“Itu Pun Nak Bangga Ke?” Berlumba-lumba Tayang Keputusan SPM Semua ‘G’. Tular trend bangga tayang keputusan SPM walau tak cemerlang di sosial media nampaknya telah mencuri perhatian ramai. Ramai juga yang tidak senang dengan trend tersebut kerana ia mampu mempengaruhi adik-adik lain untuk tidak perlu belajar bersungguh-sungguh dan dapatkan keputusan cemerlang. Baca seterusnya.

Khamis lalu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 sudah pun dikeluarkan. Peperiksaan penting bagi menentukan hala tuju bagi anak-anak muda menyambung pelajaran ini menjadi antara yang mendapat perhatian ramai minggu lalu.

Manakan tidak, dengan beberapa tahun sebelum ini para pelajar berhadapan dengan cabaran pandemik yang mana sekolah ditutup dan pembelajaran di rumah dilaksanakan. Namun semua itu tidak menghalang dari ramai anak muda menerima keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini.

Biarpun begitu, satu trend bangga tayang keputusan SPM walau tak cemerlang di sosial media nampaknya telah mencuri perhatian ramai. Ramai juga yang tidak senang dengan trend tersebut kerana ia mampu mempengaruhi adik-adik lain untuk tidak perlu belajar bersungguh-sungguh dan dapatkan keputusan cemerlang.

Trend bangga tayang keputusan SPM walau tak cemerlang di TikTok ini membuatkan seorang pengguna di Twitter meluahkan pendapatnya seperti berikut:

Perkongsian semula sesalan ini telah mencuri perhatian warganet yang lain. Di ruangan komen rata-rata netizen tidak bersetuju dengan trend tersebut dan meninggalkan pendapat mereka di ruangan komen seperti berikut:

Sumber: HCL

Share.

Leave A Reply