Penyewa Dari Neraka Tinggalkan Rumah Sewa Dengan Timbunan Sampah & Najis | Seorang pemilik rumah di pekan kecil Staffordshire, England tergamam apabila mendapati rumahnya berubah 360 darjah selepas disewakan kepada penyewa dari ‘neraka’. Ian Twigg berkata, keadaan rumahnya di Hebburn, South Tyneside ibarat tongkang pecah dan dia terpaksa menggunakan khidmat pencuci profesional bagi melakukan kerja-kerja pembersihan. Tambah Twigg, penyewa yang telah melarikan diri dan tidak membayar sewa tertunggak selama enam bulan itu bukan sahaja melonggokkan sampah di segenap ruang rumah, malah turut kencing di merata tempat termasuk di atas permaidani dan belakang kabinet televisyen. Bukan itu sahaja, lebih menjijikkan tisu…
Author: Syifa' Syakinah
“Tahniah Uncle…” Lelaki Kongsi Cerita Kereta Kena Langgar. Tindakan Uncle Ni Buat Ramai RESPEK | Kemalangan yang berlaku sekarang bukan lah hanya di atas jalan raya sahaja. Kadang kala apabila kita letak kereta di tempat yang selamat, ada juga kenderaan yang lain secara tidak sengaja terlanggar kereta kita. Baru-baru ini, tular kisah seorang pemuda yang keretanya dilanggar oleh individu yang dia sendiri tidak kenali. Akan tetapi, atas sikap tanggungjawab individu tersebut, dia menulis nombor telefonnya dan selitkan di wiper kereta pemuda tersebut. Tujuan beliau melakukan tindakan tersebut adalah mahu pemilik kereta yang telah dilanggar agar menghubunginya. https://twitter.com/TheFirdausYasin/status/1427590909676310540?s=20 https://twitter.com/TheFirdausYasin/status/1427590948930736134?s=20 Apa yang…
Lelaki Nekad Cuba Terjun Jejambat Di Bukit Jelutong. Ini Puncanya | Putus cinta dipercayai menjadi punca seorang lelaki mahu terjun dari jejambat Bukit Jelutong di Lebuhraya Guthrie dekat sini, pagi tadi. Bagaimanapun, tindakan lelaki tempatan berusia 20-an itu berjaya dihalang pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pasukan menerima panggilan kecemasan mengenai cubaan bunuh diri jam 11.38 pagi dan sepasukan enam pegawai serta anggota tiba di lokasi dua minit kemudian. “Sebaik tiba di lokasi, didapati seorang lelaki tempatan cuba terjun dari jejambat yang dianggarkan setinggi 9.1 meter. “Proses…
Rider Foodpanda Rempuh Pagar Rumah Wanita, Ini Puncanya. Ada VIDEO | Seorang penghantar makanan berdepan detik cemas apabila terlibat kemalangan dan merempuh pagar sebuah rumah selepas dia dikatakan melarikan diri akibat dikejar anjing liar. Kemalangan tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) rumah penduduk tempat kemalangan berlaku. https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1428521223038795777?s=20 Menerusi video pendek berdurasi kurang 30 saat itu, dua orang wanita sedang bersembang di hadapan rumah sebelum secara tiba-tiba sebuah motosikal yang dipercayai hilang kawalan melanggar pagar rumah berkenaan. Rempuhan kuat itu menyebabkan penunggang motosikal cedera dan sukar untuk berdiri. Turut kedengaran suara anjing yang menyalak selepas insiden itu berlaku. Difahamkan, kejadian…
Pengumuman Terkini PM Sementara Ini Buat Ramai Gembira |Individu-individu yang telah lengkap menerima dos vaksin COVID-19 dibenarkan untuk makan di restoran secara ‘dine-in’ bermula Jumaat esok. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran tersebut tertakluk bagi negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta fasa seterusnya. “Saya ingin menyarankan kepada pengusaha-pengusaha premis kedai makan supaya menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik. “Risiko penyebaran virus COVID-19 adalah jauh lebih tinggi di dalam premis berbanding di luar,” katanya dalam kenyataan hari ini. Dalam pada itu, pemilik premis kedai makan perlu pastikan mereka…
