Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Rebah Ketika Imamkan Solat, Anggota Polis Meninggal Dunia | Anggota polis yang mengimamkan solat Subuh di surau di Batang Kali, Hulu Selangor, pagi semalam meninggal dunia. Rosli Maskan, 56, yang juga Timbalan Ketua Balai Polis Goh Tong Jaya meninggal dunia pada 6.15 pagi, di Surau Al-Muttaqim, Tamu Hill Park, Batang Kali selepas dilaporkan mengalami masalah jantung. Difahamkan, ketika kejadian arwah sedang mengimamkan solat subuh sebelum rebah secara tiba-tiba. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, Allahyarham berpangkat Sarjan Major rebah pada rakaat pertama solat Subuh. “Allahyarham Sarjan Major Rosli Maskan, 56, bertugas di balai polis berkenaan sejak dua…

Read More

Tiada SJR Apabila Rentas Negeri Dibenarkan Akan Datang, Hanya Patuhi SOP Sedia Ada- KJ | Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin dalam sesi sidang media hari ini menjawab soalan berkait aktiviti rentas negeri untuk individu yang tidak divaksin. Menurut Khairy, cadangan untuk mewajibkan ujian kendiri COVID-19 terhadap individu tidak divaksin bagi aktiviti rentas negeri telah dikaji. Pun begitu, katanya tiada cara untuk menguatkuasakan cadangan tersebut. “Takkan kita nak adakan sekatan jalan raya, check setiap orang yang keluar, dan kalau tak divaksinasi suruh mereka buat test di situ. “Saya rasa rakyat lebih marah kalau berlaku kesesakan, di mana mereka dah tunggu nak balik…

Read More

Doktor Kongsi Kisah Lelaki Telinga Bertindik & Tangan Bertatu Menangis Lepas Lihat Anaknya | Memiliki cahaya mata sudah pasti menjadi impian setiap pasangan suami isteri. Tak lengkap rasanya mahligai rumahtangga yang dibina tanpa kehadiran anak sebagai penyeri. Oleh sebab itu, bila terjadi sesuatu kepada anak-anak, ibu bapa pasti akan jadi yang paling terasa. Begitu juga dengan lelaki bergelar ayah ini. Hati mana yang tak luluh bila melihat anak sendiri berselirat tiub pernafasan sejurus dilahirkan ke dunia. Melalui hantaran di laman Twitter Dr Redza Zainol, doktor paediatrik ini berkongsi kisah pilu seorang ayah yang terpaksa melihat bayinya yang kritikal selepas dilahirkan.…

Read More

Lima Staf Hospital Direman Lima Hari, Minta & Terima Wang Suapan Pengurusan Jenazah |Lima kakitangan sebuah hospital direman lima hari selepas disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital berkenaan. Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 34 hingga 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Ellyna Othman di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis selepas membenarkan permohonan reman daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kesemua suspek itu ditahan pada jam 3 petang pada Rabu selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Selangor. Dilaporkan, kegiatan meminta suapan ini dipercayai dilakukan sejak Ogos 2019 hingga Ogos…

Read More

Baru Pertama Kali Hantar Pada Pengasuh, Wanita Temui Kesan Lebam Di Muka Anak | Seorang bayi perempuan berusia 7 bulan mempunyai kesan lebam pada bahagian muka selepas berada di bawah penjagaan pengasuh di Taman Selayang Jaya di sini pada Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya telah menerima maklumat berhubung kejadian pada Jumaat lalu pukul 6.30 petang di kaunter aduan Balai Polis Selayang. “Ibu mangsa yang berusia 40 tahun telah memaklumkan terdapat kesan lebam kemerahan pada bahagian muka, pipi, telinga dan paha sebelah kiri anak perempuannya yang berusia 7 bulan. “Siasatan awal mendapati, mangsa…

