Author: Cik Syamina

Yasin Mohon Kerajaan Malaysia Keluarkan Ganja Daripada Senarai Narkotik Kes Yasin berkaitan kanabis tular di Malaydia dan dia sempat menitipkan pesan menggesa kerajaan Malaysia mengeluarkan kanabis daripada senarai narkotik. Baca seterusnya. Kes pendakwaan terhadap penyanyi terkenal, Yasin Sulaiman dikekalkan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, pertuduhan terhadap Yasin di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana menanam 17 pokok ganja itu kekal berdasarkan laporan kimia diterimanya petang semalam. Bagi peguam Yasin, Ariff Azami Hussein berkata pihaknya tiada bantahan terhadap permohonan berkenaan dan berterima kasih kepada pihak pendakwaan kerana menyediakan laporan…

Read More

Pahang Beri RM1,000 Kepada Pelajar Straight A’s. Kerajaan Pahang akan menyumbang insentif tunai RM1,000 kepada pelajar di negeri ini yang peroleh A dalam semua mata pelajaran pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021. Baca seterusnya. KUANTAN – Kerajaan Pahang akan menyumbang insentif tunai RM1,000 kepada pelajar di negeri ini yang peroleh A dalam semua mata pelajaran pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan baru-baru ini. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, insentif yang dipersetujui melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada Rabu itu melibatkan peruntukan kewangan RM300,000. Menurutnya, sumbangan ini merupakan penghargaan kerajaan Pahang…

Read More

Tarik Diri Daripada Sukan Komanwel, Zii Jia Fokus Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo Jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia sah menarik diri daripada Sukan Komanwel 2022. Baca seterusnya. KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) — Peminat sukan tanah air terpaksa melupakan hasrat melihat jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia beraksi pada Sukan Komanwel 2022, selepas beliau sah menarik diri daripada temasya di Birmingham, England, yang dijadual pada 28 Julai hingga 8 Ogos. Zii Jia berkata beliau memutuskan untuk tidak membuat penampilan pada Sukan Komanwel disebabkan jadual padat yang diharunginya sejak kebelakangan ini, di samping berhasrat memberi tumpuan…

Read More

Kalah Dengan Johnny Depp, Amber Heard Terserempak Sedang Membeli-belah Di Tempat ‘Murah’. Selepas kalah saman dengan Depp dan terpaksa membayar sebanyak USD$8.3 juta (RM36.5 juta), Amber kini dilihat hidup dalam keadaan bersederhana. Baca seterusnya. Umum rasanya sudah mengetahui apa yang berlaku di antara bekas pasangan suami isteri Hollywood terkenal iaitu Johnny Depp dan Amber Heard yang mana mereka berdua saling saman menyaman berhubung isu keganasan rumah tangga. Selepas kalah saman dengan Depp dan terpaksa membayar sebanyak USD$8.3 juta (RM36.5 juta), Amber kini dilihat hidup dalam keadaan bersederhana. Daily Mail juga melaporkan yang Amber juga dilihat telah berbelanja di sebuah pusat…

Read More

Mat Salleh Mampu Bertutur Pelbagai Bahasa, Terkaku Apabila Mendengar Wanita Ini ‘Kecek Kelate’ Semasa beliau bertemu dengan sekumpulan pelancong, Wouter telah bertemu dengan seorang wanita Malaysia yang bercakap dalam dialek Kelantan dan telah memberikan wanita Malaysia itu, €20 (RM92.50) kepadanya sebagai hadiah berjaya ‘menewaskan’ beliau. Baca seterusnya. @myedisi9 Lelaki ini menguasai banyak bahasa dunia dan akan memberikan £20 kepada mana-mana individu di jalanan yang bercakap bahasa yang dia tidak ketahui, sampailah dia jumpa wanita ini…😅#bahasamelayu #kelate� ♬ original sound – Edisi 9 Untuk menguasai satu bahasa asing memerlukan satu jangka masa lama, inikan pula mahu menguasai hampir 30 jenis bahasa…