Pengasas Rumah Bonda Bakal Didakwa Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Esok | Pengasas Rumah Bonda akan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, esok atas pertuduhan pengabaian terhadap kanak-kanak. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. “Beliau (pengasas rumah bonda) akan didakwa pada 20 (Ogos) ini mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya kepada Harian Metro. Sebelum ini, pengasas rumah berkenaan, Siti Bainun Ahd Razali memfailkan permohonan untuk mendapatkan semula lima anak angkatnya yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Siti Bainun, 29, dan empat ibu kandung…
(Video) Sukarelawan PPV Berbahasa Urdu Dengan Warga Bangladesh, Mudahkan Proses Vaksin | Kemahiran dapat bercakap dalam pelbagai bahasa adalah satu kelebihan buat seseorang individu. Selain dapat berkomunikasi dengan pelbagai kaum atau bangsa, kita juga dapat merantau ke negara lain dengan mudah kerana dapat faham apa yang mereka katakan. Baru-baru ini, tular sebuah video di laman Twitter mengenai seorang petugas sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksi (PPV) bercakap dalam bahasa Urdu dengan warga Bangladesh & Pakistan yang datang mahu menerima suntikan vaksin. https://twitter.com/ainsyawani/status/1426782718797357064?s=20 https://twitter.com/ainsyawani/status/1427993817542586375?s=20 Dia yang bertugas di PPV Bukit Jalil itu, mengatakan beliau sendiri mahu belajar bahasa tersebut kerana dapat memudahkan…
Pendakwah Terkenal Tampil Beri Keterangan Di Bukit Aman Berhubung Kes Gangguan Seksual | Khalifah Media Network – Pendakwah terkenal hadir ke Bukit Aman pagi hari ini, untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan polis berhubung kes gangguan seksual. Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai membawa pendakwah itu dilihat tiba di Bukit Aman pada 9 pagi. Seorang individu memakai kopiah dilihat masuk ke dalam pondok keselamatan untuk proses pendaftaran sebelum ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11). Beberapa orang dilihat ‘mengepung’ individu itu dipercayai bagi mengelak kehadirannya dirakam media. Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri…
KEJAM. Wanita Dirogol, Dipotong Tangan & Ditolak Jatuh Dari Tebing, Ini Sebab Dia Bertahan Hidup Sampai Sekarang | Ajaib, biarpun ditinggalkan dalam keadaan tangan terpotong, Mary Vincent berjaya bertahan untuk hidup selepas menjadi mangsa perogol kejam di California, Amerika Syarikat. Menurut Daily Star, wanita yang kini berusia 58 tahun itu telah diserang seorang lelaki ketika mengembara secara hitchhiking di California semasa berusia 15 tahun. Malang tidak berbau apabila suspek yang memandu tanpa arah di lokasi itu menjemput mangsa untuk naik dengannya sebelum memukul remaja itu menggunakan tukul sehingga tidak sedarkan diri, tulis Daily Star. Dipercayai menggunakan kapak tumpul, suspek kemudiannya…
(Video) Sembilan Premis Zon Bebas Cukai Bukit Bunga Terbakar | Sembilan buah premis terbakar dalam kejadian di zon bebas cukai Bukit Bunga yang menjadi persinggahan pengguna jalan raya Lebuh Raya Timur-Barat di sini hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Rafain Mat Zin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.22 pagi. Katanya, seramai 20 anggota bomba dari Balai Bomba Tanah Merah dan Jeli tiba di lokasi itu kira-kira pukul 9.44 pagi sebelum berjaya mengawal kebakaran lima minit kemudian. “Kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. Peniaga-peniaga di situ tidak sempat…