Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Semalam, kita menerima perkhabaran duka bahawa Adik Ainul Mardhiah sedang bertarung nyawa di wad kecemasan selepas dimaklumkan kritikal oleh ibu ayahnya di media sosial. Bagaimanapun, menerusi perkongsian terkini ibunya, Nurul Erwani Binti Zaidi di Instagram Story , _nrlerwani sebentar tadi, beliau menjelaskan keadaan Ainul pagi ini semakin baik. “Pagi ni Ainul dah start minum susu. Dua hari dah Ainul puasa tak dapat minum susu. Mama yakin keadaan ainul semakin baik,” tulisnya di ruangan Story tersebut. Namun jelasnya juga, buat masa ini, Ainul masih belum sedarkan diri selepas dimasukkan ubat tidur ketika ‘dihubungkan’ dengan ventilator agar kanak-kanak itu tidak penat. “Ainul…

Read More

Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kanak-kanak yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ kini sedang dirawat di Pusat Penjagaan Intensif Pediatrik (PICU)  sebuah hospital awam dipercayai akibat jangkitan virus. Ibunya, Nurul Erwani Zaidi berkongsi khabar duka itu menerusi media sosialnya dipetik berkata keadaan Ainul kini kritikal dan tenat dan memohon semua mendoakan anaknya. “Ainul berada di PICU sekarang. Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ni agak kritikal dan tenat. Satu badan penuh dengan wayar dah anak mama ni. “Mama tak minta banyak. Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni,” katanya. Menurut Nurul Erwani,…

Read More

Seorang remaja perempuan meninggal dunia akibat renjatan elektrik semasa  tertidur di atas telefon bimbitnya yang sedang dicas selepas dia mandi, lapor akhbar Mirror UK, kelmarin. Mangsa, Khorn Srey Pov ditemui mati dalam keadaan menindih telefonnya. Mangsa bertugas sebagai penterjemah bahasa Mandarin di syarikat perlombongan emas Sing Yon Kong Yik di wilayah Kratie, Kemboja. Pada hari kejadian, remaja berusia 17 tahun itu baru selesai mandi. Dia kemudian mengecas telefon dan menghidupkan lampu suluhnya. Beberapa pegawai tempatan berkata, dia maut di tempat kejadian  akibat renjatan elektrik dengan voltan tinggi pada 27 Julai lalu. Kematiannya mencetuskan perdebatan media sosial mengenai keselamatan pengecas telefon.…

Read More

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) mengesahkan serpihan roket Long March 5B milik negara China melintasi ruang udara Malaysia serta dapat dikesan di beberapa kawasan sekitar Sarawak. Menerusi kenyataan dikeluarkan, pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) melalui MYSA serta kenyataan oleh Agensi Angkasa China memaklumkan, kemasukan semula serpihan tersebut ke ruang udara bumi dikesan pukul 12.55 tengah malam tadi, waktu Malaysia. “Serpihan roket itu telah terbakar semasa memasuki ruang udara bumi dan pergerakan serpihan yang terbakar turut melintasi ruang udara Malaysia. “Ia dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk melintasi ruang udara sekitar Sarawak,” katanya hari ini. Dalam pada…

Read More

Semalam, seorang pelawak dan pelakon veteran iaitu Sabrii Ibn Yunus ada berkongsi di akaun Facebook miliknya mengenai kisah sebuah keluarga kecil yang terdiri daripada empat beranak sedang berjalan di bawah matahari terik dipercayai untuk mencari rezeki. Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan seorang lelaki warga emas sedang duduk di bahagian pengayuh beca manakala isterinya yang tidak mampu berjalan berada di bahagian penumpang. Si anak perempuan pasangan ini berada di sisi bapanya untuk menolak beca sementara seorang lelaki dewasa berada di hadapan sambil menarik beca berkenaan menggunakan tali. Susulan daripada perkongsian yang viral itu, pendakwah dan penceramah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew telah menziarahi…

Read More

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memecahkan cermin kereta dan mengugut pemandu wanita di Simpang Empat Limbat, Khamis lalu. Polis turut melakukan serbuan di rumah suspek di Nilam Puri pada jam 2.30 pagi tadi namun lelaki berusia lingkungan 40-an itu tiada di kediaman dipercayai melarikan diri. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian 5.45 petang Khamis lalu, mangsa berusia 35 tahun memandu Perodua Axia berseorangan di Simpang Empat Limbat. “Kenderaan mangsa dihimpit Toyota Vios yang dipandu suspek tidak dikenali. “Secara tiba-tiba suspek menghalang laluan mangsa dan berhenti di tengah jalan. Suspek kemudian menghampiri kereta wanita itu…

Read More

Niat seorang wanita untuk merawat penyakitnya secara tradisional bertukar tragedi apabila dia maut ketika menerima rawatan itu di Pandan Perdana, di sini, semalam. Difahamkan mangsa mengalami histeria sejak lapan tahun lalu dan pernah mendapatkan rawatan pakar psikitri di hospital baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita pada 6.35 petang memaklumkan anak perempuannya berusia 41 tahun meninggal dunia. Menurutnya, mangsa dipercayai pergi ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan tradisional sejak seminggu yang lalu. “Mangsa ditemui dalam keadaan berbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah dan disahkan meninggal dunia…

Read More

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan daripada penjawat awam. Presiden CUEPACS, Adnan Mat berkata, cadangan untuk menaikkan gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 sudah banyak kali dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) namun tiada tindakan diambil. “Jika gaji mereka tidak disemak sebelum Parlimen dibubarkan, CUEPACS bersedia untuk berpiket di Putrajaya bersama penjawat awam,” katanya seperti dipetik portal Free Malaysia Today. Adnan berkata, perhimpunan itu juga akan menuntut pengurangan kos barangan sebelum pilihan raya umum (PRU15) akan datang. Minggu lalu, CUEPACS menggesa kerajaan…

Read More

Kalau kita scroll TikTok, pasti dekat fyp kita ada video parodi daripada seorang pemuda berkenaan dengan zaman childhood yang generasi lahir tahun 80-an dan 90-an boleh relate. Tidak dinafikan ia pasti membuatkan ramai penonton terhibur dengan individu yang dikenali sebagai Ryan Bakery ini. Selain itu, idea kreatif dengan menghasilkan video mengimbau memori zaman kanak-kanak membantu Ryan meningkatkan jumlah pengikut di aplikasi TikTok. Berkongsi penglibatan awalnya itu, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27, dia mencipta kandungan video itu bagi mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya dahulu. Walaubagaimanapun sebenarnya ada kisah yang tersirat disebalik popularitinya. Sebelum namanya dikenali di TikTok, Ryan sebelum ini bekerja di lapangan terbang,…

Read More

Sedang hangat di media sosial, netizen mendakwa tiada bekalan elektrik di kawasan mereka dan sudah mula trending di Facebook sehingga TNB menjadi ‘Popular Now’ di laman sosial itu. Kebanyakkan netizen mendakwa, beberapa kawasan di Lembah Klang sedang mengalami gangguan bekalan elektrik malah ada juga pengguna dari negeri-negeri lain turut menyuarakan masalah yang sama. Ada juga pengguna Facebook yang bernama Amirul Asyraf memohon netizen mendoakan supaya pasukan Transmission dan Distribution TNB Selangor dapat menyelesaikan masalah Power Outage ini sebaik mungkin. Menerusi TNB Careline, TNB mengesahkan bahawa terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan dan tambah mereka lagi, pasukan teknikal sedang mengenalpasti…

Read More