Umat Islam di seluruh negara masih meraikan Aidilfitri hari ini berdasarkan kenyataan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Jabatan Mufti Negeri Selangor menerusi Facebook rasminya semalam menjelaskan Syawal berakhir hari ini berdasarkan data kedudukan bulan dan matahari.

Jabatan Mufti Selangor Umum Hari Raya Aidilfitri Berakhir Hari Ini

Semalam 30 Mei 2022 bersamaan 29 Syawal 1443H. Ijtimak bulan dijangka berlaku pada 30 Mei 2022 jam 7:32 malam. Berdasarkan data-data kedudukan bulan dan matahari ketika matahari terbenam pada semalam iaitu hari Isnin, 29 Syawal 1443H mendapati kedudukan bulan tidak memenuhi kriteria Imkanurrukyah. Maka, keesokan hari (hari ini), 31 Mei 2022 iaitu hari Selasa adalah bersamaan dengan 30 Syawal 1443H. Oleh itu, 1 Zulkaedah 1443H ditetapkan pada hari Rabu, 1 Jun 2022.

May be an image of text

May be an image of text that says 'Kedudukan Bulan 30 Syawwal 1443H 3.8190° N, 100.8143° E ALTITUD BULAN DARI UFUK 09° 06' 58" JARAK LENGKUNG PUSAT BULAN KE PUSAT MATAHARI 10° 04' 52" 30 SYAWWAL 1443H 31 MEI 2022 (SELASA) a) ljtimak Bulan Baru= 19:30:00 (2022-05-30) b) Matahari terbenam 19:24:00 c) Azimut matahari =292° 03' 37" d) Bulan terbenam 20:09:00 e) Azimut bulan 295 21' 52" f) Umur bulan ketika terbenam data 24j 39m chidaripada JUPEM Selangor'

Jabatan Mufti Negeri Selangor turut memuatnaik info grafik berkenaan hebahan itu. Pada kira-kira jam 8 malam 1 Mei lalu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi stesen televisyen tempatan mengumumkan umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 2 Mei. Meskipun segelintir masyarakat Islam sudah mengetahui khabar angin Aidilfitri disambut awal sehari, pengumuman itu memberi kejutan dan menggemparkan negara ketika itu.

Sumber : Oh Bulan

 

Share.

Leave A Reply