Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar diarahkan tutup selama tujuh hari bermula semalam (Sabtu) selepas 30 pelajar didapati positif Covid-19.

MRSM Muar Diarah Tutup Selama Seminggu Kerana Covid-19

Notis perintah penutupan itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon yang mengesahkan perkara itu berkata, daripada jumlah itu, 11 pelajar disahkan positif Covid-19 menerusi ujian saringan yang dilakukan pada hari ketiga mendaftar masuk ke asrama sejak Isnin lepas.

“Kemudian pada hari kelima, ujian saliva dilakukan ke atas semua pelajar dan hasil ujian mendapati 19 lagi pelajar positif Covid-19.

“Kuarantin ke atas semua pelajar yang positif sudah dibuat di tempat yang ditetapkan malah pengasingan serta-merta juga telah dilakukan atas nasihat PKD Muar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Penutupan MRSM berkenaan juga disahkan Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply