Rakaman Video Yang Viral Itu Video Lama – KKM | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil memberi penjelasan mengenai video lama yang kembali tular di media sosial baru-baru ini. Dalam satu kenyataan, KKM memaklumkan video berkenaan dirakamkan pada 20 September tahun lalu semasa lawatan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ke KLIA dan ketika itu negara belum lagi melaksanakan pemberian suntikan booster. “Pada waktu itu, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi dos pertama dan dos kedua masih giat dilaksanakan. Kadar vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa ketika itu adalah 79.6%, masih belum mencapai sasaran 90% populasi dewasa. “Aktiviti rentas negeri masih belum dibenarkan manakala…
Author: Syifa' Syakinah
“Rakyat Malaysia memang Pemurah..” Viral Peminta Sedekah Warga Asing Raih RM2k Sehari | Bermodalkan seorang kanak-kanak kecil dan satu bekas kosong, siapa sangka seorang wanita dipercayai warganegara asing mampu menjana pendapatan yang ‘lumayan’ dengan hanya mengutip sedekah. Kisah ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Muhamad Reza Khalili Khalil dan meraih pelbagai respon daripada wargamaya. Menerusi foto yang dikongsi, wanita ini dilihat sedang duduk di sebuah pasar sambil meriba seorang kanak-kanak mengharapkan belas kasihan daripada orang ramai. Apa yang mengejutkan, apabila wanita ini turut mencatat jumlah pendapatan harian yang begitu lumayan dan mampu meraih anggaran RM2,000 hingga RM2,300…
Kerajaan Indonesia Tawarkan Pasang RFID Secara Percuma Kepada Rakyatnya | Kepolisian Negara Republik Indonesia memaklumkan bahawa pihaknya akan memastikan rakyat di negara itu mendapat pemasangan tag Radio Frequency Identification (RFID) secara percuma. Memetik laporan Wartakota, langkah tersebut dilakukan bagi memastikan orang ramai tidak dibebani dengan kos berkaitan dasar baharu itu. Selain RFID, pengguna jalan raya juga boleh menukar warna asas plat kenderaan mereka daripada hitam kepada putih secara percuma. “Ini semua dilakukan tanpa membebankan rakyat, tanpa ada sebarang kos,” kata Pengarah Pendaftaran dan Pengenalan (Diregent), Brigedier Jeneral Yusri Yunus. Tambahnya, dia memohon agar rakyat negara itu memberikan sokongan dan kerjasama berhubung…
Viral Video Penunggang Motosikal Hampir Digilis Lori | Baru-baru ini tular satu rakaman dashcam memaparkan situasi seorang budak melintas jalan yang nyaris digilis. Tetapi budak itu bernasib baik kerana pemandu lori perasan dan sempat menekan pedal brek. Terbaharu, tular satu lagi rakaman kejadian ngeri yang dipercayai berlaku pada kelmarin, memperlihatkan situasi cemas seorang penunggang motosikal yang hampir digilis lori di tengah-tengah jalan. Menerusi rakaman tular itu, pada awalnya kereta yang merakam rakaman menerusi dashcam itu dilihat mahu menuju ke lorong laluan di sebelah. Kemudian muncul pula seorang individu yang menunggang motosikal dari arah belakang. Namun penunggang tersebut dilihat hilang kawalan sebelum…
Aplikasi Tiga Serangkai : Facebook, Instagram Dam WhatsApp ‘Down’ | Jutaan pengguna media sosial sedang menghadapi masalah tidak boleh mengakses aplikasi Facebook, Instagram dan WhatsApp ekoran ketiga-tiga aplikasi tersebut sedang menghadapi gangguan. Di laman Twitter, tanda pagar Whatsapp atau #Whatsapp menjadi trending nombor satu di Malaysia hingga mencapai 227k ciapan tentang masalah tersebut. Setakat ini, tiada apa-apa kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pembangun ketiga-tiga aplikasi tersebut. Punca masalah tersebut masih tidak dapat dikenal pasti. Menjengah ke laman Twitter, rata-rata warganet turut meluahkan bahawa mereka tidak dapat mengakses ketiga-tiga aplikasi tersebut. https://twitter.com/Elill_E/status/1485871398606483458?s=20 Sumber : SK
Wanita Terkejut Barang-Barang Bernilai RM8k Sampai Depan Rumah. Rupanya Ini Yang Terjadi.. | Sudah menjadi kebiasaan buat penggemar membeli-belah secara atas talian, mesti korang akan memilih dahulu barang apa yang korang minat dan menambahkan barangan tersebut ke dalam troli atau ‘add to shopping cart’. Ya lah, kadang-kadang barang yang kita minat harganya mahal jadi kita kena tunggu masa sesuai untuk membeli, betul tak? Sama seperti seorang wanita dari Amerika Syarikat ini mengakui telah menambahkan beberapa barangan perabot yang diminatinya ke dalam troli aplikasi membeli-belah, Walmart. Tetapi siapa sangka, lain pula yang jadinya! Menurut wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Madhu Kumar,…
Viral Junior Lelaki Dibuli Senior, Punca Berebut Pelajar Perempuan | Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat sebuah sekolah teknik di sini cedera selepas dipukul oleh kumpulan pelajar senior, dipercayai gara-gara berebut pelajar perempuan. Kejadian kira-kira pukul 2 pagi Sabtu lalu itu dikatakan berlaku di sebuah bilik asrama sekolah berkenaan sehingga mengakibatkan mangsa cedera di bahagian belakang badan, dada dan kaki. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, polis menerima laporan daripada abang mangsa pada petang Ahad. “Mangsa mulanya dipanggil untuk berjumpa dengan pelajar tingkatan lima di bilik asrama yang mana terdapat kira-kira 10 senior kononnya bertanyakan hal berkaitan…
(VIDEO) Geng Konvoi Kereta ‘H’ Berkumpul Di Lorong Kecemasan, Polis Panggil Untuk Beri Keterangan | Polis akan memanggil sekumpulan individu dipercayai ahli sebuah kelab kereta untuk memberi keterangan dalam masa terdekat selepas gambar mereka berkumpul di lorong kecemasan di Lebuhraya Temiang-Pantai dekat sini tular menerusi media sosial, semalam. Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, tindakan itu dibuat selepas pihaknya mengesan hantaran menerusi Facebook yang memaparkan sekumpulan individu daripada kelab kereta memberhentikan kereta untuk bergambar di lebuh raya berkenaan kira-kira 6.30 petang, Sabtu lalu. “Untuk permulaan kita akan panggil ketua kelab itu dahulu, kita dah kenal pasti 48…
Dah Lama Tak Berlakon, Tak Sangka Ini Keadaan Terkini Buntat |Lima tahun lalu, watak Buntat yang dilakonkan Muhammad Ariff Abdullah, 17, dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku pernah mencetuskan fenomena sehingga meraih populariti dalam sekelip mata. Kini, Muhammad Ariff lebih memberi fokus kepada pelajaran kerana bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijangka tahun depan. Selain itu, Muhammad Ariff yang kini meningkat remaja turut mengambil kesempatan membantu bapanya yang menjual roti canai di medan selera di Jitra, Kedah. Melihatkan tingkah lakunya kini, Muhammad Ariff lebih petah berbicara selain tidak kekok ketika mengambil pesanan dan melakukan kerja di kedai bapanya.…
Makanan RMT Hanya Nasi Putih Dan Kuah, Ini Respon Radzi Jidin | Baru-baru ini, tular satu hantaran Facebook seorang pelajar menerima hanya sebungkus nasi putih dan kuah sahaja sebagai makanan dari Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dari pihak sekolah. Rata-rata orang ramai dan juga ibu bapa turut tidak berpuas hati dan mempersoalkan peruntukan RMT yang diberikan oleh kerajaan. Sejurus penularan isu tersebut, Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin memuat naik satu hantaran di laman Facebook rasminya dan memklumkan yang pihak KPM akan memandang serius terhadap perkara tersebut. Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih…