Tular berkenaan sebuah kereta api yang melalui perkampungan di Indonesia dengan jarak hanya beberapa meter sahaja dari kediaman baru-baru ini, lapor Indozone.
Difahamkan, landasan kereta api itu terletak di tengah-tengah kampung iaitu Desa Pengok dan Desa Demangan di Kecamatan Gondokusuman, Daerah Istimewa Yogyakarta.
Dalam kesibukan penduduk kampung yang berulang alik melalui jalan kampung tersebut. Terdapat landasan kereta api yang melalui betul-betul di hadapan rumah penduduk di sekitar kampung itu.
Walau bagaimanapun, kereta api yang melintasi kampung Pengok bergerak dengan kadar perlahan dan sentiasa membunyikan hon.
Perkara itu bertujuan bagi memastikan penduduk kampung dan kenderaan yang melalui Jalan Mutiara menyedari kehadiran kereta api yang lalu-lalang.
Menurut Indozone, laluan kereta api itu tidak dikawal atau dijaga oleh mana-mana petugas.
“Kami sudah terbiasa dengan kereta api yang melalui dan tidak terganggu dengannya. Dan harus berwaspada jika melalui jalan di sini.
Malah tidak ada pemandangan seperti ini di kampung lain,” kata Deni salah seorang penduduk yang ditemui kakitangan Indozone.
Untuk makluman, Kampung Pengok terletak ditengah-tengah antara Stesen Lempuyangan dan Balai Yasa Yogjakarta iaitu tempat penyelenggaraan kereta api atau bengkel.
Sementara itu, kereta api yang melalui Jalan Mutiara di Kampung Pengok pasti akan menuju ke arah Balai Yasa untuk baik pulih ataupun dari Balai Yasa ke Stesen Lempuyangan.
Sumber : SK