Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Dua motosikal yang dipercayai hilang pada Mei dan 10 Julai lalu ditemui semula susulan penahanan dua lelaki yang dikesan menunggang motosikal terbabit, semalam. Mereka ditahan polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Alor Setar, di sekitar kawasan Kota Tanah, di sini. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, terdahulu, sepasukan anggota yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan itu menahan seorang penunggang motosikal yang dalam keadaan mencurigakan. Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati lelaki itu menggunakan nombor pendaftaran palsu pada motosikal ditungganginya. “Semakan lanjut pihak polis mendapati motosikal itu dilaporkan hilang pada 10 Julai…

Read More

Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Ibrahim, menzahirkan kehairanan dengan isu kasut Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi yang dilaporkan media bukan Melayu, kelmarin. Tunku Ismail menerusi akaun Twitter baginda turut menyindir laporan berkenaan dengan mencadangan Onn Hafiz memakai selipar selepas ini. https://twitter.com/HRHJohorII/status/1546511900724236289?s=20&t=IyaNVkXeG9V–m2FpHk30Q “Benda macam ni pun jadi isu? Dato saya cadangkan lepas ni Dato pakai selipar sahaja. “Baru semalam saya terfikir nak hadiahkan jam tangan pada Dato & beberapa pegawai kerajaan. “Dato, nasihat saya jalankan tugas untuk negeri Johor. Jangan melayan sangat apa orang nak cakap. Yang penting buat kerja,” titah baginda dalam ciapan menerusi akaun Twitter malam tadi. Semalam,…

Read More

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini menafikan beliau membeli sepasang kasut yang berharga puluhan ribu ringgit. Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, kasut itu adalah kurniaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. “Fitnah dan tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Kebawah Duli Tuanku Sultan. “Ini bukan perkara baharu malah Kebawah Duli Tuanku ada juga memberi kurniaan kepada barisan exco kerajaan yang lepas dan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi untuk sentiasa bekerja keras untuk rakyat,” katanya menerusi hantaran itu. Terdahulu, beberapa akhbar berbahasa Cina melaporkan isu kasut itu yang dipetik daripada akaun media sosial…

Read More

Marahkan isteri, pondok dibakar. Itu yang berlaku apabila seorang lelaki yang berang kerana isterinya keluar rumah selepas berlaku perselisihan faham. Dia mengamuk sebelum membakar pondok di belakang kedai makan milik mereka di Taman Seri Astana, dekat sini, semalam. Pada kejadian 10.20 pagi itu, lelaki berusia 54 tahun terbabit yang hilang sabar turut membawa sebilah parang pada mulanya mengamuk di hadapan kedai makan terbabit. Difahamkan, lelaki berkenaan yang tidak berpuas hati kemudian pergi ke belakang kedai dan membakar pondok yang menjadi tempat orang ramai berehat di situ selain turut memecahkan cermin belakang kenderaan milik seorang lelaki. Ketua Polis Daerah Kuala Muda,…

Read More

Mayat suami isteri ditemukan di kediaman mereka di Taman Bercham Aman, di sini, hari ini, dipercayai dibunuh oleh ahli keluarga. Mayat kedua-dua mangsa berusia 40-an ditemukan di ruang tamu rumah berkenaan. Sehingga kini pasukan polis dan forensik masih melakukan siasatan di lokasi kejadian. Turut hadir di lokasi kejadian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman dan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan. Berita lanjut menyusul. https://twitter.com/f4izalhassan/status/1544896117577781248?s=20&t=d_PzB8321r4hYdYIYuHKjw Sumber : HM

Read More

Remaja lelaki berdepan detik cemas apabila disamun penjenayah bersenjatakan pisau di dalam lif di sebuah apartmen di Desa Aman Puri, Desa Jaya, di sini, Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 45 saat yang tular di media sosial yang memaparkan kejadian samun di dalam sebuah lif jam 6.30 petang semalam. “Kami ada menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 17 tahun iaitu mangsa dalam kejadian itu yang berlaku jam 12.40 tengah malam, Isnin lalu di dalam sebuah lif di apartmen berkenaan. “Suspek bersenjatakan pisau melakukan rompakan ke atas mangsa dan…

Read More

Tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tertembak rakan dalam kejadian di sekitar Sungai Gabai, di sini pada awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku pada pukul 7.15 pagi semalam apabila empat lelaki terbabit dalam perjalanan ke kebun durian yang terletak di atas lereng bukit. “Hasil siasatan mendapati salah seorang rakan mangsa yang membawa senapang patah telah tergelincir di lereng bukit mengakibatkan senjata api yang dipegang terpelanting. “Mangsa yang merupakan lelaki berusia 32 tahun itu telah terkena tembakan sebelum disahkan mati di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.…

Read More

Seorang lelaki berusia 39 tahun dari Ambon, Maluku, Indonesia bertindak membuat laporan polis mengenai anaknya yang didakwa telah dirogol. Bagaimanapun, di sebalik laporan tersebut, dia sebenarnya dalang yang bertanggungjawab merogol mangsa! Menerusi laporan Kompas, perbuatan tidak bermoral itu dilakukan sejak mangsa di bangku sekolah dan kali terakhir suspek merogol mangsa pada 22 Jun lalu di rumah mereka di Ambon. Susulan daripada itu, suspek kini telah pun ditangkap dan ditahan di lokap Pejabat Polis Kota, Pulau Ambon. Ujar Ketua Seksyen Maklumat dan Perhubungan Awam Polis Pulau Ambon, Moyo Utomo, perbuatan suspek akhirnya terbongkar selepas pihak polis bertindak menyoal siasat mangsa dan…

Read More

Kerajaan negeri menyumbang RM50,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah sebagai tanda solidariti membantu mangsa bencana banjir yang melanda negeri berkenaan. Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, sumbangan itu diambil daripada Tabung Serambi Mekah. “Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa bencana banjir yang berlaku di Kedah yang menyebabkan kehilangan jiwa dan kemusnahan harta benda. “Sebagai tanda solidariti dan kebersamaan, kerajaan negeri menyumbang RM50,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah melalui sumbangan Tabung Serambi Mekah. “Semoga usaha pasukan keselamatan dan sukarelawan dipermudahkan oleh Allah SWT bagi melancarkan operasi pemulihan pasca bencana,” katanya menerusi hantaran di Facebook. Sumber : HM

Read More

Seorang lelaki berjaya dipujuk orang awam daripada cuba membunuh diri dengan terjun daripada Jambatan Sultan Mahmud di sini, jam 5.48 petang semalam. Tindakan lelaki berusia 29 tahun itu disedari orang ramai yang melihatnya berdiri di luar tepi penghadang jalan jambatan berkenaan. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pihaknya dimaklumkan berkaitan kejadian oleh orang awam sebelum bergegas ke lokasi. “Sebaik tiba, kami dapati orang awam berjaya memujuk lelaki terbabit daripada terjun. “Lelaki itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan perubatan,” katanya pada kenyataan hari ini. Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati,…

Read More