Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Siapa yang tak tahu Sambal Nyet yang dihasilkan oleh Khairulaming, bukan? Selain berkongsi resipi di laman sosial instargram miliknya, dia juga turut mempunyai perniagaan produk jenama sendiri iaitu Sambal Nyet. Sambal Nyet telah menjadi rebutan rakyat Malaysia sejak setahun yang lalu. Sering berkongsi maklumat perjalanan Sambal Nyet ini, dia juga pernah memuat naik satu postingan di Twitter miliknya berkenaan sambalnya telah mencapai jumlah jualan sebanyak RM 1 juta dalam masa tiga bulan. Tambahan lagi, semua orang tahu bukan senang nak dapatkan sambal ini kerana setiap hari pasti akan habis dijual. Disebabkan permintaan yang tinggi pihak mereka sehingga kini meletekkan jumlah…

Read More

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa buah negeri sehingga jam 7 dan 8 malam ini. Amaran yang dikeluarkan pada jam 4:45 petang tadi menunjukkan terdapat sembilan negeri dan tiga wilayah yang dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir. Antara kawasan yang dijangka terlibat sehingga jam 7 malam ini adalah di sebelah pantai Barat semenanjung Malaysia melibatkan negeri Perak iaitu di Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Beralih ke Negeri Sembilan pula, empat kawasan dijangka terlibat iaitu Jelebu, Seremban, Port Dickson dan…

Read More

Buat masa ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak bercadang membenarkan lagi pengeluaran oleh pencarum menerusi idea i-Ceria dilontarkan Ahli Parlimen semalam. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, apa yang utama sebagai pengurus dana persaraan adalah memenuhi mandat untuk membina semula simpanan hari tua pencarum. Menurutnya, tempoh bagi tiga skim pengeluaran sudah pun berakhir iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra. “Tiga skim itu sudah pun berakhir (kemudahan pengeluaran terakhir adalah i-Citra pada bulan lalu). “Adalah penting bukan hanya melihat kepada permintaan itu (idea i-Ceria) tetapi juga konteks utama KWSP seperti yang saya bentangkan iaitu mengutamakan bekalan simpanan…

Read More

Serangan udara Rusia memusnahkan sebuah blok kediaman di Kharkiv iaitu bandar kedua di Ukraine dan menara televisyen utama di sini. Presiden Ukraine Volodymr Zelensky menuduh tindakan Kremlin sebagai jenayah perang ketika jumlah orang awam dalam pencerobohan itu meningkat. Walaupun terdapat sekatan dan amaran krisis kemanusiaan, serangan terbaharu pada hari keenam pencerobohan Rusia berlaku ketika konvoi tentera besar-besaran mara ke ibu negara. Moscow memberi amaran kepada penduduk ketakutan yang tinggal berhampiran infrastruktur keselamatan untuk meninggalkan kediaman mereka. “Ini adalah keganasan negara di pihak Rusia,” dakwa Zelensky yang menuduh Moscow melakukan jenayah perang di Kharkiv. Selepas panggilan dengan Presiden AS Joe Biden,…

Read More

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan sehingga 1 Mac 2022. Menurut kemaskini MetMalaysia setakat jam 2.45 petang tadi, amaran kategori pertama (kuning) melibatkan beberapa kawasan iaitu Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan, Phuket, Selatan Bunguran, Tenggara Reef North, Reef South, Labuan dan juga Palawan. Kadar kelajuan angin di kawasan kategori pertama dianggarkan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmj) dengan ketinggian ombak pada paras 2.5 hingga 3.5 meter. Bagi kategori kedua (jingga) pula membabitkan kawasan Samui, Tioman, Condore, Utara Bunguran, Reef North dan Layang-layang. Ketinggian ombak di kawasan perairan…

Read More

Lima sekeluarga di Kampung Lubuk Pait berhampiran Sekayu di sini terpaksa memanjat siling dan bumbung rumah untuk menyelamatkan diri setelah banjir naik mendadak pagi ini. Mohd Saiful Azuar Mohd Amin, 30, ketika dihubungi Bernama berkata beliau bersama isterinya yang sedang sarat mengandung kini masih menunggu bantuan pasukan penyelamat untuk ke pusat pemindahan sementara (PPS). “Saya risau sebab bateri telefon hampir habis. Kami berlima (termasuk ibu bapa dan seorang adik) dah tak ada tempat berlindung dan hanya bertawakal sahaja naik ke bumbung dan berharap kami dapat diselamatkan secepat mungkin. “Saya minta pertolongan adik, Nor Hafizah Mohd Amin untuk kongsikan nasib kami…

Read More

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin diberi penghormatan menerima dua anugerah daripada dua universiti Bangladesh atas sumbangannya dalam pemerkasaan wanita. Universiti Teknologi Maklumat dan Sains (UITS) memberikan anugerah itu semasa lawatan rasmi menteri berkenaan ke Bangladesh yang bertujuan membuka lebih banyak pasaran bagi komoditi Malaysia. Zuraida menerima lambang emas daripada ahli Lembaga Pemegang Amanah UITS dan pengarah urusan Keluarga PHP, Mohammed Iqbal Hossain, di sebuah hotel di Dhaka pada Jumaat. Zuraida yang juga merupakan presiden Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (Comwel) juga mendapat anugerah “Kesaksamaan Gender (Pemerkasaan Wanita)” daripada Universiti Asia Pasifik di Dhaka. Universiti itu menggesa kerajaan Malaysia…

Read More

Pergolakan antara Rusia dan Ukraine ini dilihat masih tiada jalan penyelesaiannya. Serangan demi serangan telah dikenakan ke atas Ukraine yang turut menyebabkan jumlah kematian semakin meningkat ekoran serangan itu. Namun Ukraine tidak pernah mengalah. Mereka malah lebih kuat dan cekal untuk mempertahankan negara tercinta. Begitu juga dengan bekas ratu cantik Ukraine ini. Anastasia Lenna dilapor menyertai pasukan tentera negaranya demi melawan Russia. Menurut New York Post, Anastasia pernah memenangi pertandingan ratu cantik di sana pada tahun 2015. Menjadi seorang bekas ratu cantik tidak menghalangnya daripada melibatkan diri dalam mempertahankan tanah airnya. Menerusi laman Instagram Anastasia, dia ada berkongsi beberapa posting…

Read More

“Selepas beberapa kali azan, akhirnya ada bot nelayan yang lalu di kawasan berhampiran nampak kami terapung sebelum mereka datang memberi bantuan. “Sebelum itu, ada juga bot yang lalu, tapi mereka tak nampak kami, mungkin belum terbuka ‘hijab’ ketika itu,” kata pemancing, Mohd Syahrin Samsudin, 43. Mohd Syahrin dari Perlis antara pemancing berdepan detik cemas selama lima jam selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Pulau Beras Basah di sini, petang semalam. Dalam kejadian 2 petang itu, bot Empayar Mahsuri yang membawa 14 pemancing dan empat kru dilaporkan bocor sebelum karam akibat dipukul ribut. Menceritakan lanjut, Mohd Syahrin berkata, dia bersyukur…

Read More

Perancis akan menghantar €300 juta (US$337.56 juta) bantuan kepada Ukraine, umum Presiden Emmanuel Macron pada Jumaat, lapor Xinhua. “Kami juga sedang berhubung dengan pihak berkuasa Ukraine untuk menyediakan peralatan pertahanan yang mereka perlukan,” kata Macron. “EU (Kesatuan Eropah) mesti menjadi kuasa yang lebih berdaulat dalam hal tenaga, teknologi dan ketenteraan dan langkah-langkah akan diambil untuk melindungi negara dan syarikat kita,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sepucuk surat yang dibacakan oleh Presiden Dewan Negara, Richard Ferrand dalam satu sidang parlimen. Pada hari yang sama, Menteri Ekonomi Perancis Bruno Le Maire mengumumkan bahawa di bawah sekatan EU, personaliti politik dan ekonomi Rusia…

Read More