Keunikan Solat Teraweh di Indonesia. Walaupun kes meningkat naik di negara tersebut, namun mereka tetap menyambut bulan Ramadan dengan mengadakan solat teraweh secara berjemaah. Baca selanjutnya.

teraweh

JAKARTA: Negara majoriti Islam terbesar di dunia, Indonesia menyambut permulaan Ramadan dengan solat berjemaah besar-besaran di masjid utama di bandar raya ini, selepas sekatan dilonggarkan walaupun kes jangkitan meningkat.

Ribuan orang berkumpul selepas maghrib di Masjid Istiqlal di ibu kota untuk solat Tarawih, namun masih memakai pelitup muka dan menggunakan aplikasi daftar masuk.

Sejak dua tahun lalu Indonesia bergelut dengan kes COVID-19 tertinggi di Asia, tetapi Ramadan ini, kes jangkitan kembali pada paras tidak membimbangkan untuk membolehkan perhimpunan besar-besaran diadakan.

“Saya bersyukur akhirnya dapat berkumpul untuk solat Tarawih dan tidak ada sekatan ketat seperti sebelum ini kerana akhirnya kita dapat berdoa bersama-sama,” kata Tri Haryono, 28.

Sementara itu, pada minggu lalu, Presiden Joko Widodo mengumumkan bahawa mudik akan dibenarkan tahun ini selepas larangan perjalanan berkaitan pandemik menghalang amalan itu sejak dua tahun lalu.

“Situasi COVID yang semakin pulih telah membawa keyakinan kerana bulan Ramadan sudah tiba,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply