Ini Tindakan Arab Saudi Untuk Jemaah Haji Yang DIPUJI RamaiKhalifah Media Networks –  Arab Saudi mula melonggarkan sekatan COVID-19 bagi jemaah haji tahun ini.

Ini Tindakan Arab Saudi Untuk Jemaah Haji Yang DIPUJI Ramai

Ia memaklumkan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di sebahagian besar kawasan tertutup.

Jemaah boleh memilih untuk terus mengenakan pelitup muka.

Pemakaian pelitup muka bagaimanapun masih diwajibkan di Masjidil Haram dan di masjid utama di Madinah.

Selain itu, jemaah juga tidak lagi perlu menunjukkan bukti vaksinasi pada permohonan mereka untuk memasuki tempat tertutup.

Pandemik COVID-19 menjejaskan ibadah haji yang menjadi sumber ekonomi utama sekitar AS$12 bilion setahun buat Arab Saudi.

Pada 2021, Arab Saudi terpaksa mengurangkan bilangan jemaah haji. Hanya 60,000 jemaah tempatan lengkap divaksin dibenarkan mengerjakan haji.

Sementara itu, bagi tahun ini, jumlah jemaah ditetapkan pada sejuta orang merangkumi mereka yang berusia di bawah 65 tahun sahaja

Jemaah luar negara perlu memohon visa dan menunjukkan bukti ujian COVID-19 negatif 72 jam sebelum menaiki pesawat.

Sejak pandemik, negara itu merekodkan lebih 778,000 kes dengan lebih 9,000 kematian.

Sumber : Astro Awani 

 

Isu Hina Nabi Muhammad, Tindakan Ahli Politik Ini Buat Ramai GERAM | Khalifah Media Networks – Ahli politik sayap kanan Belanda Geert Wilders, yang memberikan sokongannya kepada Nupur Sharma (ahli politik India yang mengeluarkan kenyataan memperolok agama Islam dan Nabi Muhammad) berkata bahawa dia telah menerima ugutan bunuh.

Sebelum ini, Sharma telah digantung daripada peranannya sebagai jurucakap BJP kerana komen menghina Nabi Muhammad. Perkara tersebut telah menjadi kontroversi kepada umat islam.

Bagaimanapun, ahli politik sayap kanan dari Belanda tampil mempertahankan Sharma, berkata bahawa Sharma bercakap “tidak lain hanyalah kebenaran tentang Nabi Muhammad dan isterinya Aisha”.

Share.

Leave A Reply