ZURICH: Semalam, kerajaan Switzerland telah mengesahkan akan menarik semula sekatan COVID-19 bermula esok, 1 April.

switzerland

Pemansuhan ini dibuat ketika negara itu berusaha untuk ‘hidup’ dengan virus itu.

Susulan itu, kerajaan turut memansuhkan peraturan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan di kemudahan kesihatan.

Turut dimansuhkan, keperluan untuk mengasingkan diri selama lima hari selepas disahkan positif COVID-19.

Tanggungjawab untuk membendung virus itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan dengan fasa kewaspadaan yang lebih tinggi dirancang dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Berikutan tahap imunisasi penduduk yang tinggi, tiada peningkatan ketara dalam bilangan pesakit COVID-19 di unit rawatan rapi (ICU) dalam beberapa minggu kebelakangan ini, walaupun jumlah jangkitan meningkat semula dalam tempoh yang sama.

“Terdapat sedikit kemungkinan ancaman kesihatan awam dalam beberapa bulan akan datang.

“Bagaimanapun, ‘perjalanan lanjut’ wabak COVID-19 tidak boleh dianggarkan dengan pasti,” kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Tambah kerajaan, COVID-19 kemungkinan besar tidak akan hilang, namun menjadi endemik dengan gelombang virus bermusim pada masa hadapan.

Menurut kerajaan, ia juga akan menyahaktifkan sementara aplikasi Swiss COVID yang mengenal pasti mereka yang mempunyai kontak rapat dengan individu dijangkiti COVID-19.

Kes jangkitan Switzerland kekal pada tahap yang tinggi dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Semalam, lebih 16,462 kes baharu dilaporkan, walaupun hanya 165 orang memerlukan rawatan hospital.

Selepas permulaan yang perlahan, 69 peratus daripada 8.6 juta orang di negara itu sudah diberi vaksin sepenuhnya. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply