Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Unik Ke Pelik? Wanita Namakan Anak Dengan Ejaan 1,019 Huruf |Didakwa kerana ingin termasuk dalam senarai rekod dunia, seorang wanita memberikan anak perempuannya nama mengandungi 1,019 huruf, lapor Daily Star. Menurut portal itu, Sandra Williams telah mengambil masa kira-kira enam tahun untuk merancang nama unik berkenaan. Sebaik anaknya dilahirkan pada 12 September 1984, dia dikatakan telah menamakan bayi itu Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth Williams. Pun begitu, setelah merasakan nama itu tidak cukup panjang, Sandra kemudiannya membuat permohonan untuk membuat perubahan pada nama di sijil lahir anaknya, tulis Daily Star. Tambah portal itu lagi, wanita itu telah menambah nama tengah bayi itu dengan…

Read More

Lelaki Tergamak Bunuh Bapa Sendiri, Tak Puas Hati Pasal Harta | Di Jharkhand, India seorang lelaki dipercayai membunuh bapa kandungnya sendiri menggunakan senjata tajam berikutan berang dengan pembahagian harta pusaka milik keluarganya yang dikatakan tidak adil ketika diagihkan. Memetik laporan India Today, mangsa dikenali sebagai Chunni Yadav berusia 70 tahun telah dikelar di bahagian leher menggunakan senjata tajam dari dapur rumah mereka di daerah Godda. Menurut sumber, suspek merupakan anak sulung dipercayai kecewa dan marah dengan keputusan bapanya yang dikatakan berat sebelah dengan memberikan harta yang lebih banyak kepada adiknya dan dia (suspek) tidak memperoleh apa-apa. Mangsa dikatakan hilang kawalan…

Read More

(VIDEO) Viral Wanita Dirasuk ‘Sesuatu’ Dalam Bas. Netizen BONGKAR Kisah Misteri Gua Tempurung | Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita yang juga merupakan penumpang bas ekspres dipercayai ‘dirasuk’ makhluk halus ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Menerusi video pendek yang dikongsikan kelihatan wanita berkenaan sedang duduk di dalam bas sambil menari. Meskipun wanita terbabit seakan tidak sedarkan diri tetapi lenggok tarinya yang begitu gemalai membuatkan keadaan pada ketika itu menjadi lebih seram. Menurut sumber, insiden tersebut berlaku di Gua Tempurung ketika bas terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Wanita terbabit…

Read More

(Video) Hujan Berterusan, Berlaku Kejadian Tanah Runtuh Di Kawasan Perumahan | Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku berhampiran sebuah kawasan perumahan di Taman Bukit Pelali, Pengerang, Kota Tinggi, lapor Bernama, memetik kenyataan pihak polis. Menurut pihak polis, kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan berterusan sejak tengah hari tadi. Maklumat lanjut menyusul. https://twitter.com/bernamadotcom/status/1477556186488590337?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1477556186488590337%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2022%2F01%2F02%2Ftanah-runtuh-dilapor-berlaku-berdekatan-kawasan-perumahan-di-kota-tinggi-susulan-hujan-berterusan-tengah-hari-tadi%2F https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1477567971992104960?s=20 Sumber : SK, Twitter

Read More

Kepala Dipenggal & Direbus, Pelajar Reka Fesyen Dibunuh Dengan KEJAM | Penggal dan rebus kepala. Itu tindakan kejam seorang lelaki terhadap pelajar reka fesyen yang turut menjadi mangsa rogolnya. Mahkamah diberitahu, Rakhmanberdi Torebekov, 28, membunuh dengan kejam dan mengerat Ayazhan Edilova, 19, selepas dia ke rumahnya bagi mendapatkan ukuran badan untuk membuat sut. Ahli farmasi yang mengalami masalah kesihatan itu dipenjara 25 tahun dan diperintahkan membayar 34,000 pound sterling (kira-kira RM191,853) sebagai pampasan kepada keluarga pelajar itu, lapor Daily Star. Dia dikatakan menyerang secara seksual pelajar reka bentuk fesyen itu selepas enggan melakukan hubungan seks dengannya sebelum kematiannya. Bukan itu saja,…

Read More

Bapa Tergamak Campak Dua Anak Dari Tingkat 15. Ini Punca Yang Buat Ramai BERANG | Gara-gara mahu menjalani kehidupan baharu bersama teman wanita, seorang lelaki yang juga bergelar bapa tergamak membunuh dua orang anak kandungnya. Memetik laporan Daily Mail, suspek yang dikenali dengan nama Zhang Bo berusia 27 tahun telah mencampak dua anaknya yang berusia dua dan satu tahun dari sebuah pangsapuri tingkat 15 di Chongqing, China. Berikutan daripada itu, kanak-kanak perempuan disahkan maut di tempat kejadian manakala kanak-kanak lelaki pula meninggal dunia tidak lama kemudian akibat kecederaan parah. Difahamkan, suspek nekad bertindak sedemikan kerana teman wanitanya, Ye Chengchen enggan…

Read More

Kerajaan Umum Rebat RM500 Untuk Mangsa Banjir Beli Barang Elektrik | Mangsa banjir boleh membeli barangan elektrik dengan kemudahan rebat RM500 di bawah program ‘Sustainability Achieved via Energy Efficiency’ (SAVE) di premis terpilih atau secara dalam talian bermula 7 Jan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Ia berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengenai pemberian baucar RM500 kepada mangsa banjir bagi pembelian peralatan elektrik, katanya. Bercakap pada sidang media selepas majlis pengumuman Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER) 2022-2035 di sini hari ini, beliau berkata individu yang layak boleh membuat…

Read More

(Video) Penjarakan Saf Dilaksanakan Semula Di Masjidilharam Sebab Varian Omicron | Kerajaan Arab Saudi kini melaksanakan semula peraturan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi setelah hampir dua bulan memberi kelonggaran, sejak Oktober lalu. Memetik laporan Saudi Gazette, Presidensi Umum yang menguruskan hal ehwal dua masjid suci berkenaan memutuskan untuk melaksanakan semula prosedur penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka mandatori berkuatkuasa jam 7 pagi tadi (waktu tempatan). https://twitter.com/Saudi_Gazette/status/1476459325874966529?s=20 Presidensi Umum dalam satu kenyataan berkata, pengunjung harus menjarakkan sejadah untuk menunaikan solat di dua masjid suci itu, sementara jemaah umrah perlu menjaga jarak fizikal semasa melakukan tawaf…

Read More

Banjir Kilat : Tiga Beranak Diselamatkan Bomba Lepas Rumah Naik Air | Dua warga emas dan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang terperangkap dalam rumah selepas kediaman mereka di Kampung Baru Jalan Malaysia, di sini, dinaiki air diselamatkan anggota bomba pagi tadi. Tiga mangsa itu dipindahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jeli pada 9 pagi tadi selepas kediaman mereka dinaiki air separas 0.5 meter. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8 pagi dan seramai empat anggota yang menaiki pacuan empat roda Toyota Hilux ke lokasi kejadian. Katanya, sebaik tiba,…

Read More

(Video) Abang Viva Terima Siji ‘Adiwira Prihatin Musibah’ Dari APM | Dia hanya orang awam biasa, tetapi mempunyai hati yang ikhlas membantu. Menolak diberikan pangkat, upah dan hadiah, Azwan Omar atau dikenali sebagai Abang Viva pernah menyatakan dirinya tidak mahu dikenali ramai. “Sanggup mengambil cuti kecemasan dan enggan menerima segala tajaan dalam proses menyelamat mangsa banjir, lelaki kelahiran Melaka itu diberikan sijil kepujian Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam 2021 (Adiwira Musibah Banjir) dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Anugerah itu diberikan atas jasanya menyelamat orang awam sepanjang Monsun Timur Laut.” Perkara itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi APM. ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH “ABANG VIVA”…

Read More