Tular di India, wanita maut dipijak gajah, mayatnya diserang sekali lagi oleh haiwan yang sama ketika pengebumian. Seorang wanita berusia 70 tahun dilaporkan maut selepas dipijak oleh seekor gajah dan kemudian mayatnya dihempap oleh haiwan yang sama ketika di majlis pengebumiannya. Memetik laporan Daily Mail, wanita tersebut diserang oleh gajah itu ketika sedang mengambil air dalam kejadian di kampung Raipal, India Timur pada Khamis lalu. Mendiang kemudiannya disahkan meninggal dunia di hospital selepas mengalami beberapa kecederaan akibat dipijak oleh gajah itu. Pegawai polis Rasgovindpur, Lopamudra Nayak berkata haiwan tersebut datang semula ke majlis pengebumian wanita itu pada waktu petang. Ia…
Author: Syifa' Syakinah
Tular berkenaan sebuah kereta api yang melalui perkampungan di Indonesia dengan jarak hanya beberapa meter sahaja dari kediaman baru-baru ini, lapor Indozone. Difahamkan, landasan kereta api itu terletak di tengah-tengah kampung iaitu Desa Pengok dan Desa Demangan di Kecamatan Gondokusuman, Daerah Istimewa Yogyakarta. Dalam kesibukan penduduk kampung yang berulang alik melalui jalan kampung tersebut. Terdapat landasan kereta api yang melalui betul-betul di hadapan rumah penduduk di sekitar kampung itu. Walau bagaimanapun, kereta api yang melintasi kampung Pengok bergerak dengan kadar perlahan dan sentiasa membunyikan hon. Perkara itu bertujuan bagi memastikan penduduk kampung dan kenderaan yang melalui Jalan Mutiara menyedari kehadiran…
Kecuaian pemilik anjing terlepas tali pengikat menyebabkan seorang wanita hamil cedera selepas diserang haiwan milik jirannya itu dalam kejadian di sebuah kondominium di Batu 9 Cheras, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada mangsa berusia 35 tahun jam 6.02 petang, semalam. “Siasatan awal dilakukan mendapati kejadian itu berlaku jam 5.43 petang di tempat letak kenderaan kondominium berkenaan. “Ketika kejadian, mangsa dikatakan cuba mempertahankan anak-anaknya daripada diserang anjing berkenaan yang menyebabkan haiwan itu menyerang pengadu,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Mohd Zaid berkata, serangan itu menyebabkan mangsa menerima…
Mulai Esok Negeri Sembilan Benarkan Solat Rapat Saf | Khalifah Media Networks – Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan jemaah untuk merapatkan saf ketika solat di semua masjid dan surau di negeri ini berkuat kuasa esok. Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata jemaah tidak lagi diwajibkan membawa sejadah bersaiz standard. Selain aktiviti pengajian ilmu seperti kelas takmir, kuliah, tazkirah dan ceramah dibenarkan tanpa penjarakan fizikal. “Bagaimanapun, jemaah masih wajib memakai pelitup muka dengan sempurna. Sepanjang berada dalam ruang masjid dan surau yang tertutup,” katanya menerusi catatan di Facebooknya. Dalam pada itu, beliau berkata ibadah korban sempena Aidiladha pada tahun ini. Ianya…
“Saya sempat dengar nenek beberapa kali menjerit meminta tolong selepas gagal membuka pintu utama, sebelum suaranya perlahan-lahan lenyap dalam kepulan asap dan api yang marak,” luah Rozalia Aida Fitria Burhanuddin, 32. Rozalia adalah cucu dan anak saudara kepada warga emas, Sadiah Jabar, 80, dan Kamisah Mapiasah, 49, yang rentung dalam kebakaran di Kampung Titingan Blok 3, dekat sini, tengah malam tadi. Katanya, dia masih sukar menerima hakikat kehilangan insan paling rapat dalam hidupnya selain perasaan sedih dan terkilan kerana tidak mampu menyelematkan nyawa kedua-dua mereka. “Ketika itu, api sangat marak dengan hampir keseluruhan rumah sudah terbakar termasuk tangga yang menghubungkan…
Bekas Yang Dipertua Dewan Negara yang juga tokoh korporat, Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Normah, di sini sekitar jam 12.30 tengah malam Sabtu. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 89 tahun. Terdahulu, beliau menghadiri majlis makan malam sempena pelantikan dan pemasyhurannya sebagai Penaung Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) di Hotel Waterfront di sini. Mesra dikenali sebagai ‘Nek Udak’ atau ‘Udak’, veteran politik ini dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Negara menggantikan Tan Sri Benedict Stephens bermula pada 12 Julai 1988 hingga 9 Julai 1990. Sebelum itu, beliau pernah menjawat Timbalan Yang dipertua Dewan…
Tindakan seorang lelaki memukul isterinya menggunakan kerusi membawa padah apabila dia dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu ke atas A. Ramasamy, 48, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan ke atas L. Suria Mala, 44, dengan memukul menggunakan kerusi di bahagian kepala mangsa di sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Taman Intan Baiduri Kepong pada 6 petang Sabtu lepas. Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara…
Wanita berusia 56 tahun yang masih berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan duda berusia 65 tahun di sebuah hotel bajet di bandar ini, malam tadi. Pasangan itu ditahan anggota Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) pada 11.30 malam tadi. Ketua Penolong Pengarah BPUS Jaheaik, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, pasangan warga emas berkenaan datang dari Selangor dengan menaiki bas ke bandar ini sebelum ditahan ketika berdua-duaan dalam bilik di hotel terbabit. “Lelaki warga emas itu memberi alasan mahu membeli emas di Kelantan, manakala pasangannya mendakwa mahu menghadiri kelas senam aerobik di Terengganu. “Kami…
“Sebelum ini ibu mencemburui kisah jemaah yang meninggal dunia atau mati syahid di Makkah, tidak sangka dia pulang kepada pencipta sebaik menjejak kaki ke tanahair selepas pulang dari mengerjakan umrah,” kata guru tadika, Muhamad Norikhmal Ahmad, 21, di Felda Lok Heng di sini, semalam. Muhamad Norikhmal berkata, dia menerima panggilan telefon pada jam 12 tengah hari pada Jumaat lalu daripada juruterbang yang memaklumkan ibunya, Norasiah Awi, 53, sudah tiada. Katanya, sebelum memulakan penerbangan pulang ke Malaysia, Norasiah menghubungi semua anak-anaknya. “Dia beritahu berada di Jeddah dan dalam keadaan baik. Ibu tampak ceria dan sempat menunjukkan beg berisi baju kotornya kepada…
Gara-gara cinta ditolak janda, seorang lelaki, AR, 56, tergamak membunuh anak wanita berkenaan yang berusia lima tahun di dalam sebuah bilik hotel di Kabupaten Bungo, Jambi, Indonesia. Memetik laporan Tribun News, suspek bagaimanapun telah ditahan di penjara dan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atas dakwaan membunuh seorang kanak-kanak. Difahamkan, sebelum insiden itu berlaku suspek sempat mengajak mangsa untuk keluar dan berjanji untuk membeli mercun. Mangsa ketika itu, sama sekali tidak mengesyaki niat buruk suspek sebelum dicekik pada bahagian leher. Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam pada badan dan leher mangsa. Suspek tidak mahu membelikan mangsa mercun sebaliknya membawa…