Arab Saudi dilaporkan telah menamatkan semua sekatan COVID-19 di negara itu termasuk penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka di luar rumah, berkuat kuasa Sabtu lalu. Memetik laporan Saudi Gazette, penjarakan sosial di dua masjid suci dan semua masjid dalam kerajaan negara itu turut ditamatkan. Walau bagaimanapun, jemaah masih perlu memakai pelitup muka. Keputusan baharu itu telah diumumkan oleh sumber rasmi di Kementerian Dalam Negeri. Sementara itu, negara tersebut juga tidak lagi mewajibkan pelancong menjalani kuarantin wajib COVID-19 sebaik tiba di sana dan penumpang juga tidak perlu lagi menyediakan ujian PCR semasa ketibaan mereka. Pun begitu, semua ketibaan di negara itu…
Author: Syifa' Syakinah
Seorang lelaki mati ditembak di tepi jalan Kampung Pasir Tinggi, Hulu Terengganu, hari ini. Mangsa yang berusia awal 40-an itu disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bukit Payung Marang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 2.30 pagi daripada rakan mangsa berusia 40-an. Beliau berkata, rakan memaklumkan mangsa ditembak individu tidak dikenali yang menaiki motosikal. “Hasil siasatan awal, mangsa bersama dua rakannya yang berada di lokasi kejadian sebelum itu didatangi dua suspek yang dikatakan mahu berjumpa dengan mangsa untuk berbincang. “Rakan mangsa mendengar bunyi letupan sementara suspek melarikan…
Pengumuman pembukaan sempadan dijangka akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob minggu hadapan. Maklum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, mesyuarat Kabinet pada Jumaat telah bersetuju dengan keputusan itu. “Kalau tiada aral melintang, PM akan umum tarikh itu minggu depan, bukan minggu depan sempadan buka tapi pengumuman itu dibuat minggu depan. “Semalam di (mesyuarat) Kabinet kita sudah setuju, tinggal lagi PM nak umum tarikh itu,” jelasnya. Tambah Khairy, pengumuman itu akan dibuat sebelum tarikh pembukaan sempadan bagi memudahkan semua pihak menjalankan persiapan. “Pengumuman itu penting sebab akan beri masa sedikit kepada syarikat penerbangan, imigresen, hotel dan semua terlibat dalam sektor…
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak memberi sebarang cadangan atau syarat bahawa penerima dos penggalak sahaja dibenarkan ke pasar malam. Menurut menterinya, Khairy Jamaluddin, sebaliknya KKM hanya menasihati pihak berkuasa tempatan (PBT) dan segala keputusan melaksanakan sebarang SOP di bawah bidang kuasa PBT. “Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak keluarkan apa-apa arahan dan syarat untuk pihak berkuasa tempatan menggunakan dos penggalak. Ini semua di bawah bidang kuasa pihak berkenaan. “Pasar malam adalah di bawah PBT, masjid pula di bawah Majlis Agama Islam Negeri dan bukan di bawah KKM. KKM kita bagi nasihat, tapi tidak ada lah sampai pergi pasar memerlukan dos penggalak.…
Mahkamah Jenayah Thailand menjatuhkan hukuman dua tahun penjara ke atas admin sebuah laman Facebook semalam, selepas individu tersebut didapati bersalah menampal stiker pada gambar Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Raja Thailand. Individu berkenaan didapati melakukan kesalahan lèse majesté, iaitu perbuatan tidak menghormati pemerintah setelah menampal stiker itu di atas gambar Raja Thailand pada malam 19 September 2020. Memetik Thai PBS World, mahkamah memutuskan bahawa tindakan menampal stiker dari logo page sindiran politik itu boleh membangkitkan kebencian atau hinaan dengan niat memusnahkan institusi monarki tersebut. Setelah disabitkan bersalah, individu berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 100,000 Baht (RM12,798). Menurut undang-undang lèse…
