Hanya kerana didakwa sudah menopaus (putus haid), seorang wanita di Essex, London dipecat dari pekerjaan oleh majikan lelakinya serta diberi pampasan sebanyak 20,057.74 pound sterling (RM114,164). Menerusi laporan BBC, wanita berkenaan dikenali sebagai Leigh Best dipecat sebagai pembantu jualan di kedai makanan haiwan peliharaan, Embark on Raw selepas membangkitkan isu keselamatan Covid-19. Wanita berusia 54 tahun itu mendakwa bahawa dia diganggu oleh majikannya itu hanya kerana umur dan jantinanya sehingga menyebabkan dirinya berasa malu serta terhina. Dalam pada itu, Tribunal pekerja di London Timur memutuskan wanita berkenaan diberikan pampasan sebanyak 20,057.74 pound sterling (RM114,164) termasuklah 680 pound sterling (RM3,870) untuk…
Author: Syifa' Syakinah
Malang nasib menimpa seorang gadis dikenali sebagai Rizna Apriliandhiny berasal dari Cileunyi, Kabupaten Bandung, Indonesia selepas dipercayai dibunuh oleh kekasihnya sendiri. Apa yang lebih menyedihkan apabila mayat mangsa ditemui di dalam semak yang terletak di Jalan Cisaranten Kulon III, Kecamatan Arcamanik, Kota Bandung pada Khamis (3/3/2022) pagi. Memetik laporan media tempatan, pihak polis telah menahan dua suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan tersebut dan mangsa dipercayai sempat diajak menginap di hotel sebelum berlakunya peristiwa hitam itu. Ya, alhamdulillah, kami telah menangkap seorang (pembunuh) dibantu lelaki lain untuk melupuskan mayat mangsa. Ujar Ketua Polis Bandung, Kombes Pol Aswin Sipayung, suspek yang…
Menteri Kesihatan, Kahiry Jamaluddin dalam sidang media hari ini menegaskan hanya satu premis sahaja yang akan berada dalam ‘Negative list’ dan tidak dibenarkan untuk dibuka iaitu kelab malam. Menurut Khairy, kelab malam kekal menjadi premis yang berisiko tinggi dalam fasa peralihan endemik kerana ‘particular nature’ di dalam kelab malam tersebut. “Kelab malam akan kekal berada dalam negative list walaupun di dalam fasa peralihan endemik kerana kelab malam adalah premis yang berisiko tinggi.” Sumber : SK
Dua wanita warga emas kerugian sebanyak RM390,500 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa kononnya mereka terlibat dalam kegiatan rasuah dan dadah, dalam kejadian berasingan di sini baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Radzi Ahmad berkata kedua-dua mangsa yang berusia 60-an dan merupakan pesara itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu Isnin lepas setelah mendapati wang dalam akaun bank mereka telah dikeluarkan secara berperingkat melalui transaksi pindahan wang. “Dalam kejadian pertama, mangsa kerugian sebanyak RM148,000 dan dia mendakwa pada mulanya menerima panggilan daripada seorang wanita memperkenalkan diri sebagai pegawai pendakwa raya yang kononnya…
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman sosial rasmi hari ini memaklumkan, satu sesi sidang media bersama Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin bakal berlangsung pada jam 1 tengah hari. Sidang media pada tengah hari ini dijangka akan memperjelaskan maklumat tentang fasa peralihan Malaysia ke endemik COVID-19. Hal ini turut disokong sebuah hantaran di laman Twitter Khairy semalam yang mengatakan bahawa beliau akan menerangkan perkara berkait fasa tersebut dalam sesi sidang media hari ini. Sidang media Menteri Kesihatan boleh ditonton secara langsung di laman Facebook rasmi KKM bermula jam 1 tengah hari. Untuk makluman, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Ismail Sabri dalam…
Kerajaan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia bersetuju bahawa negara akan memasuki fasa peralihan endemik bermula 1 April 2022. Perkara ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi. Menurut Perdana Menteri, ia adalah fasa peralihan untuk negera kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik Covid-19 sejak 2019 lagi. Jelasnya lagi, fasa ini adalah sementara sebelum negara ke fasa endemik sepenuhnya yang mana ia tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Sumber : SK
Tiada Lagi Syarat Penjarakan Saf Untuk Solat Jemaah Di Masjid, Surau | Khalifah Media Networks – Kerajaan bersetuju bahawa aktiviti keagamaan tidak lagi perlu melaksanakan penjarakan sosial. Ini termasuklah aktiviti solat berjemaah di masjid atau surau, bermula 1 April nanti apabila negara memasuki fasa peralihan endemik. Bagaimanapun, arahan baharu ini tertakluk kepada majlis agama negeri masing-masing memandangkan urusan pentadbiran agama Islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Sumber : RTM
Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang (SKJP) menawarkan ganjaran wang tunai RM5,000 kepada saksi atau individu yang menyalurkan maklumat lengkap berhubung kes kekejaman terhadap seekor kucing pada Selasa. Pengerusinya, Jurina Abdul Rani berkata, pelaku yang membunuh kucing bertindak kejam apabila menjerut dan menggantung haiwan terbabit di pagar sebuah rumah. “Saya difahamkan bangkai kucing malang itu ditemui di sebuah rumah di taman Tas Ria berdasarkan perkongsian daripada video yang tular itu. “Jadi, saya mohon dan merayu saksi kejadian supaya tampil menghubungi persatuan untuk menyalurkan maklumat lengkap dan kita akan berikan ganjaran kepada mereka,” katanya ketika dihubungi pada Selasa. Pada petang Selasa, tular…
Mahkamah Sesyen Shah Alam mengenakan denda sebanyak RM10,000 terhadap ahli perniagaan, Zaidi Kanapiah atau dikenali sebagai Datuk Addy Kana. Addy Kana didenda atas pertuduhan tidak melaporkan permintaan suapan kepada pihak berkuasa, tiga tahun lalu. Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan sejurus dikemukakan kepadanya. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa tidak melaporkan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis suatu permintaan suapan wang tunai di sebuah hotel di Puchong, Selangor, pada Julai 2019. Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25(3) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 25(4) akta sama, memperuntukkan hukuman…
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan sidang media khas petang ini di Laman Media di bangunan Parlimen. Difahamkan, pada sidang media yang akan diadakan pukul 5.30 petang itu kelak, Perdana Menteri dijangka mengumumkan beberapa perkara penting. Sehubungan itu, Astro AWANI akan menyiarkan secara langsung sidang media khas Perdana Menteri di saluran 501 dan semua platform media sosial kami. Selain itu, Astro AWANI juga akan mendapatkan analisis berhubung pengumuman yang bakal dibuat Ismail Sabri. Sumber : Astro Awani