Read More

FB IG Whatsapp Tergendala. Ini Respons Mark Yang Ditunggu Dunia | Susulan gangguan terhadap rangkaian media sosial milik Facebook baru-baru ini, CEO Facebook, Mark Zuckerberg akhirnya mengangkat bicara melalui hantaran di Facebooknya hari ini. Menurut Zuckerberg, nota yang sama turut diberikan kepada semua kakitangannya di Facebook. Dalam hantaran tersebut, Zuckerberg meluahkan rasa kecewa dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada syarikatnya. Laporan yang mengatakan Facebook hanya mementingkan keuntungan semata-mata baginya sangat tidak mencerminkan syarikat mereka. “SEV yang melumpuhkan servis kami semalam adalah yang paling teruk pernah kami alami. “Dalam waktu 24 jam ini, kami ambil masa berbincang semula untuk menguatkan lagi…

Read More

Isu Dakwaan Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal, Polis Minta Mangsa Atau Saksi Tampil Beri Keterangan | Khalifah Media Network – Saksi atau mangsa diminta tampil segera bagi membantu polis dalam kes dakwaan gangguan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama berkenaan bagi membantu siasatan. “Kami nasihatkan mangsa yang mungkin terkesan dengan dakwaan berkenaan tampil bagi membantu pihak polis meneruskan siasatan. “Setakat ini terdapat beberapa saksi sudah dirakam keterangan berhubung kes ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa. Sebelum ini, polis menyatakan pihaknya masih menjalankan siasatan. Berhubung video dan mesej…

Read More

Lelaki Kantoi Rakam Video Dalam Tandas. Ada VIDEO | Tindakan seorang lelaki yang bertindak merakam video di dalam tandas lelaki di sebuah stesen minyak mengundang padah apabila dia dicekup oleh orang awam. Curiga dengan aksi lelaki tersebut, orang bertindak menahan sebelum meminta untuk melihat telefon bimbit suspek. Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh abg.botakk di TikTok, memaparkan seorang pemuda yang dicekup selepas kantoi merakam orang yang berada di dalam tandas lelaki. Lelaki berkenaan kelihatan berada dalam ketakutan dan pada mulanya enggan memberi telefonnya kepada orang awam yang berada di situ. Namun setelah ‘digertak’ oleh beberapa individu, pemuda berkenaan akhirnya…

Read More

Tular Video Wanita ‘Tercampak’ Keluar Dari Kereta. Ini Penjelasan Sebenar Dari Pemandu Kereta Tersebut | Semalam viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai secara tiba-tiba ‘tercampak’ daripada sebuah kereta Perodua jenis Myvi. Video yang dirakam menerusi dash cam (rakaman kamera perakam video) itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Terbaru, seorang individu iaitu Amirul Syakir membuka mulut mendedahkan kejadian sebenar yang berlaku. Menurut Amirul, dia merupakan pemandu kereta Myvi berkenaan sementara wanita di dalam video viral itu adalah rakan sekerjanya iaitu Keknan Judge. “Nombor satu, rakan sekerja bukan pasangan bercinta. Nombor dua, bukan bergaduh. Aku editor, dia Youtuber.…

Read More

Mark Zuckerberg Rugi RM29 Billion Lepas Facebook, Instagram & WhatsApp ‘Down’ | Rangkaian media sosial milik syarikat gergasi Facebook dilaporkan mengalami masalah teknikal selama kira-kira enam jam, sebelum kembali pulih pagi ini. Ketiga-tiga platform media sosial utama Facebook, Instagram dan WhatsApp dikatakan tidak boleh diakses sejak semalam. Namun punca sebenar masalah ini masih belum dapat dipastikan. Dalam masa enam jam, dilaporkan CEO Facebook, Mark Zuckerberg telah mengalami kerugian $7 billion atau kira-kira RM29 billion. Memetik laporan The Sun, Zuckerberg turun satu tangga dalam senarai Bloomberg Billionaires Index, di belakang Bill Gates. Menurut The Sun, rangkaian media sosial milik Facebook itu…

Read More