Fluorona Gabungan Covid-19 & Influenza, Kes pertama Dikenal Pasti Di Israel | Kes pertama gabungan dua penyakit Covid-19 dan influenza dikenal pasti sebagai ‘Fluorona’ direkodkan di Israel.

Fluorona Gabungan Covid-19 & Influenza, Kes pertama Dikenal Pasti Di Israel

Laporan tempatan mendedahkan pesakit itu adalah seorang wanita muda yang hamil berada di hospital tetapi mempunyai simptom ringan.

Portal Euronews melaporkan, Kementerian kesihatan Israel sedang mengkaji kes yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk pengesahan bahawa gabungan kedua-dua virus ini tidak menyebabkan jangkitan yang lebih serius.

“Wanita muda ini disahkan menghidap selesema dan Covid-19 sebaik tiba di hospital. Kedua-dua ujian didapati positif, walaupun selepas pemeriksaan semula dilakukan,” kata Pengarah Jabatan Ginekologi Hospital Beilinson Arnon Vizhnitser yang terletak di bandar Petah Tikva.

Beliau berkata, penyakit ini adalah virus sama iaitu menyebabkan kesukaran bernafas kerana kedua-duanya menyerang saluran pernafasan.

Laporan itu menyatakan wanita terbabit tidak diberi vaksin terhadap Covid-19 atau influenza.

Wanita itu kemudian dibenarkan discaj dari hospital pada Khamis dan berada dalam keadaan baik.

Buat masa ini, hanya sedikit maklumat yang diketahui pakar mengenai Fluorona.

Dalam pada itu, Israel pada Rabu lalu mencatatkan peningkatan yang membimbangkan dalam kes selesema.

Minggu lalu, seorang wanita hamil sembilan bulan berusia 31 tahun meninggal dunia akibat komplikasi influenza, manakala bayi lelakinya yang dilahirkan melalui pembedahan, selamat.

Sumber : HM 

Share.

Leave A Reply