Tular Video Wanita ‘Tercampak’ Keluar Dari Kereta. Ini Penjelasan Sebenar Dari Pemandu Kereta Tersebut

| October 4, 2021 | 0 Comments

Tular Video Wanita ‘Tercampak’ Keluar Dari Kereta. Ini Penjelasan Sebenar Dari Pemandu Kereta Tersebut | Semalam viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai secara tiba-tiba ‘tercampak’ daripada sebuah kereta Perodua jenis Myvi. Video yang dirakam menerusi dash cam (rakaman kamera perakam video) itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Tular Video Wanita 'Tercampak' Keluar Dari Kereta. Ini Penjelasan Sebenar Dari Pemandu Kereta Tersebut

Terbaru, seorang individu iaitu Amirul Syakir membuka mulut mendedahkan kejadian sebenar yang berlaku. Menurut Amirul, dia merupakan pemandu kereta Myvi berkenaan sementara wanita di dalam video viral itu adalah rakan sekerjanya iaitu Keknan Judge.

“Nombor satu, rakan sekerja bukan pasangan bercinta. Nombor dua, bukan bergaduh. Aku editor, dia Youtuber. Kitaorang keluar cari barang untuk konten. Nak create content. Apa benda bergaduhnya.”

Bercerita dengan lebih lanjut, Amirul memaklumkan dia dan sepupu Keknan Judge sudah cuba menghubungi Master Kecik yang merangkap perakam dan penyebar video tersebut untuk menjelaskan kejadian sebenar. Menurut mereka, keterangan yang dikeluarkan oleh Master Kecik sama sekali tidak betul.

Oleh hal demikian, mereka meminta individu itu untuk menurunkan posting berkaitan isu tersebut. Tetapi lain pula yang jadinya apabila Master Kecik mendakwa dia tidak kisah dengan apa yang berlaku dan dia hanya berkongsi kejadian itu sebagai peringat buat orang ramai.

Sementara itu, Keknan Judge mengakui bahawa dia dan adiknya kini sedang ‘sakit’ akibat buatan orang. Jelasnya lagi, ketika rakaman tersebut di ambil, Keknan sedang meracau dan menjerit sehingga membuatkan Amirul terpaksa berhenti di tepi jalan untuk menenangkan Keknan.

“Aku tekan harzard alarm sebab nak selamatkan keadaan. Macam mana ni kereta pintu terbuka, aku pakai seatbelt. Macam mana aku nak tarik dan dia hilang. Aku tengok dekat cermin, rupanya dia dekat seberang jalan. Then aku tutup pintu, aku matikan hazard alarm, aku uturn cari dia.”

Tetapi apa yang membuatkan mereka terkilan adalah tindakan Master Kecik yang menyebarkan video berkenaan tanpa mengetahui kejadian sebenar.

Sumber : Oh Bulan

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *