Lelaki disyaki memandu kereta sambil menghisap gam di Lebuh Ayer Keroh menghala ke Banda Hilir, baru-baru ini, sudah dipanggil polis untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tindakan pemandu berusia 33 tahun itu dikesan pihaknya kira-kira 4 petang, Jumaat lalu, menerusi video 17 saat yang yang dimuat naik di Instagram. Beliau berkata, bagaimanapun masa dan tarikh sebenar kejadian tidak dapat dipastikan, sebelum risikan dibuat Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah. “Kira-kira 11 malam keesokan harinya, pihak polis kemudian pergi ke rumah di Kampung Bukit Pegoh, Pernu, dan berjumpa dengan…
Author: Syifa' Syakinah
Bimbang dicekup, seorang lelaki sanggup menikam anggota polis menggunakan pisau ketika cuba melepaskan diri di Kampung Paya Mat Insun, Bukit Jenun, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian 7 malam itu, Lans Koperal berusia 20-an terbabit cedera di kedua-dua betis akibat ditikam suspek dan bengkak tangan kiri kerana bergelut dengannya. Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika empat pegawai serta anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri melakukan operasi di kawasan terbabit. Menurutnya, ketika itu anggota polis melihat lelaki dalam keadaan mencurigakan berdiri berhampiran motosikalnya sambil memegang plastik hitam. “Anggota menghampiri lelaki terbabit…
Tujuh individu ditahan atas dakwaan membunuh seorang lelaki berusia 21 tahun di mana mayatnya ditemui di sebuah belukar di Mograhat, India. Memetik laporan Indian Express, mangsa yang dikenali sebagai Ayan Mondal berasal dari Haridevpur dibunuh pada Rabu malam selepas dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan seorang gadis serta ibunya. Kejadian mula disedari keluarga Mondal selepas lelaki itu tidak pulang ke rumah selepas beberapa hari seterusnya pihak polis India menemui mayatnya di daerah Parganas 24 Selatan pada petang Jumaat. Dalam pada itu, polis memaklumkan individu yang ditahan termasuk gadis, ibu, bapa, abang, dua rakan serta pemandu yang membawa mayat ke Mograhat. Difahamkan,…
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak sesuai diadakan semasa Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini. Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, PRU-15 tidak wajar dilakukan tahun ini khususnya dalam keadaan perubahan iklim yang sedang berlaku. “Jika mengambil kira pandangan kami daripada komuniti pengurusan bencana, secara umumnya kami tidak menggalakkan untuk diadakan PRU15. “Ini kerana dalam tempoh peralihan MTL akan banyak lokasi di seluruh Malaysia menghadapi kemungkinan bencana banjir. “Oleh itu, dari segi kesesuaian cuaca memang tidak membantu untuk diadakan pilihan raya kerana kita banyak bergantung kepada…
Tular sebuah video seorang kanak-kanak yang dipercayai dibiarkan secara berbahaya di sebuah tingkap kondominium di Johor Bahru pada Khamis, 6 Oktober 2022. Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Raub Bin Selamat berkata dalam satu kenyataan hari ini, kejadian tersebut berlaku di sebuah kondominium di Larkin melibatkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun pada Rabu, 5 Oktober 2022. “Kanak-kanak tersebut dikatakan bermain di luar tingkap tingkat 16 di kondominium itu tanpa pengetahuan bapa saudaranya dan ahli keluarga yang lain. “Semasa kehadiran pihak polis di tempat kejadian, pihak kami mendapati kanak-kanak tersebut telah tiada di rumah dan dikatakan telah mengikuti bapanya pulang ke…
Tumpuan para media pastinya terarah pada Istana Negara selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini. Pastinya pelbagai tanda tanya serta persoalan bermain di fikiran rakyat ketika ini memandangkan desas-desus berkenaan pembubaran Parlimen semakin bertiup kencang. Perkara ini dikuatkan lagi dengan kesepakatan yang dibuat menerusi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini yang bersetuju agar pembubaran Parlimen dilaksanakan dalam masa terdekat iaitu pada tahun ini juga. Namun, sehingga kini Perdana Menteri masih lagi berteka teki dengan tarikh penting itu. Justeru, pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah…
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan tertutup bersama kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri, malam ini. Pertemuan tertutup itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi di Saujana dijadualkan bermula 9 malam ini. Kenderaan rasmi Ahmad Zahid dilihat memasuki pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar jam 8.16 malam tadi. Difahamkan kesemua pemimpin utama Umno Johor selain 40 Adun sudah berada di kediaman rasmi sejak jam 8 malam tadi. Turut dijadualkan hadir ke pertemuan tertutup itu adalah Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan yang…
Seorang buruh pembinaan ditemukan maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pendawaian elektrik i tapak pembinaan rumah di Bukit Penyau di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 10.20 pagi itu, lelaki berusia 22 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring oleh seorang penyelia tapak pembinaan berkenaan. Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan terjumpa mangsa dalam keadaan terbaring di tapak pembinaan itu. “Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah pergi ke tempat kejadian dan menemukan seorang lelaki pekerja tapak pembinaan warga tempatan terbaring dalam tapak pembinaan itu. “Turut ditemukan berhampiran mayat ialah wayar elektrik yang…
Datuk Seri Najib Razak hari ini memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara tidak membenarkannya menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu. Permohonan itu difailkan melalui peguamnya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi hari ini pada jam 1 tengah hari. Peguam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, yang mengesahkan langkah itu ketika dihubungi media, berkata Najib memohon dua perisytiharan dalam permohonan berkenaan iaitu diberikan kebenaran akses kepada pegawai parlimennya bagi menjalankan fungsi beliau sebagai ahli Parlimen. “Permohonan kebenaran itu juga bagi perisytiharan beliau dibenarkan menghadiri persidangan Dewan Rakyat,” katanya melalui aplikasi Whatsapp. Isnin lalu, peguam, Tan Sri…
Polis sedang menjalankan siasatan berkaitan insiden kekecohan dan pergaduhan melibatkan beberapa individu di Flat PKNS, Kampung Baru, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima maklumat berkaiatan kejadian tersebut kira-kira pukul 11.35 malam. Katanya, susulan maklumat itu, beberapa anggota kereta peronda polis (MPV) bergegas ke lokasi kejadian. “Beberapa individu terlibat telah dikenal pasti dan tindakan lanjut akan diambil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Sumber : Kosmo