Read More

Kulim Dilanda Banjir Akibat Hujan Lebat. Hujan lebat lebih dua jam sejak 2 petang, menyebabkan air sungai melimpah sehingga menyebabkan beberapa rumah di kawasan Mukim Selama, Mukim Relau dan Mukim Sungai Batu dinaiki air. Baca seterusnya. ALOR SETAR: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Keda Sungai Tengas di Mukim Selama, dalam daerah Bandar Baharu dekat Kulim, bagi menempatkan 18 mangsa banjir daripada empat keluarga. Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin, berkata PPS itu yang dibuka pada 8 malam, menempatkan mangsa banjir dari Mukim Selama. “Hujan lebat lebih dua jam sejak 2 petang,…

Read More

Cukai Jualan Kenderaan Berakhir 30 Jun Ini.Selepas hampir dua tahun pembeli kenderaan mendapat ‘diskaun’, akhirnya kerajaan umumkan cukai tersebut bakal berakhir pada 30 Jun ini. Baca seterusnya. Selepas hampir dua tahun pembeli kenderaan mendapat ‘diskaun’, akhirnya kerajaan umumkan cukai tersebut bakal berakhir pada 30 Jun ini. Bagaimanapun, tempoh pendaftaran kenderaan bagi menikmati insentif pengecualian cukai itu dilanjutkan sehingga 31 Mac 2023. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan itu adalah satu penyelesaian titik tengah bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula pasca-pandemik bagi memastikan kebajikan rakyat dan kesejahteraan…

Read More

“Itu Pun Nak Bangga Ke?” Berlumba-lumba Tayang Keputusan SPM Semua ‘G’. Tular trend bangga tayang keputusan SPM walau tak cemerlang di sosial media nampaknya telah mencuri perhatian ramai. Ramai juga yang tidak senang dengan trend tersebut kerana ia mampu mempengaruhi adik-adik lain untuk tidak perlu belajar bersungguh-sungguh dan dapatkan keputusan cemerlang. Baca seterusnya. Khamis lalu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 sudah pun dikeluarkan. Peperiksaan penting bagi menentukan hala tuju bagi anak-anak muda menyambung pelajaran ini menjadi antara yang mendapat perhatian ramai minggu lalu. Manakan tidak, dengan beberapa tahun sebelum ini para pelajar berhadapan dengan cabaran pandemik yang…

Read More

“Saya Menangis Tertanya Mengapa Saya Dipertemukan Dengannya”, Wanita Botakkan Rambut Kerana Putus Cinta! Tular di media sosial berkenaan tindakan seorang wanita di Indonesia yang nekad membotakkan kepalanya kerana putus cinta. Baca seterusnya. JAKARTA – Tular di media sosial berkenaan tindakan seorang wanita di Indonesia yang nekad membotakkan kepalanya kerana putus cinta, lapor laman berita Suara.com. Video wanita tersebut memotong rambut panjangnya telah dimuat naik semula oleh akaun Instagram @lambeh_turra. Rakaman video itu menunjukkan seorang wanita yang memakai t-shirt berwarna hitam yang sedang kesedihan menahan sebak. Wanita itu perlahan-lahan memotong rambutnya dengan mesin pencukur rambut. Rakaman tersebut turut menunjukkan dia sedang…

Read More

Kolaborasi Adidas X Restoran Ravi Cetus Perhatian Ramai! Ini Sebab Uniknya.. antara jenama streetwear dan restoran bukan sesuatu yang baharu dan asing namun kolaborasi terbaru oleh adidas ini paling mendapat perhatian sejak minggu lalu. Adidas telah memilih restoran terkemuka Ravi untuk menghasilkan kasut Superstar edisi terhad dan baju bagi meraikan sejarah restoran berkenaan yang bertapak di Dubai sejak 1978. Terletak di Al Satwa, Ravi adalah restoran yang sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan, pelancong dan selebriti di Dubai. Ravi menawarkan makanan asli Pakistan pada harga yang berpatutan diasaskan oleh Chaudary Abdul Hameed. ADIDAS SUPERSTAR ‘RAVI’ Anthony Bourdain merupakan adalah antara…

Read More