Unik Ke Pelik? Wanita Namakan Anak Dengan Ejaan 1,019 Huruf |Didakwa kerana ingin termasuk dalam senarai rekod dunia, seorang wanita memberikan anak perempuannya nama mengandungi 1,019 huruf, lapor Daily Star.

Unik Ke Pelik? Wanita Namakan Anak Dengan Ejaan 1,019 Huruf

Menurut portal itu, Sandra Williams telah mengambil masa kira-kira enam tahun untuk merancang nama unik berkenaan.

Sebaik anaknya dilahirkan pada 12 September 1984, dia dikatakan telah menamakan bayi itu Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth Williams. Pun begitu, setelah merasakan nama itu tidak cukup panjang, Sandra kemudiannya membuat permohonan untuk membuat perubahan pada nama di sijil lahir anaknya, tulis Daily Star.

Tambah portal itu lagi, wanita itu telah menambah nama tengah bayi itu dengan 36 huruf selain menukar nama anaknya menjadi Rhoshandiatellyneshiaunneveshenkescianneshaimondrischlyndasaccarna erenquellenendrasamecashaunettethalemeicoleshiwhalhinive’onchelleca undenesheaalausondrilynnejeanetrimyranaekuesaundrilynnezekeriakenv aunetradevonneyavondalatarneskcaevontaepreonkeinesceellaviavelzad awnefriendsettajessicannelesciajoyvaelloydietteyvettesparklenesceaund rieaquenttaekatilyaevea’shauwneoraliaevaekizzieshiyjuanewandaleccian nereneitheliapreciousnesceverroneccaloveliatyronevekacarrionnehenriet taescecleonpatrarutheliacharsalynnmeokcamonaeloiesalynnecsiannemer ciadellesciaustillaparissalondonveshadenequamonecaalexetiozetiaquani aenglaundneshiafrancethosharomeshaunnehawaineakowethauandavern ellchishankcarlinaaddoneillesciachristondrafawndrealaotrelleoctavionne miariasarahtashabnequckagailenaxeteshiataharadaponsadeloriakoentesc acraigneckadellanierstellavonnemyiatangoneshiadianacorvettinagodtaw ndrashirlenescekilokoneyasharrontannamyantoniaaquinettesequioadauri lessiaquatandamerceddiamaebellecescajamesauwnneltomecapolotyoaj ohnyaetheodoradilcyana.

Pun begitu, mereka sekeluarga dikatakan hanya memanggil si anak dengan nama Jamie.

“Saya perlu buat sesuatu untuk pecahkan rekod dunia Guinness World Record. Saya perlu pastikan namanya unik. Saya tak mahu namanya seperti orang lain,” kata Sandra.

Jelasnya, dia mengambil masa sekitar enam tahun untuk mencipta nama tersebut berilhamkan daripada filem, kereta dan sanak saudara.

Malah, dia merakam nama tersebut pada pita dan memperdengarkannya kepada Jamie untuk mengajar anak itu nama berkenaan.

Selepas insiden itu, Texas telah menukar undang-undang agar nama anak hanya boleh diberi mengikut ruang kotak pada borang permohonan sijil lahir sahaja, lapor Daily Star.

Sumber : SK

Share.

Leave A Reply