Pelajar B40 Terima Laptop Percuma Tahun Ini. Pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan mahasiswa universiti serta politeknik dari golongan B40 akan menerima 500 unit komputer riba pada tahun ni. Baca selanjutnya.

pelajar
SHAH ALAM, 19 Ogos – Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Arau, Ahmad Darwish Pfordten, 16, antara pelajar yang tidak terkecuali megikuti program Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Sebagai seorang pelajar sekolah berprestij, beliau perlu memastikan pencapaian kurikulum dan kokurikulum adalah baik. Kelas PdPR seharian adalah meliputi tiga subjek sahaja dari pukul 8 pagi hingga 2.30 petang.
Manakala aktivikiti kokurikulum kelab persatuan pula dilakukan pada setiap hari Selasa dan Rabu pukul 3 ke atas. “Alhamdulillah, sepanjang PdPR Darwish dapat mengimbangkan pelajaran, kerja rumah, kerja sekolah dan keadaan diri dengan baik. Keputusan pointer pelajaran saya juga adalah baik,” katanya ketika ditemui di kediamanya hari ini.
Seperti mana yang telah kita sedia maklum, PdPR ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kebanyakan pelajar, namun setiap pelajar pasti akan mencari cara untuk mengurangkan tekanan seperti membaca novel dan menonton siri drama di aplikasi yang tersedia.
–fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

SEREMBAN: Kerajaan negeri menyediakan 500 unit komputer riba bernilai RM1.2 juta untuk diagihkan kepada pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan mahasiswa universiti awam serta politeknik dalam kalangan kumpulan B40, tahun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata setakat ini, seramai 200 pelajar STPM sudah menerima bantuan berkenaan dan selebihnya, akan diberikan kepada mahasiswa yang layak.

Katanya, kerajaan negeri juga menyediakan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada seramai 2,000 orang mahasiswa B40, membabitkan perbelanjaan berjumlah RM2.4 juta.

“Bantuan ini bertujuan meringankan beban segelintir pelajar yang amat memerlukan komputer riba bagi melancarkan proses pembelajaran mereka, manakala BSH membantu penuntut yang kekurangan wang sara hidup di kampus.

“Semua bentuk bantuan ini adalah bukti komitmen kerajaan negeri terhadap usaha memastikan kecemerlangan anak-anak dapat diteruskan tanpa halangan akibat kekangan kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama, Yayasan Negeri Sembilan (YNS), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Razali Ab Malik dan Pengarah YNS, Muhamad Nazri Kassim.

Seramai 97 siswazah cemerlang menerima wang tunai RM5,000 setiap seorang, manakala 20 daripadanya menerima hapus kira pinjaman, membabitkan nilai sebanyak RM334,800.

Mengulas mengenai kes membabitkan bekas pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Seri Iskandar, Manjung, Perak, beliau berkata, perkara berkenaan sepatutnya tidak berlaku.

“Menjadi tanggungjawab pemimpin masyarakat memberikan perhatian terhadap kepentingan jiran dan anggota terdekat, dengan melaporkan segala permasalahan atau keperluan mereka kepada pihak yang berwajib supaya kes seperti ini dapat dibantu,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply