Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman sosial rasmi hari ini memaklumkan, satu sesi sidang media bersama Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin bakal berlangsung pada jam 1 tengah hari.

Saksikan Sidang Media Dari KJ Petang Ini Mengenai 'Peralihan Ke Endemik'

Sidang media pada tengah hari ini dijangka akan memperjelaskan maklumat tentang fasa peralihan Malaysia ke endemik COVID-19.

Hal ini turut disokong sebuah hantaran di laman Twitter Khairy semalam yang mengatakan bahawa beliau akan menerangkan perkara berkait fasa tersebut dalam sesi sidang media hari ini.

Sidang media Menteri Kesihatan boleh ditonton secara langsung di laman Facebook rasmi KKM bermula jam 1 tengah hari.

Untuk makluman, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Ismail Sabri dalam sidang media yang berlangsung semalam mengumumkan bahawa negara bakal memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022.

Menurut beliau, ia adalah fasa peralihan untuk negera kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak penghujung tahun 2019.

Jelasnya lagi, fasa ini adalah sebelum negara beralih ke fasa endemik sepenuhnya yang mana ia tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sumber : SK

Share.

Leave A Reply