Selain menggunakan kayu belian, pelbagai faktor lain turut mendorong kos pembinaan Jeti Kampung Mutap, Bekenu dekat sini mencecah RM50,000. Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Miri dalam kenyataan berkata, antaranya termasuk kos logistik selain faktor keselamatan dan keadaan jalan untuk ke kawasan berkenaan. Katanya, kayu belian yang digunakan pula bernilai RM9,000 semeter, namun lebih rendah daripada kadar harga pasaran. “Dengan bajet RM50,000, JKR Sarawak berjaya mereka bentuk jeti sepanjang 15 meter dengan dua tangga,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Kenyataan itu menyusul sebagai penjelasan terhadap dakwaan warganet yang mendakwa kos pembinaan jeti itu tidak wajar. Menurut JKR Bahagian Miri, cadangan awal…
Author: Syifa' Syakinah
Seorang wanita menangis kesyukuran selepas Mahkamah Tinggi Muar, di sini, mengetepikan hukuman gantung sampai mati ke atasnya bagi kesalahan membunuh suaminya, lima tahun lalu. Tertuduh, Nur Hidayah Abdullah, 22, hanya mampu menzahirkan rasa sebak sebaik mendengar keputusan oleh Pesuruhjaya Kehakimanan, Awang Armadajaya Awang Mahmud. Awang Armadajaya dalam hujahnya berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi tertuduh yang melakukan kesalahan ketika masih dibawah umur iaitu pada usia 17 tahun. Menurut beliau, tertuduh ditakrifkan sebagai kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dan tidak boleh dijatuhkan hukuman mandatori. Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan tertuduh ditahan penjara selama yang diperkenankan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan…
Seorang lelaki dan wanita warga tempatan yang disyaki menarik seekor anjing dari dalam sebuah kereta telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara untuk disoal siasat. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Rupiah Abd Wahid berkata, hasil soal siasat mendapati bahawa kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih yang digunakan adalah milik abang ipar suspek. Dalam kejadian yang berlaku pada 8 April lalu, anjing tersebut dikatakan haiwan peliharaan suspek yang hilang dan telah dijumpai semula di kawasan perumahan suspek dalam keadaan kotor dan berkutu. “Suspek beranggapan tidak sesuai untuk dibawa masuk ke dalam kereta, maka suspek telah menggunakan…
Dua pelajar mengambil kesempatan berlumba dan melakukan aksi merbahaya ketika umat Islam menunaikan solat tarawih di Jalan Bandar Baru Kuala Nerus, di sini, malam tadi. Bagaimanapun, tindakan dua remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun itu membawa padah apabila ditahan ketika memberhentikan motosikal di Kampung Padang Kemunting, Kuala Nerus pada 9.06 malam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu Superintendan Ismail Man berkata, Skuad 42 JSPT sebelum itu melakukan pemantauan di Bandar Baru Kuala Nerus sebelum terlihat dua penunggang terbabit yang berlumba sesama sendiri. Menurutnya, dua suspek turut melakukan aksi merbahaya dengan menundukkan kepala selari dengan meter dan menunggang…
Kerajaan Johor bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri 2022 sebanyak setengah bulan gaji, atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri ini. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani berkata, pemberian itu diputuskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pada Rabu lalu. “Pemberian Bantuan Khas Kewangan turut disalurkan kepada kakitangan di bawah Skim Contract Of Service, Contract For Service, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP. “Bantuan Khas Kewangan ini juga akan membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM18.81 juta dan diberikan kepada kira-kira 13,400 kakitangan awam di Negeri Johor. “Pemberian Bantuan Khas Kewangan ini adalah keprihatinan Kerajaan Johor bagi…
Seorang lelaki melecur selepas berlaku letupan akibat kebocoran tong gas petroleum cecair (LPG) di Taman Johor Jaya di sini pada Sabtu. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saifulbahri Safar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.45 tengah hari sebelum 15 anggota dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi. “Kebakaran berlaku di rumah dua tingkat dan disyaki berlaku letupan akibat kebocoran tong gas LPG. “Anggota bomba bertindak memadam kebakaran sepenuhnya di bahagian ruang tamu rumah tersebut. “Seorang lelaki berusia 49 tahun melecur…
Seorang lelaki warga asing yang tinggal bersendirian ditemui mati di dalam sebuah bilik di kediamannya di Blok B, Zeta Park Residen, Jalan Taman Ibu Kota, Setapak di sini pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan yang bertugas di residensi tersebut mendakwa terhidu bau busuk dari tingkat 10 blok berkenaan sekitar jam 1.32 petang. “Peronda MPV Polis Setapak diarahkan ke lokasi kejadian. Pihak Polis bersama bomba telah berjaya memasuki rumah berkenaan. “Didapati seorang lelaki warga asing berumur 50 tahun yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia dianggarkan lebih kurang seminggu…
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar diarahkan tutup selama tujuh hari bermula semalam (Sabtu) selepas 30 pelajar didapati positif Covid-19. Notis perintah penutupan itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon yang mengesahkan perkara itu berkata, daripada jumlah itu, 11 pelajar disahkan positif Covid-19 menerusi ujian saringan yang dilakukan pada hari ketiga mendaftar masuk ke asrama sejak Isnin lepas. “Kemudian pada hari kelima, ujian saliva dilakukan ke atas semua pelajar dan hasil ujian mendapati 19 lagi pelajar positif Covid-19. “Kuarantin ke atas semua pelajar yang positif sudah dibuat di tempat yang…
Penyelam remaja warga Belanda yang dilapor hilang di Mersing kini dipercayai berada dalam perairan Indonesia. Justeru, operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia dilapor telah ditamatkan pada 1,30 tengah hari tadi. Bagaimanapun, operasi carilamat berkenaan akan disambung oleh pihak berkuasa Indonesia bermula esok. Perkara berkenaan dikongsikan oleh BERNAMA dalam satu tweet ringkas sebentar tadi. Berita lanjut menyusul. https://twitter.com/bernamadotcom/status/1512678479695073281?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1512678479695073281%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2022%2F04%2F09%2Fmalaysia-tamatkan-sar-penyelam-remaja-belanda-hilang-di-mersing-dipercayai-berada-dalam-perairan-indonesia%2F Sumber : SK
Seorang wanita berpura-pura menjadi pelanggan sebelum melarikan seutas gelang tangan emas yang dianggarkan bernilai RM10,000 dalam kejadian di sebuah kedai emas di Pekan Kuala Pilah di sini pada Jumaat. Kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan visual muka suspek tular di Facebook. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan, Amran Mohd Ghani berkata, polis menerima maklumat kejadian jam 8.18 malam daripada jurujual kedai berkenaan. “Difahamkan suspek yang berbadan gempal dan mempunyai kulit sawo matang berusia lingkungan usia 30 tahun telah melarikan seutas tangan emas berat 36.76 gram. “Berdasarkan rakaman CCTV, suspek telah dibantu seorang lelaki…