Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Seorang pembonceng motosikal terjatuh dan ‘tergolek’ di jalan raya selepas sebiji buah kelapa gugur tepat ke atas kepala secara tiba-tiba tanpa diduga. Berdasarkan rakaman tular tersebut, kejadian malang itu berlaku selepas individu berkenaan melalui kawasan di bawah pokok kelapa yang berada di tepi jalan. Difahamkan, ketika melalui bawah pokok berkenaan, secara tiba-tiba buah kelapa itu jatuh tepat mengenai helmet yang dipakai mangsa yang membonceng di belakang. Akibatnya, helmet berkenaan tertanggal, manakala mangsa pula terjatuh dan sedikit terguling di atas jalan raya sejurus kejadian mengejutkan itu. Video kejadian itu sempat dirakam menerusi sebuah kamera dashcam milik sebuah kenderaan yang mengikuti motosikal…

Read More

Di Mexico, telinga seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan hampir terpotong oleh seorang doktor selepas menjalani pembedahan yang terpaksa menggunakan telefon bimbit berikutan bekalan elektrik terputus ketika itu. Menerusi laporan Daily Star, gadis muda Karla Urizandi, 19, selamat melahirkan anaknya Juan Adriel Solis pada 6 Jun yang lalu di Klinik Pakar Antarabangsa di Mexicali, Baja California dan bekalan elektrik ketika itu didakwa terputus hampir 26 minit. Urizandi dimasukkan ke hospital pada jam 11 pagi sebelum dibawa ke bilik pembedahan pada 12.40 tengah hari. Bagaimanapun, bekalan elektrik didakwa terputus kira-kira 12.48 tengah hari dan penjana sandaran juga dipercayai tidak berfungsi. Memperincikan…

Read More

Seorang lelaki berjaya dipujuk oleh ahli keluarga daripada cubaan menerjun dari kren yang berada di tingkat 31 di sebuah tapak projek perumahan di Kota Bharu, Kelantan. Menurut anggota Balai Bomba dan Penyelamat Darul Naim, Mohd. Ridzwan Ali, lelaki berkenaan dipercayai berada di tapak projek perumahan itu sejak malam semalam sebelum kehadirannya itu disedari oleh orang awam. Difahamkan, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.30 pagi sebelum 20 anggota balai Kota Bharu dan Darul Naim bergegas ke lokasi kejadian. Anggota bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 10.59 dan terus menjalankan operasi menyelamat mangsa. Susulan daripada itu, ibu bersama adiknya…

Read More

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa bantuan tunai tambahan berjumlah RM100 akan diberikan kepada golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang melalui BKM. Menurutnya, bayaran akan dilakukan secara berperingkat bermula 27 Jun 2022 (Isnin) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion. “Mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini, kerajaan mengambil keputusan untuk menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang. Tambahnya lagi, setakat ini 8.6 juta penerima BKM telah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2500 pada tahun 2022. Malah, bantuan…

Read More

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan satu sidang media khas secara langsung pada pukul 3.30 petang ini, Rabu, 22 Jun 2022. Perkara berkenaan dikongsikan oleh beliau sendiri melalui satu tweet di laman twitter rasmi beliau sebentar tadi. Difahamkan, sidang media berkenaan akan disiarkan secara langsung di RTM, BERNAMA dan di laman facebooknya. Bagaimanapun tiada maklumat lanjut dikongsikan berkenaan intipati sidang media tersebut. Berita lanjut menyusul. https://twitter.com/IsmailSabri60/status/1539503911450517504?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1539503911450517504%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2022%2F06%2F22%2Fnantikan-sidang-media-khas-perdana-menteri-3-30-petang-ini%2F Sumber : SK

Read More

Seorang warga emas yang terlantar sakit di atas tilam nipis dan kotor di sebuah bangunan terbengkalai di sini diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Warga emas berusia 63 tahun itu dipercayai mendiami bangunan dipenuhi sampah sarap dan sisa bangunan serta makanan itu sejak lebih dua tahun lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Alex Seah Shoo Chin berkata, individu berkenaan telah lama tinggal di Melaka dan pernah bekerja sebagai juruteknik pendawaian elektrik sebelum sakit. Menurut Shoo Chin, warga emas itu tidak boleh bangun akibat sakit pada kaki serta hanya mengharapkan simpati penduduk sekitar untuk memberinya makan dan minum. “Menyedihkan kerana…

Read More

Seorang lelaki ditahan selepas menumbuk dua anggota polis yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah bermotosikal di Taman Sri Manja di sini, Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kedua-dua anggota diserang suspek berusia 26 tahun itu ketika mahu menjalankan pemeriksaan terhadapnya. “Dalam kejadian 6.30 petang itu, anggota menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan yang meminta mereka menjalankan pemeriksaan ke atas suspek yang berada dalam sebuah kenderaan di kawasan perumahan berkenaan. “Bertindak atas aduan, anggota mengarahkan suspek keluar dari kenderaan untuk pemeriksaan badan. Suspek tiba-tiba merangkul leher seorang anggota dari belakang lalu menumbuk muka…

Read More

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menyiasat dakwaan berlaku kecuaian yang mengakibatkan kematian seorang bayi baru dilahirkan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), di sini. Dakwaan itu yang tular di media sosial semalam antara lain menyalahkan kelewatan pihak hospital mengendalikan kes seorang wanita yang mahu bersalin hingga bayi dalam kandungan menjadi lemah sebelum dilaporkan meninggal dunia selepas dilahirkan. Pengarah JKNS, Datuk Dr Rose Nani Mudin, mengesahkan berlaku kematian bayi baru dilahirkan di HWKKS yang dilaporkan pada 19 Jun dan siasatan mengenai punca kejadian itu masih dijalankan. “Terlebih dahulu pihak JKNS ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bayi ini. “Pihak…

Read More

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee menjangkakan harga ayam mentah di pasaran akan mencecah sehingga RM11 sekilogram. Menurut beliau, senario itu dijangka berlaku susulan kerajaan tidak lagi menguatkuasakan pelaksanaan harga siling RM8.90 seperti yang diperkenalkan Februari lalu selain menarik balik pemberian subsidi RM1.40 yang diberi kepada penternak ayam dibawah Skim Kawalan Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM). “Harga ayam tentu sekali (naik dan) jika diapungkan (ia akan) lebih tinggi daripada RM8.90, ia akan ditentukan oleh pasaran bermula daripada 1 Julai ini. “Yang pasti (harga) akan lebih tinggi daripada RM8.90, sama ada (berharga) RM10, RM11 ataupun lebih RM11,…

Read More

Seorang pemandu lori sampah dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol kekasihnya yang juga orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran, 2 Jun lalu. Tertuduh, Shahrul Azwan Mohd Shahiran, 27, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa tertuduh didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun tiga bulan ketika kejadian, di sebuah rumah di Bunut Payong, di sini, 2 pagi, pada 2 Jun 2022. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan…

Read More