Harga runcit petrol RON97 kini naik sebanyak 8 sen seliter iaitu daripada RM3.83 kepada RM3.91 seliter. Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, penetapan harga runcit produk petroleum itu berkuatkuasa bagi tempoh 31 Mac 2022 hingga 6 April 2022. Bagi harga runcit petrol RON95 dan diesel, ia kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter. “Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter,” kata kementerian itu. Tambah kementerian itu lagi, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang…
Author: Syifa' Syakinah
Tradisi berbuka puasa di padang MBK 1 di sini berkemungkinan kembali dibenarkan tahun ini jika mendapat kelulusan kerajaan negeri, kata Datuk Bandar Kuantan Datuk Hamdan Hussin. Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memutuskan tidak mempunyai halangan jika tradisi itu kembali diadakan selepas dua tahun tidak dibenarkan ekoran COVID-19, jika Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) memperoleh kebenaran kerajaan negeri. “Kita berharap kerajaan negeri dapat memberikan kelulusan kerana berbuka di padang mendapat permintaan ramai, malah boleh dikatakan menjadi sebahagian daripada produk pelancongan di Kuantan. MBK juga menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bersesuaian seperti menyediakan 65 lot bagi memastikan penjarakan fizikal,” katanya pada…
Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin akan mengadakan satu sidang media dijangka pada pukul 5.00 petang, hari ini. Bagaimanapun, perkara yang akan diumumkan di dalam sidang media itu tidak didedahkan. Orang ramai boleh menyaksikan sidang media itu secara langsung di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Terdahulu, Khairy telah memaklumkan mengenai fasa peralihan Malaysia ke endemik dalam sidang media pada dua minggu lalu. Menerusi sidang media itu, beliau telah mengumumkan beberapa perkara termasuk peningkatan penggunaan katil untuk pesakit kanak-kanak bawah 12 tahun yang ketara dari Januari hingga hujung Februari. Pada masa yang sama, kadar kemasukan kanak-kanak ke wad Pediatric Intensive Care Unit…
Seorang lelaki dilaporkan tergamak mengugut cerai dan menghalau isterinya dari rumah hanya kerana wanita itu tidak mengundi parti yang sama dengannya dalam pilihan raya. Kejadian aneh yang berlaku di Uttar Pradesh, India itu turut mendapat perhatian Suruhanjaya Kebangsaan Wanita (NCW) negara itu. Memetik laporan India.com, NCW meminta polis negeri mendaftarkan First Information Research (FIR). Pihak itu juga memohon polis mengambil tindakan tegas terhadap lelaki itu kerana didakwa memukul isteri dan menghalaunya dari rumah. Bagaimanapun, pihak polis berkata wanita berusia 21 tahun itu masih belum membuat aduan rasmi terhadap suaminya. Menurut laporan, wanita itu terpaksa meninggalkan rumah suaminya di kawasan Baradari…
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun dari Kapanewon Ponjong, Kabupaten Gunungkidul didakwa ketagih menghisap rokok dan mengamuk sekiranya tidak diberikan oleh ibu bapanya. Menurut Detik, ibu kanak-kanak itu yang berusia 35 tahun berkata bahawa anaknya mula ketagih menghisap rokok berikutan tabiat mengutip puntung rokok di sekitar rumahnya sejak beberapa bulan yang lalu. ”Awalnya, tiga bulan lalu, anak saya ambil puntung rokok dan menyalakannya dengan mancis. Selepas bapanya selesai menghisap rokok, dia pungut puntung dan lama-lama dia menghisap rokok itu. ”Dia meneruskan tabiat itu sehingga setiap kali nak maghrib, dia pasti akan minta rokok,” kata ibunya. Tabiat anaknya yang suka menghisap…
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Putrajaya, telah berjaya menahan seorang individu yang disyaki mengedar air ketum di sekitar daerah Putrajaya. Suspek menjalankan aktiviti jualan air ketum dengan mengiklankan di laman sosial “Facebook” dan menghantar terus kepada pembeli. Hasil dari risikan oleh BSJN IPD Putrajaya, suspek telah berjaya ditahan di Presint 9 Putrajaya, serta merampas 10 bungkusan plastik lutsinar berisi cecair air ketum. Suspek telah ditahan reman selama (4) hari untuk siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) akta yang sama. Jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak…
Jeritan seorang pekerja wanita berjaya menyelamatkan kedai emas milik majikannya daripada disamun dalam kejadian di Pekan Senai, petang tadi. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu daripada lelaki yang juga pemilik kedai emas berkenaan. Menurutnya, ketika kejadian kedainya didatangi seorang lelaki tempatan yang membawa penukul besi dan memecahkan cermin kaca di bahagian hadapan. “Ketika kejadian terdapat dua pekerja dalam kedai emas itu. Salah seorang daripada mereka (pekerja) berusia 32 tahun menjerit memarahi suspek. “Suspek yang terkejut terus melarikan diri menggunakan motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna biru putih. Suspek juga tidak sempat…
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan China di atas tragedi pesawat penumpang Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines yang terhempas semalam. Beliau menerusi catatan di akaun Facebook turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa pesawat itu dan berharap mereka tabah dalam menghadapi ujian berkenaan. “Saya sedih apabila mendapat perkhabaran tentang pesawat penumpang Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines yang terhempas dan mengorbankan 132 penumpang dan anak kapal di wilayah Guangxi, China, semalam. “Saya dan seluruh Keluarga Malaysia mengucapkan takziah yang mendalam kepada kerajaan China dan keluarga mangsa,” katanya. Menurut laporan media, sebuah pesawat yang membawa…
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memastikan pelaksanaan pembekuan akaun bank bekas suami yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri dilaksanakan tahun ini. Menterinya Datuk Seri Rina Harun berkata, pihaknya akan berbincang terlebih dahulu dan bekerjasama dengan kementerian serta agensi berkaitan kerana perkara itu membabitkan hal tuntutan, selain banyak libat urus bersama pihak lain perlu diambil kira. “Perkara ini bukan sahaja membabitkan KPWKM, malah ia juga membabitkan mahkamah syariah, hal tuntutan dan sebagainya. “Namun, kita akan cuba untuk laksanakan tindakan pembekuan akaun bank bekas suami yang culas tahun ini juga,” katanya kepada media selepas merasmikan Hospital Bersalin dan…
Seorang lelaki dilaporkan menangis kerana tidak sengaja membunuh isterinya apabila dia melanggar dan menggilisnyadengan jengkaut di tapak pembinaan kereta api di Ratchaburi, Thailand, lapor media Thai. Memetik akhbar, lelaki yang berusia 45 tahun itu bekerja dalam satu pasukan dengan isterinya, 40 tahun, di sebuah tapak pembinaan kereta api berkembar itu. Difahamkan, lelaki tersebut bertugas mengendalikan kenderaan itu, manakala wanita itu pula ditugaskan untuk memberi arahan. Pegawai mengesyaki bahawa wanita itu berada di tempat dan waktu yang tidak sepatutnya semasa lelaki tersebut memandu ke arahnya. Ketika kejadian, dia mengesyaki isterinya tidak berhati-hati hingga menyebabkan dia terjatuh dan digilis jengkaut yang dipandu…