Tular rakaman video seorang perempuan ditendang dan ditampar beberapa kali termasuk dilibas selipar oleh seorang remaja lelaki sehingga mencetuskan kemarahan warganet. Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan remaja lelaki itu dilihat beberapa kali menampar muka perempuan terbabit hingga tertolak ke dinding. Lelaki itu kemudian menyerangnya lagi dengan menendangnya sebelum bertindak menampar muka perempuan itu dengan selipar berkali-kali. Perempuan itu hanya menangis menahan kesakitan dengan memegang kepalanya di tepi dinding. Dalam kejadian itu, rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki terbabit kerana terlalu ganas. Malah netizen, turut mengecam individu yang merakam kejadian itu kerana hanya ketawa melihat tindakan lelaki itu. Setakat ini tidak…
Author: Syifa' Syakinah
Dua wanita ditahan Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) selepas didapati berkhalwat dengan dua lelaki Bangladesh dalam bilik berasingan di sebuah rumah tumpangan di Lunas semalam. Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim Anwar Shariffudin Mat Saad berkata pemeriksaan dilakukan selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan dua pasangan terbabit. “Hasil pemeriksaan di bilik pertama pada 11.30 pagi semalam mendapati, seorang wanita yang masih berstatus isteri orang dan mempunyai empat anak itu ditemui berdua-duaan dengan seorang lelaki Bangladesh. “Wanita berusia 38 tahun itu menetap di Kulim dan mendakwa memberi alasan kepada suaminya untuk mengambil lesen kenderaan hari ini,” katanya ketika dihubungi semalam. Mengulas…
Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas diserang sawan ketika berada dalam bilik air di rumah neneknya di Kampung Telok Wang Besar, Sungai Pasir dekat sini kelmarin. Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa Nur Arisa Qaisara Abdullah, 11, ditemukann ahli keluarga dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kepalanya berada dalam besen. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit tinggal bersama neneknya kerana mudah untuk dijaga berikutan kerap diserang sawan. “Ibu kanak-kanak terbabit bekerja menyebabkan dia terpaksa meninggalkan mangsa untuk dijaga neneknya yang tinggal dalam kawasan kampung yang sama. “Ketika kejadian,…
Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman, dibenar membuat rakaman video di dalam premis penjara. Penafian itu menyusul selepas tular video rakaman yang memaparkan temubual bersama Najib yang disiarkan RTM, sehingga mengundang pelbagai komen termasuk dalam kalangan pemimpin pembangkang. “Jabatan Penjara Malaysia menegaskan bahawa tiada apa-apa rakaman video yang membabitkan Najib dibuat oleh mana-mana agensi media di dalam premis penjara seperti mana yang ditularkan. “Hasil semakan menunjukkan video terbabit sudah dirakam lebih awal oleh pihak RTM sempena Kembara Keluarga Malaysia Episod 57 iaitu sebelum Najib dipenjarakan. “Video ditayangkan di TV1…
“Arwah meninggalkan empat anak dan sekarang menjadi persoalan siapa yang akan menjaga mereka. “Saya sendiri tidak menyangka suami isteri itu dipisahkan serentak,” kata Hamizura Osman, ibu saudara kepada Rosnah Ahmad, 44, yang maut bersama suami, Azranawi Radzi, 42, dalam kemalangan, semalam. Pasangan suami isteri itu meninggal dunia selepas skuter Kymco ditunggangi Azranawi dan dibonceng Rosnah terbabit nahas dengan sebuah kereta di Kilometer 2.3 Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, dekat Kota Tampan, Lenggong, kira-kira 6.15 petang. Hamizura berkata, pasangan suami isteri itu meninggalkan empat anak yang masih bersekolah, membabitkan tiga lelaki serta seorang perempuan, masing-masing berusia 16, 14, 12 dan tujuh tahun.…
Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam pergaduhan dengan seorang lelaki yang dikenali di Kampung Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, petang semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintenden Hudri Mohd Arshad, berkata dalam kejadian yang diterima pihak polis pada jam 5.00 petang, mangsa berusia 47 tahun dikatakan rebah dan disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian berhampiran motosikal miliknya. Menurutnya susulan kejadian itu pihak polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian telah menahan seorang suspek berusia lingkungan 40-an yang juga penduduk tempatan. “Berdasarkan siasatan awal, sewaktu kejadian pergaduhan itu, terdapat empat saksi yang juga penduduk setempat cuba meleraikan pergaduhan. “Selepas…
Polis bantuan cedera ditembak individu tidak dikenali ketika menunggang motosikal di Kampung Aur Tebing, Salor, di sini, malam tadi. Mangsa, Kamarul Fadzreen Kamaruzaman, 30, terkena tembakan di dada sebelah kanan dan kini mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu. Adik ipar mangsa, Shazwan Sazali, 33, ketika dihubungi berkata, dia sekeluarga mengetahui tentang kejadianyang menimpa abang iparnya, 11 malam tadi, selepas dihubungi oleh kawan baik mangsa yang juga rakan setugas. “Mangsa ada memberitahu untuk keluar berjumpa rakanya di Kota Bharu dengan menunggang motosikal sendirian. Ketika dalam perjalanan dia tiba-tiba ditembak oleh individu yang tidak dikenali. “Bagaimana pun,…
Seorang lelaki tergamak mendera anak angkatnya yang berusia empat tahun hanya kerana membuang air besar di tilam dan tidak mahu makan. Kejadian yang berlaku di sebuah pangsapuri di daerah tersebut turut disaksikan adik ipar lelaki terbabit yang tinggal bersama di rumah berkenaan sejak sebulan lalu sebelum dia melaporkan perkara itu kepada polis, semalam. Suspek yang berusia 30 tahun itu dikatakan bertindak memukul kanak-kanak lelaki itu sejak sebulan yang lalu. Terbaru, dia melakukan perbuatan itu pada jam 7 malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, adik ipar suspek yang berusia 19 tahun pada mulanya bertengkar…
Seorang murid Tahun Lima maut akibat ditimpa tiang gol ketika sedang melakukan aktiviti sukan di sebuah sekolah di Pekan Manggatal di sini, tengah hari semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari itu, mangsa berusia 11 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Likas, di sini. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lok Yuk, Manggatal. Beliau berkata, mangsa dipercayai ditimpa besi palang tiang gol ketika berlangsungnya aktiviti sukan tahunan sekolah di padang. “Kejadian itu disedari oleh bapa mangsa dan juga…
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui sidang media sebentar tadi memaklumkan bahawa tarikh mengundi Pilihan Raya Umum (PRU15) ditetapkan pada Sabtu, 19 November 2022 ini. Sementara itu, SPR turut menetapkan tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November 2022 yang jatuh pada hari Sabtu. Bagi pengundian awal pula, ditetapkan pada 15 November 2022 iaitu hari Selasa. SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU15 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 10 Oktober lepas. Pembubaran Dewan Rakyat dibuat selepas mendapat perkenan daripada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong…