(VIDEO) Kanak-Kanak Didakwa Kena Dera Luar Balkoni. Ini Penjelasan Bapa Kanak-Kanak Tersebut | Kanak-kanak perempuan yang didakwa didera, keluar dari balkoni kondominium di Bukit Jalil, di sini, 6 Januari, kerana mahu melihat kolam mandi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung video kejadian yang tular itu pada 4 petang 6 Januari yang lepas. “Susulan laporan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ Kuala Lumpur menjalankan siasatan berkaitan video berkenaan. “Hasil siasatan mendapati kanak-kanak berusia lima tahun itu pergi ke rumah neneknya yang juga lokasi kejadian bersama…
Author: Syifa' Syakinah
Bermula 8 Januari Semua Masjid Di Perlis Dibenarkan Solat Jemaah Rapat Saf | Semua masjid di seluruh Perlis akan mula melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf berkuat kuasa pada solat Subuh Sabtu ini, sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan. Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, keputusan dilakukan. Selepas mendapat limpah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail selepas meneliti perkembangan semasa Covid-19 di negeri ini. “Selain itu, keputusan juga dibuat berikutan peratusan tinggi vaksinasi lengkap dan peningkatan dos penggalak yang mencapai kadar 16.9 peratus atau 30,575. Penerima…
SPRM Tarik Balik Video ‘Doktor Rasuah MC’ | Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menarik balik klip video yang mendapat reaksi negatif daripada sesetengah pihak termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini SPRM berkata pada asasnya video yang diterbitkan itu mahu mendidik orang ramai serta serta memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perbuatan menawar, memberi dan menerima rasuah. Dalam konteks video berkenaan, kata SPRM, ia merujuk kepada isu pemberian sijil cuti sakit palsu (MC) dan contoh yang dipaparkan adalah berdasarkan situasi benar yang pernah disiasat oleh SPRM. “Suruhanjaya ini tidak berniat untuk menjatuhkan atau mempersoalkan profesionalisme…
(VIDEO) Tindakan Rombongan Jokowi Bagi Laluan Kepada Ambulans Dipuji Ramai | Tindakan rombongan Presiden Indonesia, Joko Widodo memperlahankan kenderaan bagi memberi laluan kepada ambulans membawa pesakit meraih pujian rakyatnya, lapor Kompas. Menurut portal itu, rakaman sewaktu rombongan tersebut bertembung dengan ambulans berkenaan telah menjadi tular di media sosial, sekaligus mendapat respon positif masyarakat. Dalam video berkenaan, kelihatan rombongan tersebut menghentikan kenderaan mereka semasa berselisih dengan ambulans yang membunyikan siren. Memetik portal itu, pertembungan itu berlaku di jalan di Jalan Raya Purwodadi-Blora semasa presiden berkenaan dalam perjalanan ke program pelaksanaan vaksinasi kanak-kanak berusia enam ke 11 tahun, semalam. “Saya tak sangka. Awalnya…
Peniaga ‘Nasi Paku’ Mula Tukar Bungkus Nasi Guna Getah | Peniaga ‘nasi paku’ di bandar ini dilihat mula menukar kaedah pembungkusan apabila menggunakan getah bagi menggantikan logam itu. Langkah itu diambil susulan peringatan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bahawa peniaga makanan menggunakan paku, dawai kokot atau bahan seumpama yang berbahaya pada pembungkusan makanan boleh didakwa di mahkamah. Pembantu kedai Nasi Sumatera Haji Ismail, Mohammad Faizol Ramli, 27, berkata majikannya mula menghentikan penggunaan paku untuk pembungkusan nasi sejak Sabtu lepas (1 Jan) dan menggantikan dengan getah selepas mendapat tahu mengenai arahan dikeluarkan oleh KKM. Katanya, perkara itu tidak menjadi masalah baginya untuk akur…
Video ‘Rasuah MC’ Dari SPRM, Ini Respon Presiden Persatuan Perubatan Malaysia | Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyelar SPRM kerana mengeluarkan iklan berkaitan doktor yang menjual sijil cuti sakit ketika suruhanjaya antirasuah itu sendiri berdepan persoalan integriti. Presiden MMA Dr Koh Kar Chai berkata video di media sosial SPRM itu satu penghinaan kepada kesucian dan imej kerjaya perubatan. “Agensi kerajaan itu patut menggunakan contoh lain untuk menyampaikan mesej mereka. “Sebagai doktor, kami sangat tersinggung dengan hantaran itu, yang patut diturunkan serta-merta,” kata Koh. Video itu mendapat lebih 720,000 tontonan sejak dimuat naik semalam. Ia memaparkan seorang doktor menulis MC kepada pesakit setelah…
(VIDEO) Tular Netizen Persoal Kenderaan JPJ Iring Lori Balak. Ini Penjelasan JPJ | Video tular menerusi media sosial memaparkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengiringi beberapa lori balak di kawasan Gua Musang, Kelantan sebenarnya sebahagian Operasi Khas Lori Balak yang dilaksanakan JPJ Kelantan. JPJ dalam kenyataan malam tadi memaklumkan tindakan kenderaan JPJ mengiringi lori-lori itu untuk ke Stesen Penguatkuasa Mentara, Gua Musang adalah bagi memastikan pemandu lori terlibat tidak meloloskan diri daripada kawalan JPJ seterusnya ke lokasi yang diarahkan untuk menimbang berat muatan. Menurut kenyataan itu, tindakan terbabit juga merupakan satu daripada prosedur operasi standard (SOP) JPJ bagi menjamin keselamatan…
Fluorona Gabungan Covid-19 & Influenza, Kes pertama Dikenal Pasti Di Israel | Kes pertama gabungan dua penyakit Covid-19 dan influenza dikenal pasti sebagai ‘Fluorona’ direkodkan di Israel. Laporan tempatan mendedahkan pesakit itu adalah seorang wanita muda yang hamil berada di hospital tetapi mempunyai simptom ringan. Portal Euronews melaporkan, Kementerian kesihatan Israel sedang mengkaji kes yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk pengesahan bahawa gabungan kedua-dua virus ini tidak menyebabkan jangkitan yang lebih serius. “Wanita muda ini disahkan menghidap selesema dan Covid-19 sebaik tiba di hospital. Kedua-dua ujian didapati positif, walaupun selepas pemeriksaan semula dilakukan,” kata Pengarah Jabatan Ginekologi Hospital Beilinson Arnon…
Fokus Sekarang Adalah Untuk Banjir, Rombakan Kabinet Hanya Spekulasi – PM | Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata tidak akan ada rombakan Kabinet setakat ini, sebaliknya tumpuan kerajaan kini kepada isu yang mencengkam rakyat terutamanya bencana banjir dan pandemik COVID-19. Menyifatkan isu rombakan Kabinet hanya spekulasi semata-mata, beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya timbul memandangkan negara masih dilanda bencana banjir dan COVID-19 yang belum selesai. “Nama-nama tu macam-macam nama yang keluarlah… macam biasalah, dulu pun macam tu juga. Saya dah beritahu tadi, fokus saya sekarang adalah untuk banjir, jadi saya tak nak bercakap pun soal ada…
Isu Paku Bungkus Makanan, Peniaga Boleh Dipenjara Dan Denda Tidak Lebih 10k | Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan dengan isu penggunaan paku bagi membungkus makanan adalah sangat membahayakan kepada orang ramai. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dalam kenyataan akhbar yang dikongsikan, penularan isu ini telah membimbangkan pelbagai pihak terhadap keselamatan pengguna. Mengikut di bawah Peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh menyimpan, membawa, menyebarkan atau menggunakan apa-apa bahan asing, beracun, berbahaya atau merosakkan yang terkandung pada mana-mana makanan sehingga boleh mendedahkan makanan yang hendak dijual kepada risiko pencemaran oleh bahan-bahan tersebut. Selain itu, pengendali makanan…