Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Kerajaan Bakal Jadikan Kegiatan Menghendap Sebagai Satu Jenayah | Kertas dasar berserta cadangan pindaan rang undang-undang (RUU) untuk memastikan kegiatan menghendap atau ‘stalking’ diklasifikasikan sebagai satu perbuatan jenayah dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada Disember ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata sebaik perkara itu dipersetujui Jemaah Menteri, pindaan berkenaan akan dibentangkan pula di Parlimen. “Sejak awal 2020, draf pindaan RUU (pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah) sudah pun disediakan oleh Jawatankuasa Anti-Stalking yang diterajui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dengan pembabitan agensi-agensi kerajaan lain dan badan bukan kerajaan (NGO). “Kerajaan memberikan…

Read More

Mahkamah Sahkan Sebanyak 90 Tekapan Seterika Wap Pada Badan Zulfarhan | Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan oleh lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada anggota badan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain telah menyebabkan kematian mangsa namun ia tidak terjumlah kepada niat membunuh dengan sengaja. Hakim Azman Abdullah dalam penghakimannya berkata selepas mengambil kira keterangan Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad dan Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan, mahkamah membuat dapatan bahawa kematian mangsa bukan suatu kematian yang mengejut selepas dicederakan. Katanya mahkamah membuat…

Read More

(Video) Pilu, Wanita Kongsi Suami Lafaz Talak Guna ‘Voice’ WhatsApp | Setiap yang berumah tangga pasti mengharapkan hubungan yang terbina kekal bahagia hingga ke akhir usia. Namun, ajal jodoh dan rezeki setiap orang berbeza-beza dan tiada siapa yang dapat menghalang andai ia sudah ditakdirkan. Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @SyazwaYazid apabila memuat naik satu video ‘perjalanan’ rumah tangganya yang telah pun berakhir. @syazwayazidDIA perancang terbaik untuk umatnya😇##fyp ♬ sahabat tak akan pergi betrand x anneth – sadvibes🥀 Menerusi video yang tular tersebut, penggua TikTok berkenaan telah menyertakan sekali gambar-gambar perkahwinannya beserta satu rakaman lafaz cerai…

Read More

Nak Isteri Rasa Sakit Bersalin Normal, Suami Tak Maafkan Kalau Isteri Bersalin Secara ‘Water Birth’ | Umum mengetahui bahawa melahirkan seorang anak merupakan satu pencapaian yang luar biasa yang dilakukan oleh tubuh badan manusia. Sesiapa sahaja yang pernah melahirkan anak pasti tahu betapa sukarnya untuk menghadapi situasi tersebut. Sudah tentu, kuasa memilih adalah terpulang kepada ibu sendiri untuk memutuskan jenis bersalin yang diingini berdasarkan keutamaan peribadi dan nasihat daripada bidan.  Antara jenisnya sama ada bersalin normal, pembedahan ataupun kaedah bersalin melalui air. Walau bagaimanapun, berbeza pula dengan situasi ini apabila seorang suami memberitahu isterinya bahawa dia tidak akan memaafkannya jika bersalin melalui…

Read More

(Video) ‘Nurse’ Sebak Dapat Balik Sarawak Lepas Dua Tahun ‘Sangkut’ Di Singapore | Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Itulah ungkapan yang tepat untuk wanita asal Sarawak ini yang telah dua tahun ‘terkandas’ di Singapura. Jururawat yang bertugas di Singapura pemilik nama Tracy Jantom ini tidak dapat menahan sebak apabila dia dibenarkan pulang ke tanah air dan turut memuatnaik video mengharukan ini di beberapa platform sosial media miliknya. Video menyentuh hati yang diunggah Tracy mendapat sorotan warga net apabila ditonton sebanyak 486.8 ribu kali di laman TikTok setakat ini. Menurut Tracy dalam…

Read More

Kes Bunuh Zulfarhan : 6 Tertuduh Terlepas Hukuman Gantung | Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu. Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan mereka disabitkan bersalah di bawah Seksyen 299 dan dihukum mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang dipinda daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali. Bukti menunjukkan keenam-enam tertuduh didakwa mencederakan hingga menyebabkan kematian tanpa…

Read More

Wanita Ditinggalkan Di Tepi Jalan Lepas Dipukul Dengan Kejam | Seorang wanita dipukul dengan kejam selepas berkenalan dengan seorang lelaki yang ditemui dalam talian dan ditinggalkan di tepi jalan selepas diseret turun dari kereta. Daily Star melaporkan, mangsa berusia 36 tahun itu yang tidak didedahkan namanya dilaporkan ke hospital dengan kecederaan serius di muka selepas ditumbuk berkali-kali di Salford. Dia juga membidas Polis Greater Manchester (GMP) dan kecewa kerana tiada tindakan diambil selama enam minggu walaupun dia memberi mereka nama dan butiran suspek, lapor Manchester Evening News. Bagaimanapun, pegawai di GMP kini memohon maaf atas kelewatan dalam penyiasatan kes itu…

Read More

TERKINI : 18 Penuntut UPNM Didapati Bersalah Atas Pertuduhan Membunuh, Bersubahat & Mencederakan Zulfarhan | Lapan belas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bersalah atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh, dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah ketika membacakan keputusan itu pada Selasa berkata, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh arwah. Manakala 12 yang lain pula didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham. Enam tertuduh itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi,…

Read More

Tular Wanita Kongsi Resipi Sambal Telur, Rupanya Resipi Inspirasi Dari Arwah Siti Sarah | Siapa sahaja yang tidak kenal dan sedih atas pemergian Arwah Siti Sarah, penyanyi terkenal yang sangat Legend. Beliau sangat baik dan sangat rajin untuk kongsikan resepi-resepi masakan beliau. Tak kedekut ilmu! Jadi, seorang pengguna Facebook ini telah kongsikan dan cuba memasak resepi daripada Siti Sarah iaitu Sambal Telur. Memang betul nampak menyelerakan tau! Kalau anda belum pernah cuba, jom cuba. Sambil-sambil cuba tu jangan lupa untuk selitkan doa buat Arwah Siti Sarah. Al-fatihah. Terima kasih Puan Ameera untuk perkongsian resipi Sambal Telur Daripada Siti Sarah ini. Bahan-bahan: Bawang…

Read More

(Video) Berpakaian Seperti Watak ‘Joker’, Lelaki Bakar Kereta Api & Tikam Penumpang | Seorang lelaki berpakaian kostum ‘Joker’ dari siri Batman dilaporkan telah menyerang orang awam di dalam sebuah komuter dan cuba membakar komuter tersebut, malam semalam. Dalam kejadian mengerikan di kereta api Keio itu, suspek yang berusia 24 tahun bertindak menikam orang awam sehingga beberapa penumpang yang ketakutan melompat keluar dari tingkap komuter untuk menyelamatkan diri, menurut laporan Insider. Salah seorang saksi di tempat kejadian memberitahu pihak polis, penyerang yang mengenakan pakaian hijau, biru dan ungu itu turut menuangkan cecair dipercayai minyak dari botol pastik dan mula membakar kenderaan…

Read More