Orang Ramai Boleh Solat Tarawih Di Masjid, Surau Ramadan Ini | Khalifah Media Networks – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad hari ini memberi jaminan solat sunat Tarawih dibenarkan dilaksanakan di masjid dan surau di seluruh negara pada bulan Ramadan ini. Idris berkata pelaksanaan solat Tarawih berkenaan akan dilaksanakan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) lebih longgar yang akan diumumkan kelak. Menurutnya setakat ini SOP itu masih belum diputuskan, namun operasi masjid akan berjalan seperti biasa meskipun ketika ini situasi COVID-19 dalam negara masih mencatatkan angka melepasi 20,000. “SOP nanti akan agak longgar, bergantung kepada keadaan semasa. Kita…
Bandar pelabuhan strategik utama yang terletak di selatan Ukraine, Kherson akhirnya dilapor sudah jatuh ke tangan tentera Russia sebentar tadi, lapor Aljazeera. Kemaraan Russia yang menakluki bandar itu disahkan oleh datuk bandar, Igor Kolykhaev dalam satu kenyataan seperti yang dilaporkan media hari ini. “Penceroboh Russia kini sedang berada di kesemua bahagian bandar dan ia sangat bahaya,” kata Pengarah Pentadbiran Kawasan, Gennady Lakhuta menerusi Telegram, memetik Aljazeera. Difahamkan, bandar pelabuhan itu dikepung ketika tentera Russia sedang mara meneruskan serangan merentasi bandar-bandar yang lain. Dalam masa sama, bandar Berdiansk juga dilapor turut dirampas Russia. Menurut laporan, Kherson merupakan kota besar pertama yang dilapor…
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan latihan operasi dan kesiagaan bagi aset-aset udara bermula hari ini hingga 7 Mac membabitkan kawasan sekitar Selangor, Pahang, Terengganu dan Pulau Pinang. TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang latihan berlangsung, pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan tertentu khususnya di sekitar Selangor serta Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu; Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang dan Pangkalan Udara Kuantan, Pahang. “Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah di sepanjang tempoh latihan operasi dan kesiagaan dilaksanakan,” menurut kenyataan itu. Kenyataan tersebut turut memaklumkan latihan yang…
Kes kematian pelakon terkenal Thailand iaitu Tangmo Nida akibat terjatuh dari bahagian belakang bot laju nampak gayanya masih belum terungkai lagi. Hal ini kerana, pelbagai spekulasi dan persoalan yang timbul berhubung insiden berkenaan. Menerusi laporan media Thailand sebelum ini, Tangmo Nida dipercayai terjatuh dari bot laju ketika dia bersama-sama lima orang rakannya termasuk pengurusnya, Kratik menuju ke Jambatan Rama VII di Nothaburi untuk menjamu selera. Namun ibu mangsa iaitu Panida Sirayutthayothin yakin bahawa ada sesuatu yang cuba ‘disembunyikan’ mengenai kematian anak perempuannya itu. Bukan itu sahaja, Panida mendakwa kemungkinan berlakunya pertengkaran antara mangsa dan rakan-rakannya yang berada di dalam bot…
Gara-gara membuat panggilan video bersama lelaki lain, seorang janda di Indonesia dilaporkan maut selepas dipercayai dibunuh oleh teman lelaki sendiri pada Khamis yang lalu (24/2/2022). Memetik laporan media tempatan, suspek dikenali sebagai Wendi Hariadi, 25 telah ditahan oleh pihak polis atas dakwaan membunuh teman wanitanya, Sugianti berusia 48 tahun. Menurut Ketua Polis Labuhan Batu, AKBP Anhar Arlia Rangkuti, suspek dikatakan tidak dapat menerima tindakan teman wanitanya yang membuat panggilan video bersama lelaki lain sebelum bertindak membunuhnya. Suspek emosi dan cemburu terhadap mangsa kerana mangsa menerima panggilan video daripada lelaki lain di depan matanya. Bercerita lebih lanjut, kejadian tersebut berlaku di…