Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Seramai 407,097 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan mendapat keputusan masing-masing hari ini. Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan berkenaan di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi. Manakala bagi calon persendirian, slip keputusan akan dihantar melalui pos pada tarikh sama. Selain menyemak di sekolah masing-masing, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh memilih dua kaedah lain untuk mendapatkan keputusan. Ia boleh diperolehi secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my bermula jam 10 pagi hari ini hingga 6 petang 24 Jun. Selain itu, calon juga boleh mendapatkan rumusan keputusan berkenaan melalui SMS dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan…

Read More

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menafikan berlaku kejadian feri penumpang terbakar di perairan Langkawi, semalam. Terdahulu, tular gambar dan video sebuah feri terbakar dengan puluhan penumpang sedang dipindahkan ke bot lain menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook. Pengarah APMM Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata video terbabit adalah kes pada 2019, ditularkan semula. “Syarikat pengendali feri di mana video dan gambar yang ditularkan itu juga tidak lagi beroperasi ketika ini. “Video itu sengaja ditularkan semula di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan kesan daripada tindakannya itu terhadap masyarakat terutamanya pemain industri pelancongan di Langkawi,” katanya dalam…

Read More

Pengguna dalam talian yang menggunakan e-dompet dan kaedah e-pembayaran lain dinasihatkan supaya tidak menjalankan sebarang transaksi melalui sambungan WiFi awam. Ketua Pembangunan Kriptografi CyberSecurity Malaysia, Hazlin Abdul Rani berkata, ancaman dan serangan daripada penggodam berlaku menerusi WiFi awam yang tidak selamat menyebabkan data peribadi dan mungkin semua maklumat akaun serta kelayakan log masuk boleh diakses semasa proses transaksi. Beliau turut menasihatkan untuk lebih berwaspada mengenai kemungkinan penyerang menyamar sebagai rangkaian WiFi awam yang sah. “Sebagai contoh, jika anda berada di lapangan terbang, nama WiFi adalah ‘Lapangan Terbang ABC’, namun penyerang itu mencipta WiFi dengan nama ‘Lapangan Terbang ABC1’, atau menukar…

Read More

Gara-gara enggan mengetepikan kereta ketika jalan sesak mencetus pergaduhan antara seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta di Persiaran Kerjaya Glenmarie Seksyen U1 di sini, kelmarin. Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 petang ketika laluan tersebut sesak. Insiden berkenaan tular menerusi video berdurasi 22 saat di laman Twitter dengan kedua-dua mereka berbalas tumbukan sebelum dileraikan pengguna jalan raya yang lain. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran mulut apabila suspek lelaki berusia 29 tahun yang menaiki kereta jenis Naza Ria enggan mengetepikan keretanya di lokasi kejadian. Katanya, ini menyebabkan motosikal yang ditunggangi mangsa…

Read More

Pelawak dan pelakon veteran, Hamid Gurkha dilaporkan telah meninggal dunia pada petang ini. Perkara itu dimaklumkan oleh admin akaun Hamid Gurkha di Facebook. “Assalamualaikum semua peminat Pak Mid. Pak Mid sudah meninggalkan kita semua. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin,” tulis admin akaun tersebut. Pelawak legenda, Hamid Gurkha, 90, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, dekat sini, jam 2.19 petang ini. Doktor mengesahkan arwah bapa mempunyai penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain. Selain dari itu Amir Raja Lawak juga turut berkongsikan perkara sama menerusi Facebook sebentar tadi.…

Read More

Seorang remaja lelaki dilaporkan maut akibat kemaluan digigit oleh seekor jerung harimau di pantai Piedade, lapor Daily Star. Pantai yang dikunjungi oleh ramai orang itu sememangnya diketahui terdapat banyak jerung yang merbahaya namun masih juga didatangi oleh mereka untuk bermandi-manda. Menurut portal Daily Star, remaja berusia 18 tahun itu berjaya diselamatkan dan ditarik ke pantai oleh penyelamat dan terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Namun begitu, pembedahan selama tiga jam yang dilakukan oleh pakar bedah di sana gagal untuk menyelamatkan nyawanya. Rodrigo Matias, dari jabatan bomba Recife berkata, budak lelaki itu sedang berenang bersama abangnya di perairan di…

Read More

Ini Tindakan Arab Saudi Untuk Jemaah Haji Yang DIPUJI Ramai | Khalifah Media Networks –  Arab Saudi mula melonggarkan sekatan COVID-19 bagi jemaah haji tahun ini. Ia memaklumkan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di sebahagian besar kawasan tertutup. Jemaah boleh memilih untuk terus mengenakan pelitup muka. Pemakaian pelitup muka bagaimanapun masih diwajibkan di Masjidil Haram dan di masjid utama di Madinah. Selain itu, jemaah juga tidak lagi perlu menunjukkan bukti vaksinasi pada permohonan mereka untuk memasuki tempat tertutup. Pandemik COVID-19 menjejaskan ibadah haji yang menjadi sumber ekonomi utama sekitar AS$12 bilion setahun buat Arab Saudi. Pada 2021, Arab Saudi terpaksa…

Read More

Tokoh pendidikan negara, Tun Arshad Ayub meninggal dunia jam 2.06 pagi tadi. Perkara itu disahkan keluarga Allahyarham menerusi satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi. Menurut kenyataan itu jenazah Allahyarham masih berada di hospital. Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Selasa lalu kerana masalah kesihatan. Arshad, 93, adalah pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) sejak tahun 1967 sehingga 1975 sekali gus pencetus idea kepada perkembangan pendidikan di ITM yang kini dikenali sebagai UiTM. Anak kelahiran Muar, Johor itu pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian dan berkecimpung dalam dunia perniagaan serta menjadi ahli lembaga pengarah untuk beberapa syarikat awam dan juga…

Read More

Remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella disuap secara paksa sepinggan nasi goreng bersama jumlah cili yang banyak oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali. Pendedahan itu dibuat saksi pendakwaan kelapan, Suhana Zam, 40, ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini. Menurut Suhana, tindakan Siti Bainun itu dilihat ketika bersama beberapa penghuni berada di Rumah Bonda untuk makan tengah hari. “Saya nampak Siti Bainun letak sepinggan nasi goreng dan cili dipotong yang pada saya nisbah cili tu banyak berbanding nasi. “Dia (Siti Bainun) gaul dan nampk dia pegang dagu Bella untuk suapkan…

Read More

Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menceroboh dan melakukan khianat di kawasan tanah perkuburan di Kampung Jawa, Semanggol di Bagan Serai yang videonya tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat berkata lelaki berumur 36 tahun itu ditahan hasil maklumat awam kira-kira pukul 9 pagi pada 9 Jun lepas. “Berdasarkan rakaman video berdurasi 1 minit 21 saat itu yang dimuat naik dalam media sosial pada 8 Jun, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan menceroboh dan melakukan khianat di sekitar kawasan perkuburan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mazuki berkata hasil siasatan dan semakan video itu mendapati,…

Read More