Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Lelaki tempatan maut dipercayai jatuh dari tingkat enam tempat letak kenderaan di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 56 tahun mengalami kecederaan pecah pada bahagian kepala. “Siasatan mendapati, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa dipercayai memijak bonet hadapan keretanya sendiri untuk terjun dari tingkat enam bangunan itu. “Hasil siasatan, mangsa tiada sebarang urusan di tempat berkenaan tetapi disyaki mencari tempat yang tinggi. “Mangsa juga dipercayai tidak bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan semalam. Mohd Iqbal berkata,…

Read More

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang menyiasat kes penemuan gumpalan rambut di dalam kuih tepung pelita yang didakwa dibeli di sebuah bazar Ramadan di Ipoh seperti yang tular dalam media sosial semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata kes sedang disiasat bagi mengenal pasti pelaku agar ia tidak berulang dan memudaratkan kesihatan orang ramai. “Apa sahaja kes yang berkaitan, kita minta laporkan kepada Bahagian Keselamatan Makanan JKN untuk memudahkan kita mengumpul maklumat dan melengkapkan siasatan,” katanya kepada Bernama. Beliau mengulas gambar viral dengan kapsyen antara lain menyebut ‘Sehelai rambut boleh dimaafkan, tetapi ini…

Read More

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan kesahihan poster berhubung ‘Bantuan Warga Emas one-off sehingga RM500’ seperti yang sedang tular dalam media sosial. JKM, melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) hari ini menegaskan bahawa poster tular itu adalah palsu. Orang ramai disaran merujuk laman sesawang JKM menerusi www.jkm.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Orang ramai juga dinasihat tidak mudah mempercayai maklumat palsu sebaliknya menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab dengan membuat semakan terlebih dahulu dan merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini. Sumber : HM

Read More

Anggota bomba membantu menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terperangkap di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terkunci di sebuah stesen minyak di Behrang, dekat sini, hari ini. Ketika kejadian, bapa mangsa dikatakan sedang mengisi minyak apabila kenderaan itu tiba-tiba terkunci. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 8.44 pagi ini. “Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kenderaan itu dan menyerahkan kanak-kanak itu kepada bapanya,” katanya dalam kenyataan di sini. Difahamkan kanak-kanak itu terkunci lebih 15 minit sebelum berjaya diselamatkan. Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nasir Ibrahim…

Read More

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000, kerana kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu. Ia sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada tuduhan berkenaan. Responden, Sam Ke Ting, 27, turut diperintah menjalani hukuman enam bulan penjara jika tidak membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara. Keputusan itu diputuskan Hakim Datuk Abu Bakar Katar ketika keputusan rayuan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi, hari ini. Abu Bakar…

Read More

Menjelang bulan Ramadan, sudah pasti ramai yang gemar membeli juadah berbuka puasa di bazar. Namun, terdapat sesetengah peniaga yang menjadikan Bazar Ramadan sebagai lubuk emas dengan mengambil kesempatan menjual juadah dengan harga terlampau tinggi tidak setanding dengan kualiti serta kuantiti makanan. Begitulah nasib yang menimpa seorang wanita ini apabila juadah berbuka puasa yang dibeli sebuah kedai hanyalah sekadar ‘indah khabar dari rupa’. Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan wanita ini sedang duduk di atas kerusi sambil menunggu azan Maghrib berkumandang. Dia juga dilihat sempat merakam menu berbuka puasanya iaitu nasi kerabu bersama lauk daging. Tetapi alangkah terkejutnya apabila melihat makanan tersebut…

Read More

Abang penyanyi, Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman, 50, memaklumkan pihak keluarga dan peguam kini sedang mencuba untuk mendapatkan rawatan perubatan buat adiknya yang menghidap bipolar serius sejak 2009. Zain berkata, hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret Petaling Jaya sebelum ini menyerahkan urusan rawatan perubatan adiknya yang kini berada di Penjara Sungai Buloh, kepada pihak penjara. “Kami sedang berurusan dengan pihak penjara untuk memastikan dia mendapat rawatan sewajarnya. Itu sangat penting kerana dia seorang pesakit bipolar. “Rekod perubatannya menyaksikan Yasin dimasukkan ke Wad Psikiatri HUKM (kini Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM) pertama kali pada 2009 dan sejak itu dia berada di bawah…

Read More

Aksi seorang wanita sedang mencari pelaku yang menendang kemaluan anaknya menggunakan pembesar suara sebuah masjid menjadi tular di media sosial. Penduduk setempat dikatakan terkejut apabila mendengar bunyi seorang wanita sedang mencari pelaku yang menendang kemaluan anaknya. Wanita tersebut dikatakan panas hati kerana melihat anaknya yang baru sahaja pulang dari mengaji menangis kerana diganggu oleh rakan-rakan lain. Hoi, anak-anak, siapa yang tendang kemaluan si Sarip? Kalau tiada yang mahu mengaku, nanti aku tendang seorang demi seorang. Sarip balik mengaji dan menangis. Memetik laporan Suara.com, kanak-kanak tersebut bahkan bukan sahaja diganggu, malah alat sulitnya ditendang. Rakaman yang tular di aplikasi TikTok itu…

Read More

Seorang lelaki berusia 51 tahun meninggal dunia semasa solat Isyak berjemaah di Masjid Annur (MAN), Saujana Utama, Sungai Buloh malam tadi. Memetik Utusan, pesara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) yang berasal dari Melaka itu sebelum itu rebah dalam rakaat pertama sebelum disahkan meninggal dunia. Kematiannya disahkan oleh sekumpulan paramedik dari Hospital Sungai Buloh. Menurut abang mangsa, adiknya sudah sembilan tahun bersara dari TUDM. Allahyarham menjalankan perniagaan menjahit kusyen dan bantal yang diusahakan bersama isterinya. Sepanjang pengetahuannya, Allahyarham yang tinggal Saujana Perdana sihat sahaja. Allahyarham mempunyai empat orang anak berusia antara 16 hingga 23 tahun. Anak sulungnya baru sahaja bekerja selepas menamatkan…

Read More

Tunai Haji Melalui Syarikat Swasta, Kos Dijangka Hampir RM50k |  Khalifah Media Networks – Kos menunaikan ibadah haji tahun ini menerusi syarikat pengendali umrah dan haji swasta dijangka mencecah antara RM40,000 hingga RM50,000 seorang, kata Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) Datuk Seri Razali Mohd Sham. Beliau berkata ini berikutan kos pengurusan haji yang semakin meningkat meliputi penginapan, makanan dan pengangkutan yang perlu ditanggung jemaah. “Dahulu kos untuk seorang jemaah haji menginap di Arafah dan Mina adalah sebanyak 1,034 Riyal (kira-kira RM1,166.44), sekarang sudah 5,433 Riyal (bersamaan kira-kira RM6,128.72),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Beliau…

Read More