Datuk Seri Najib Razak dan anak lelakinya Datuk Mohd Nazifuddin hari ini berjaya mendapatkan perintah untuk menggantung pelaksanaan penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kes cukai tertunggak berjumlah lebih RM1.7 bilion dihadapi mereka sementara menunggu pelupusan rayuan di Mahkamah Persekutuan. Perintah itu direkodkan oleh panel tiga hakim terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Rhodzariah Bujang. “Perintah untuk menggantung pelaksanaan penghakiman terus dibenarkan sementara menunggu pelupusan rayuan kedua-dua perayu di Mahkamah Persekutuan,” kata Tengku Maimun dalam prosiding yang dijalankan melalui sidang video, hari…
Author: Syifa' Syakinah
Kerja-kerja untuk mengeringkan kolam takungan air ladang durian musang king di puncak Gunung Inas di Baling perlu mendapat kebenaran pemiliknya sebelum langkah seterusnya diambil oleh pihak berkaitan. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, jika pemilik ladang tersebut memberikan kebenaran maka kerja-kerja untuk mengeringkan kolam takungan tersebut dapat dilakukan. “Saya difahamkan (kolam takungan di puncak Gunung Inas) hendak dikeringkan, saya kata bukan minta pada kerajaan negeri, tetapi kena minta izin pemilik. Kalau dibenarkan pemilik, maka boleh dikeringkan kolam.
Seorang lelaki meninggal dunia selepas dilibas abangnya menggunakan parang sabit dalam satu pergaduhan di hadapan rumah di Jalan Landeh, Batu 10 di sini, jam 7.30 petang semalam. Mangsa yang berusia 49 tahun meninggal dunia akibat pendarahan teruk. Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, terdahulu, mangsa yang membawa sebilah parang sabit mendatangi abangnya yang berusia 60 tahun dalam keadaan marah-marah. Mangsa disyaki berada di bawah pengaruh alkohol. “Mangsa terlebih dahulu cuba menyerang abangnya tetapi senjata terbabit berjaya dirampas. “Selepas merampasnya, suspek melibas kembali senjata terbabit. Ia mengenai betis kiri mangsa sehingga menyebabkan pendarahan teruk. “Mangsa segera…
Baru-baru ini, Fazura telah menyambut ulang tahun kelahiran suaminya, pelakon Fattah Amin dan dilihat membuat kejutan dengan cukup meriah apabila ia dihadiri juga oleh rakan-rakan mereka. Fazura bagaimanapun di Instagram turut memuat naik beberapa keping foto dan terdapat juga video momen bahagia menyambut ulang tahun kelahiran Fattah Amin serta ditinggalkan ribuan tanda suka oleh peminat dan pengikut. View this post on Instagram A post shared by Nur Fazura (@missfazura) Namun begitu, nampaknya tidak hanya itu yang menjadi tumpuan apabila satu akaun di platform TikTok menarik perhatian peminat dan warganet mengenai satu jam tangan yang digayakan oleh Fazura. Menerusi…
Pihak polis mengesahkan bahawa telah menerima laporan daripada pihak keselamatan Genting Highlands selepas tular satu video yang mendakwa bahawa seorang kanak-kanak hampir diculik oleh wanita warganegara asing di kawasan pelancongan itu. Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata laporan itu telah dibuat pada jam 8.15 malam, semalam. “Pihak keselamatan Genting Highlands telah membuat laporan polis pada 19 September 2022 (Isnin) lebih kurang jam 8.16 malam berhubung video yang telah tular,” katanya. Zaiham juga turut mengesahkan bahawa belum menerima laporan polis daripada pihak yang terlibat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman kesal dengan dengan kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan parti tersebut sanggup meredah banjir untuk berkempen sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada akhir tahun ini. Ahmad Zahid berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa pada Sabtu. Young Syefura berkata, ia menunjukkan betapa kemaruknya Ahmad Zahid dan BN terhadap kuasa sehingga tidak kisah dan peduli mengenai kesusahan rakyat sewaktu bencana banjir. “Mana perikemanusiaan beliau (Ahmad Zahid) ketika mengeluarkan kata-kata ini? Bencana banjir bukan benda yang boleh dipandang…
Tiga pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama penuh di negeri ini, memberi alasan mahu mengambil barang ketika mereka ditahan warden selepas didapati berada di bilik asrama perempuan, awal pagi Khamis lalu. Bagaimanapun, seorang pelajar perempuan yang curiga selepas mengetahui alasan diberikan mereka tidak logik selain geram kerana menjadi mangsa ketika tidur membuat satu laporan polis, semalam. Sumber berkata, pelajar perempuan tingkatan satu berkenaan mendakwa pada hari kejadian dia sedang tidur di lantai bilik asrama sebelum terasa ada seseorang menarik seluarnya. “Remaja perempuan itu dalam laporan polis dibuatnya mendakwa kejadian terbabit berlaku pada 2.30 pagi dan dia yang terkejut apabila seluar ditarik…
Peras ugut, upah pembunuh upahan termasuk menculik serta sanggup membunuh ahli sindiket dadah. Itu taktik kejam sindiket dadah antarabangsa termasuk dari negara jiran jika ada yang mengkhianati mereka. Menurut sumber, malah, jika ada ahli sindiket yang didapati membocorkan operasi mereka kepada pihak berkuasa keselamatan nyawa mereka akan terancam dan mungkin menjadi korban. “Sindiket dadah antarabangsa ini mempunyai rangkaiannya dan turut mempunyai ‘kaki’ di setiap negara termasuk di Malaysia yang bekerjasama dalam menyeludup dan mengedar dadah. “Jika ada ahli sindiket yang tersilap langkah dan cuba menipu serta melarikan wang hasil penjualan dadah jika tidak bernasib baik akan berdepan hukuman yang kejam…
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai ‘poster boy’ calon Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang dijangka diadakan tidak lama lagi. Ia disahkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa Ismail Sabri akan dipilih sebagai Perdana Menteri, jika parti itu menang PRU-15. Perkara itu dinyatakan Presiden UMNO itu dalam ucapan ketika merasmikan Bridged MIC di Stadium Axiata Arena di sini. Beliau berkata, jika Perdana Menteri meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri, permintaan MIC akan dipertimbang. “Saya yakin Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan), saya dan PM (Perdana Menteri)…
Reman terhadap suami ejen jualan kosmetik yang dilarikan sekumpulan lelaki pada petang Selasa lalu disambung tiga hari bermula hari ini. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata permohonan sambung reman terhadap lelaki berusia 36 tahun itu bersama dua lagi tangkapan termasuk seorang wanita membolehkan siasatan lanjut dilakukan. “Sebelum ini semua suspek ditahan pada Rabu lalu selama empat hari berakhir hari ini dan reman disambung lagi tiga hari berkuat kuasa hari ini sehingga 20 September. “Setakat ini tiada tangkapan baharu dibuat dan kesemua mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.…