Seorang lelaki diberkas dipercayai mencederakan sebelum menyamun seorang wanita dalam kejadian di bangunan Centre Point di sini pada Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, suspek diberkas kira-kira jam 5 petang di sebuah kedai berhampiran Jalan Tiara Bandar Baru Klang pada Ahad. Menurutnya, suspek berjaya diberkas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Klang Utara bersama anggota polis Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Bandar Baru Klang. “Suspek yang diberkas merupakan seorang lelaki tempatan berumur 40-an. Semakan rekod mendapati suspek juga mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau termasuk 16 rekod membabitkan jenayah dan…
Author: Syifa' Syakinah
Timbul isu baharu, netizen kecoh Facebook Tangmo aktif semula Hampir sebulan selepas siasatan kematian pelakon Thailand, Nida “Tangmo” Patcharaveerapong selesai dan disimpulkan sebagai kecuaian, timbul pula isu baharu yang menjadi tular di media sosial sejak semalam. Memetik laporan portal Salem Gists, akaun Facebook milik mendiang pelakon itu didapati aktif semula sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen. Difahamkan, kemas kini terbaru dari Facebook itu memberi petunjuk mengenai apa yang sebenarnya berlaku ke atas Tangmo dan meminta agar kebenaran dirungkai semula. Malah, akaun Facebook itu juga memuatnaik beberapa keping foto yang didakwa netizen tidak pernah didedahkan sebelum ini. Bagaimanapun, individu di sebalik…
Data peribadi jutaan rakyat Malaysia berusia 18 hingga 82 tahun yang berada dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa dijual dengan harga USD10,000 (RM43,870) di forum pasaran pangkalan data. Laman sesawang teknologi Lowyat.net semalam menunjukkan set data JPN yang mengandungi maklumat seluruh populasi 22 juta rakyat negara ini dijual pada harga terbabit di forum pasaran pangkalan data. Penjualnya mendakwa data peribadi itu termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat dan gambar dengan data daripada laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dijual. Ini bukan dakwaan baru kerana tahun lalu JPN turut mengesahkan ia menerima laporan berhubung dakwaan penjualan pangkalan data mengandungi empat…
Kerajaan disaran untuk mengaktifkan semula Majlis Khas Jaminan Makanan yang pernah ditubuhkan sebelum ini bagi meningkatkan hasil pengeluaran dalam negara. Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu makanan yang didepani pada ketika ini merupakan isu global yang turut memberi tempias kepada Malaysia. “Ini adalah masalah global dan Malaysia tidak terkecuali berhadapan dengan masalah bekalan bahan makanan yang agak terjejas selepas pandemik, sektor pengeluaran makanan seperti bahan makanan asas semakin berkurangan. “Berikutan itu, kita cadangkan kepada kerajaan untuk mengaktifkan semula majlis yang sudah ada sebelum ini, kerana ia dapat meningkatkan hasil pengeluaran dalam negara, seperti bahan makanan…
Nor Sarah Adi berjaya merangkul pingat emas ke-19 buat kontinjen negara menerusi acara lompat bergalah pada temasya Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, semalam. Atlet dari Pahang ini berkata emas dalam acara lompat bergalah sama sekali tidak dijangka memandangkan dia ke sini untuk menyertai acara 4×100 meter (m). Saya layak untuk 4x100m tetapi menerima peluang untuk menyertai acara lompat bergalah. Tentunya peluang sebegini tidak selalu dapat dan saya mahu menjanjikan yang terbaik walaupun berdepan kekangan masa untuk berlatih (lompat bergalah). Saya juga mengalami kecederaan belakang pada minggu lalu namun Alhamdulillah segalanya sudah diatur sebaiknya oleh tuhan. Saya nak…
Satu Malaysia gempar pada tahun lepas sekitar bulan Ogos dengan kes kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang iaitu Siti Kharina Mohd Kamarudin. Selepas seminggu baru lah semuanya terbongkar selepas penemuan mayatnya di sebuah kondominium di Cyberjaya. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter iaitu @kamarul14 telah berkongsi mengenai kronologi kematian kes bunuh Siti Kharina. Ikuti perkongsian beliau di bawah : Pernah berlaku kes pada bulan Ramadan 2019, seorang jururawat jumpa bos dia untuk minta cuti Hari Raya. Keesokan harinya, si dia terus tak hadir kerja shif malam. Dia patut masuk kerja. Satu hospital mencarinya. Ke mana dia hilang? Rakan sekerja runsing dengan kehilangan…
Polis menerima dua laporan berhubung video tular membabitkan kemalangan kenderaan orang awam dengan kenderaan polis yang sedang mengiringi orang kenamaan (VIP) di hadapan sebuah pusat membeli belah, di sini, Sabtu lalu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kedua-dua pemandu kenderaan berkenaan sudah tampil membuat laporan polis. “Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan. Kita meminta kerjasama saksi yang melihat kejadian itu supaya hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi membantu siasatan. “Orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071…
Majlis sambutan hari raya di sekolah adalah satu acara yang dinanti-nantikan terutamanya pelajar kerana mereka boleh ‘melaram’ dengan pakaian semasa Aidilfitri lalu. Bagaimanapun, lain pula kisah yang berlaku di sebuah sekolah apabila pihak sekolah melarang pelajarnya memakai kurta. Menerusi perkongsian seorang individu di laman Facebook, sekolah terbabit telah mengenakan denda terhadap pelajar yang memakai kurta semasa menghadiri majlis sambutan hari raya. Lebih malang lagi, mereka dikehendaki berdiri di tapak perhimpunan dan tidak dibenarkan sama sekali menyertai majlis itu. Jelas individu itu, pelajar berkenaan hanya dibenarkan masuk ke kelas selepas jamuan itu hampir selesai dan saki baki makanan pun hanya tinggal…
Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dikatakan enggan memberi laluan kepada ambulans dalam keadaan siren ambulans itu dibunyikan seperti video tular di media sosial, disahkan mengalami masalah pendengaran. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, siasatan mendapati pemandu SUV itu, lelaki warga emas berusia 62 tahun mengalami masalah pendengaran “tinnitus-acoustic neuroma” sejak tiga tahun lalu. “Lelaki itu masih lagi mendapatkan rawatan lanjut dari pakar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. “Sehubungan itu, Polis Daerah Kampar melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemandu terbabit,” katanya dalam kenyataan semalam. Katanya, kejadian…
Seorang anggota polis disaman kerana menggunakan alat komunikasi ketika memandu di Lebuhraya Persekutuan, di sini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 9 pagi ketika anggota berkenaan memandu kenderaan Proton Preve dan berlogo. “Anggota polis yang terbabit sudah dipanggil untuk siasatan dan saman dikeluarkan terhadap pemandu berkenaan mengikut Kaedah 17(A) LN166/59. “Kejadian berkenaan tidak membabitkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan, semalam. Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan terhadap salah laku anggota yang melakukan kesalahan ketika bertugas. Video berdurasi 14 saat itu tular di…