Seorang wanita yang bertugas di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di sini ditahan bagi membantu siasatan berhubung kemungkinan cuai sehingga menyebabkan seorang bayi lelaki berusia lapan bulan patah tulang lengan kiri. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian disedari ibu bayi terbabit selepas menjemput anaknya di pusat asuhan itu pada jam 5 petang Khamis lalu. Ahmad Shukri berkata, ibu bapa bayi berkenaan bimbang selepas mendapati di bahagian atas lengan kiri anaknya kebiruan dan membengkak. “Bayi lelaki itu kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta dan memang terdapat kesan patah. “Untuk pemeriksaan lanjut ibu bapa masing-masing berusia…
Author: Syifa' Syakinah
Polis tidak menolak kemungkinan motif cemburu antara punca wanita mengandung tujuh bulan mati ditembak di Kampung Repek di sini, petang semalam. Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, pihaknya sudah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun bagi membantu siasatan dan suspek berkenaan ada hubungan dengan mangsa. “Ada beberapa kemungkinan motif kejadian dan salah satunya cemburu, polis akan siasat secara menyeluruh dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi. “Suspek yang ditahan direman lima hari bermula hari ini sehingga Khamis depan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Machang di Ibu Pejabat…
Misteri kehilangan dua sahabat yang dilaporkan hilang di Kuala Selangor, 25 Mei lalu terbongkar dengan penemuan mayat mereka di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di parkir sebuah bangunan kediaman di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu menerusi orang awam yang menemukan mayat dalam MPV Toyota Alphard, 8.26 malam. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Salak Selatan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pergi ke lokasi kejadian…
Lelaki warga emas ditemukan mati di tandas awam Gerai Rakyat 1 Malaysia, Jalan Wah Keng Jooi, di sini, semalam. Lelaki tanpa dokumen pengenalan diri itu ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas kerusi oleh seorang wanita yang kemudian menghubungi polis pada 7.45 pagi. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berusia 60-an berkenaan dikatakan tinggal di tandas awam itu untuk menumpang berteduh. Menurutnya, berdasarkan maklumat awam, kali terakhir lelaki itu dilihat pada petang kelmarin. “Difahamkan, lelaki berkenaan sudah berada di situ sejak lima tahun lalu. Seorang penjaga gerai memberitahu lelaki itu dikenali dengan nama…
Seorang pemain bola sepak liga tanah air ditahan bagi membantu siasatan kes rogol remaja perempuan. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, malam Ahad lalu selepas pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa berusia 18 tahun. “Dalam laporan dibuat, mangsa yang juga seorang jurujual kain dan tudung berada di rumahnya sebuah kampung di Jalan PCB, keluar dari bilik untuk membuang sampah pada 12.30 tengah hari Ahad lalu. “Mangsa mendakwa didatangi suspek yang tiba-tiba menolaknya dari belakang sebelum mengheretnya ke katil dalam bilik tidur. “Dia (mangsa)…
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah perasan seorang warga emas apabila melihat rumahnya disambar api. Seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah diburu polis kerana disyaki membakar sebuah rumah di Kampung Keruak di Hulu Besut, di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki tempatan berusia 40-an itu dipercayai sedang bersembunyi di dalam hutan di sekitar kampung berkenaan selepas melakukan perbuatan khianat itu kira-kira jam 4 petang. “Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran dan kes ini sedang disiasat menurut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan…
Jabatan Mufti Selangor Umum Hari Raya Aidilfitri Berakhir Hari Ini | Khalifah Media Networks – Umat Islam di seluruh negara masih meraikan Aidilfitri hari ini berdasarkan kenyataan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Jabatan Mufti Negeri Selangor menerusi Facebook rasminya semalam menjelaskan Syawal berakhir hari ini berdasarkan data kedudukan bulan dan matahari. Semalam 30 Mei 2022 bersamaan 29 Syawal 1443H. Ijtimak bulan dijangka berlaku pada 30 Mei 2022 jam 7:32 malam. Berdasarkan data-data kedudukan bulan dan matahari ketika matahari terbenam pada semalam iaitu hari Isnin, 29 Syawal 1443H mendapati kedudukan bulan tidak memenuhi kriteria Imkanurrukyah. Maka, keesokan hari (hari ini), 31 Mei…
Pelakon veteran, Aripah Damanhuri dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi ini. Berita pemergian pelakon itu telah dimaklumkan sendiri oleh anak lelakinya, Fais Al-Hajari di Facebook pagi tadi. Menurutnya, ibunya telah meninggal dunia pada jam 8.15 pagi. “Mak akhirnya pergi juga. Bagi sesiapa yang mengenali mak, dukacita dimaklumkan mak baru sahaja meninggal dunia jam 8.15 pagi tadi di Wad 23 HKL. “Pohon sedekahkan doa kepada mak. Kalau mak ada apa-apa hutang yang belum langsai, hubungilah saya,” katanya. Sebelum ini, media melaporkan bahawa Aripah telah ditidurkan di unit kecemasan HKL pada 23 April lalu selepas disyaki menghidap jangkitan…
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memohon agar masyarakat tidak menyebarkan maklumat kurang tepat berhubung kes perbicaraan melibatkan seorang remaja Sindrom Down, Bella. Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, prosiding tersebut yang bersambung semula hari ini perlu dihormati oleh semua pihak. “Saya faham ramai di luar sana sayangkan Bella. “Untuk itu, usah sebar maklumat-maklumat kurang tepat berkaitan kes adik Bella dan teruskan menghormati prosiding yang sedang berlangsung di mahkamah,” tulisnya dalam hantaran di laman Facebook hari ini. Mengulas lanjut, Rina memaklumkan Bella dan rakan-rakannya berada dalam keadaan baik ketika ini, dan sedang menjalani proses pemulihan dan kaunseling di institusi kanak-kanak…
Tindakan seorang lelaki menunjukkan pistol mainan ketika berada dalam kenderaan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran pusat beli belah di Damansara, di sini, yang tular di media sosial mengundang padah apabila dia ditahan polis, Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu jam 7.03 malam, Ahad lalu. “Berdasarkan laporan diterima lelaki berusia 28 tahun dikatakan sedang memandu kereta Proton Wira mengeluarkan pistol dari tingkap kenderaan dan menghalakan senjata api itu ke atas. “Perbuatan itu dilihat dan dirakam seorang lelaki yang turut melalui lebuh raya sama berhampiran sebuah kompleks…