(Video) Sukarelawan PPV Berbahasa Urdu Dengan Warga Bangladesh, Mudahkan Proses Vaksin | Kemahiran dapat bercakap dalam pelbagai bahasa adalah satu kelebihan buat seseorang individu. Selain dapat berkomunikasi dengan pelbagai kaum atau bangsa, kita juga dapat merantau ke negara lain dengan mudah kerana dapat faham apa yang mereka katakan.

(Video) Sukarelawan PPV Berbahasa Urdu Dengan Warga Bangladesh, Mudahkan Proses Vaksin

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman Twitter mengenai seorang petugas sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksi (PPV) bercakap dalam bahasa Urdu dengan warga Bangladesh & Pakistan yang datang mahu menerima suntikan vaksin.

https://twitter.com/ainsyawani/status/1426782718797357064?s=20

https://twitter.com/ainsyawani/status/1427993817542586375?s=20

Dia yang bertugas di PPV Bukit Jalil itu, mengatakan beliau sendiri mahu belajar bahasa tersebut kerana dapat memudahkan urusan  vaksinasi bagi mereka yang tidak berapa mahir dalam berbahasa Melayu serta Inggeris.

Dia menyatakan bahawa proses itu menjadi lebih cepat apabila dia berkomunikasi dengan para warga asing menggunakan bahasa mereka. Gadis itu juga suka melihat reaksi warga asing apabila dia spontan bercakap dengan bahasa Urdu.

Selain itu, dia juga turut berpesan bahawa warga asing juga perlu dilayan dengan ramah, jangan sesekali meninggikan suara hanya kerana mereka tidak faham bahasa kita.

https://twitter.com/ainsyawani/status/1426901226268987394?s=20

https://twitter.com/ainsyawani/status/1426901571464355840?s=20

Selepar tular menerusi perkongsiannya, ramai warga maya berteka teki mengenai solan apa yang beliau tanyakan kepada warga asing tersebut. Menurutnya, dia hanya bertanya soalan-soalan yang asas seperti ” Adakah anda bakerja?” “Adakah anda mempunyai penyakit?” dan sebagainya.

Walakin begitu, ada juga beberapa individu warga Bangladesh atau Pakistan yang memberi kenyataan bahawa mereka boleh berbahasa Melayu dan Inggeris. Akan tetapi, gadis ini tetap mahu berbahasa Urdu supaya dia dapat lebih fasih akan datang.

https://twitter.com/ainsyawani/status/1428193330563670020?s=20

Perkongsian beliau rata-rata menerima banyak komen positif serta pujian dari kalangan warganet.

Sumber : @ainsyawani

Share.

Leave A Reply