaysia dan Tabung Haji masih menunggu pengumuman rasmi berhubung urusan haji bagi Musim Haji 2022 daripada Kerajaan Arab Saudi. “Pihak kami dan Kedutaan Arab Saudi mendapati segelintir agensi pelancongan mengambil kesempatan mengiklankan pakej-pakej haji mahupun upah haji…
Rakyat Kelantan Dikecualikan Bayaran Bil Air Sepanjang Ramadan. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menjelaskan bil air yang tidak melebihi RM30 akan dikecualikan bayaran sepanjang bulan Ramadan ini. Baca selanjutnya. KOTA BHARU: Pelanggan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang bilnya tidak melebihi RM30 tidak perlu membayar bil tersebut sepanjang Ramadan ini. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia melibatkan 146,660 akaun pengguna dengan kos kewangan sebanyak RM33 juta. “Untuk bulan puasa ini, mereka yang mempunyai bil air tidak lebih RM30 akan dikecualikan bayaran. “Pengecualian bayaran ini sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri kepada rakyat,” katanya ketika mengumumkan perkara itu dalam Dewan Undangan…
Pelajar B40 Terima Laptop Percuma Tahun Ini. Pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan mahasiswa universiti serta politeknik dari golongan B40 akan menerima 500 unit komputer riba pada tahun ni. Baca selanjutnya. SEREMBAN: Kerajaan negeri menyediakan 500 unit komputer riba bernilai RM1.2 juta untuk diagihkan kepada pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan mahasiswa universiti awam serta politeknik dalam kalangan kumpulan B40, tahun ini. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata setakat ini, seramai 200 pelajar STPM sudah menerima bantuan berkenaan dan selebihnya, akan diberikan kepada mahasiswa yang layak. Katanya, kerajaan negeri juga menyediakan Bantuan Sara Hidup (BSH)…
Dewan Negara Lulus Undang-Undang 98 Hari Cuti Paterniti. Dewan Negara meluluskan cuti paterniti 60 hari kepada 98 hari. Baca selanjutnya. KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021, antara lain membabitkan pertambahan cuti bersalin dari 60 hari kepada 98 hari selaras Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, selepas dibahas oleh 17 senator. Terdahulu, Awang ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata, rasional meningkatkan tempoh cuti bersalin dari 60 hari kepada 98 hari adalah bagi memastikan pekerja…
Tun Mahathir Halang Eksport Ketum Malaysia-Thailand. Tun Mahathir tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Kedah yang ingin mengeksport ketum ke negara Thailand. Banyak mudarat daripada kebaikan. Baca selanjutnya. LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk mengeksport ketum secara sah ke negara Thailand. Menurutnya, keburukan atau mudarat daripada daun ketum lebih banyak berbanding kebaikan yang ada termasuk boleh membawa kepada ketagihan yang melampau. Tambah beliau, dari sudut kesihatan, pengambilan ubatan daripada daun ketum melebihi had yang ditetapkan juga boleh membawa kepada mudarat termasuk menjejaskan tahap kesihatan. Dr…
COVID-19: Rakyat Harus Hidup dengan Aplikasi MySejahtera. Kes Covid-19 di negara kita masih belum pulih sepenuhnya. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa kita harus hidup dengan aplikasi MySejahtera sehingga waktu dan keadaan yang ditetapkan. Baca selanjutnya. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, aplikasi berkenaan bukan bertujuan untuk merekodkan lokasi pengguna, sebaliknya untuk mengesan kontak rapat kes positif Covid-19 bagi tindakan susulan. “Kita belum masuk ke fasa endemik tetapi ke fasa peralihan endemik, nak ke endemik jauh sangat. Kita masih ada ribuan jangkitan setiap hari. “Jadi MySejahtera masih berfungsi untuk beritahu kepada pengguna sekiranya mereka telah jadi kontak rapat. Dulu…
KPM Perkenal Kaedah Baru Pengambilan Guru Secara ‘One Off’. Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan kaedah Kluster Mata Pelajaran (KMP) dalam pengambilan guru secara ‘one-off’. Baca selanjutnya. KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan kaedah Kluster Mata Pelajaran (KMP) dalam pengambilan guru secara ‘one-off’ bagi memastikan tiada lambakan graduan yang mengambil Ikhtisas Pendidikan. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata langkah yang diperkenalkan itu bakal memberi peluang lebih luas kepada para graduan untuk memohon berdasarkan pemetaan ijazah sarjana muda yang bersesuaian. “Graduan yang memiliki bidang pengkhususan utama tertentu boleh memohon untuk mengisi kekosongan mata pelajaran lain yang dikategorikan dalam kluster sama, pendekatan yang…
Safiq Rahim Sebagai Ikon Buat Pemain Muda. Shahrom Kalam berpendapat Safiq Rahim boleh dijadikan ikon bola sepak buat pemain muda generasi masa kini. Baca selanjutnya. PETALING JAYA: Bekas kapten Harimau Malaya, Shahrom Kalam berpendapat Safiq Rahim seharusnya dijadikan ikon bola sepak buat pemain muda generasi masa kini. Pemain berusia 35 tahun itu, telah membuktikan kredibiliti dan keupayaannya mengemudi jentera tengah dalam dua aksi skuad kebangsaan dibawah kendalian Kim Pan Gon. Jelasnya, biarpun ada beberapa kontroversi dicetuskan Safiq sebelum ini namun lebih banyak perkara positif ditunjukkan pemain tersebut sepanjang bergelar pemain bola sepak negara. “Dia memang layak dijadikan ikon buat pemain…