Modus operandi yang digunakan adalah ingin membayar bil isteri bersalin dengan mensasarkan hospital dan klinik di bandar ini untuk mendapatkan wang. Taktik itu didakwa digunakan seorang lelaki berusia sekitar 30-an yang menghampiri mangsa berbekalkan wajah sedih dan menangis sambil memberitahu tiada wang atau kewangan tidak mencukupi untuk membayar kos rawatan isteri yang bersalin. Difahamkan taktik itu dilakukan sejak beberapa bulan lalu dan sudah ramai yang menjadi mangsa termasuk seorang pengusaha butik pengantin, Siti Nurul Salsabila Mohd Zaki, 27. Siti Nurul Salsabila mendakwa, kejadian itu menimpa adik lelakinya di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM), Kubang Kerian, dua minggu lalu. “Ketika…
Author: Syifa' Syakinah
Seorang kanak-kanak mencetuskan suasana cemas seketika apabila terpaksa menahan sakit lebih 30 minit susulan kepalanya tersangkut pada sebuah kon plastik di Sekolah Kebangsaan (SK) Api-Api di sini, tengah hari tadi. Namun kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun itu bernasib baik kerana berjaya diselamatkan anggota bomba. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Mohd Ezal Azman memaklumkan sebelum itu pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu jam 1.28 tengah hari tadi. Katanya, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi mendapati terdapat seorang kanak-kanak tersangkut kon di kepala. “PKO bertindak memotong kon tersebut menggunakan peralatan khas dan mengeluarkan kepala mangsa dengan selamat.…
Sungguh kejam seorang wanita di India dirogol enam lelaki kira-kira empat jam di depan suaminya sendiri. Insiden itu berlaku malam Sabtu lalu di sebuah bukit Kampung Bakoria-Bhalwahi yang terletak dalam bidang kuasa kawasan balai polis Satbarwa di Palamu Jharkhand. Polis menahan dua suspek dari kampung Bakoria iaitu Bhola Ram dan Dharmendra Ram serta melancarkan operasi mencari untuk menangkap suspek lain yang terbabit dalam kes itu. Selepas menerima laporan daripada suami wanita itu, Rishikesh Kumar Rai, yang bertanggungjawab di balai polis Satbarwa, menghantar wanita itu ke MMCH Medininagar untuk pemeriksaan kesihatan. Saudara mangsa yang hadir ke balai polis Satbarwa berkata, wanita…
Seorang pengarah urusan sebuah syarikat ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung dalam sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Ringan Sungai Tukang dekat sini, semalam. Pada kejadian jam 7.55 pagi itu, polis menerima panggilan daripada seorang pekerja yang memaklumkan melihat mangsa iaitu seorang lelaki warga Jepun berusia 47 tahun, tergantung dengan tali nilon pada alang besi di tingkat bawah kilang berkenaan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pemeriksaan di lokasi turut menemui tangga di sebelah mayat mangsa yang tergantung pada ketinggian kira-kira lima meter. “Hasil keterangan saksi, mangsa sudah hampir 10 tahun bekerja dengan syarikat berkenaan yang…
Sekurang-kurangnya seorang mangsa tertimbus dalam kejadian runtuhan bangunan sedang dalam pembinaan di Oxley Towers, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, hari ini. Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 12.23 tengah malam tadi. Katanya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan BBP Keramat segera dikejarkan ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi, bomba mendapati kejadian membabitkan sebuah bangunan dalam pembinaan runtuh di tingkat 51. “Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa dipercayai sudah tertimbus,” katanya. https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1574593760545017857?s=20&t=vPStv4vreVRpzGf-leo2HA Seorang pekerja binaan maut dlm kejadian runtuhan konkrit di tingkat 51 bangunan sedang dalam pembinaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur tengah malam tadi.…
Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membuat laporan polis palsu berhubung sebuah madrasah pemulihan dadah kendalian sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini pada 21 Ogos lalu. Tertuduh, Zuraina Zamri, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Mohamad Redza Azhar Rezali. Berdasarkan pertuduhan, Zuraina didakwa membuat laporan dengan memberikan maklumat secara bertulis iaitu laporan polis Sri Muda yang diketahuinya palsu. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.45 tengah malam di Balai Polis Taman Sri Muda, Seksyen 25 pada 21 Ogos. Justeru dia didakwa telah melakukan satu kesalahan…
Ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin kencang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan bila beliau akan membubarkan Parlimen. Perdana Menteri berkata sebarang keputusan mengenai tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada perbincangan dalam kalangan pemimpin tertinggi Umno pada 30 September ini. “Pada 30 hari bulan, petang ada (mesyuarat) Top 5 dan biro politik, malam ada MT (Mesyuarat Tertinggi). Jadi kita tunggulah,” katanya pada sidang media di akhir lawatan kerja empat hari ke Amerika Syarikat. Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden Umno berkata, beliau belum mendapat maklumat mengenai agenda mesyuarat MT Umno. “Saya pun tak tahu apa agenda…
Warga emas bergelar datin yang ditemui maut dengan kesan kecederaan pada badan di rumahnya di Taman Paroi Jaya, Jumaat lalu disifatkan penduduk setempat sebagai seorang yang pemurah dan suka membantu penduduk. Seorang penduduk dikenali Airil, 42, berkata, keluarga arwah Datin Noraida Nordin, 75, terutama suaminya, Datuk Madzlan Ahmad, 82, sangat dikenali penduduk kawasan perumahan mereka dan sekitar. “Saya amat mengenali keluarga arwah, malah anaknya, Fandi adalah kawan saya dan kami berkawan baik sejak kecil lagi. “Saya terkejut apabila mendapat tahu datin meninggal dunia dalam satu kejadian samun. Saya amat simpati dengan kejadian yang menimpa arwah. “Arwah dan keluarganya sememangnya orang…
Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas jalan raya di Jalan Kampung Korikot, Tambunan, semalam. Bayi cukup sifat itu ditemui orang awam kira-kira jam 1.05 pagi sebelum melaporkan kepada pihak polis. Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi itu pada jam 2.38 pagi. Katanya, siasatan awal mendapati bayi perempuan itu dijumpai orang awam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. “Bayi itu ditemukan cukup sifat di atas jalan raya dalam keadaan dibalut dengan kain putih bercorak bunga. “Orang awam yang terkejut dan terus mengangkat bayi…
Polis sedang mengesan seorang lelaki tular memanah seekor anjing di bahagian kepala sehingga mati dalam kejadian dipercayai di hadapan sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan keterangan seorang pengawal keselamatan, kejadian itu dipercayai berlaku pada Rabu. “Setakat ini tiada laporan diterima dan polis dalam usaha mengesan serta mengenal pasti suspek terlibat. “Tiada kertas siasatan dibuka setakat ini tetapi jika suspek berjaya dikesan polis akan jalankan siasatan atas kesalahan penganiayaan terhadap binatang,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. Ashari berkata, tidak menjadi kesalahan untuk memiliki, membeli atau membawa panah di tempat…