Polis Nafi Dakwaan Dua Pelajar Meninggal Dunia Kerana Vaksin Covid-19 | Polis menafikan dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai di sini, meninggal dunia kerana vaksin Covid-19 seperti tular di media sosial. Sebaliknya, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pelajar berkenaan masing-masing meninggal dunia kerana jangkitan Covid-19 dan masalah jantung, sebelum Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja bermula. Katanya, kematian pertama direkod pada 18 Julai lalu membabitkan pelajar perempuan sekolah itu yang positif Covid-19 dan turut menghidap kencing manis serta darah tinggi. “Dia dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan sudah berada dalam keadaan kritikal selama dua…
Author: Syifa' Syakinah
Wanita Tersilap Naik Kereta Uber, Maut Ditikam 120 Kali | Dia sepatutnya sudah tamat belajar untuk mengejar cita-citanya sebagai pengamal undang-undang. Namun, takdir menentukan apabila Samantha Josephson maut akibat ditikam lebih 120 kali selepas tersilap menaiki kereta yang disangka kenderaan perkhidmatan Uber. Daily Star melaporkan, Samantha, 21, yang berasal dari New Jersey adalah pelajar jurusan Sains Politik di Universiti Carolina Selatan. Pada kejadian 28 Mac 2019 itu, dia keluar pada waktu malam bersama rakan dan teman lelakinya. Beberapa jam kemudian iaitu pada awal pagi 29 Mac, dia memesan perkhidmatan Uber untuk pulang ke rumahnya, sebelum dirakam menaiki sebuah kenderaan. Tidak…
Tular Video Sekumpulan Individu Serang Anggota Polis Guna Senjata Besi. Ini Respon PDRM | Bukan untuk merobohkan tokong sebaliknya mahu membina pagar penghadang bagi pembinaan jalan untuk laluan ke sekolah di Jalan Sungai Besi. Tular di media sosial tindakan kira-kira 30 individu yang bertindak menghalang, memecahkan jengkaut dan menyerang anggota polis di lokasi berkenaan. Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuala Lumpur bertindak membina pagar penghadang bagi pembinaan jalan untuk dijadikan laluan ke sekolah di lokasi berkenaan bermula jam 11.45 pagi hingga 4 petang tadi. “Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis…
Seorang Remaja Diperkosa 33 Lelaki Sepanjang Tempoh 8 Bulan | Di New Delhi, India, seorang remaja perempuan telah diperkosa oleh 33 lelaki dalam tempoh lapan bulan selepas teman lelakinya mengugut menyebarkan video seksnya. Serangan seksual yang mengejutkan negara itu dilapor berlaku di beberapa lokasi dalam daerah Thane di Maharashtra. Menerusi laporan CBS News, seramai 24 orang individu termasuk dua remaja telah ditahan oleh pihak berkuasa susulan kes tersebut. Menurut pegawai polis, Dattatray Karale, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan. Ia bermula apabila kekasih remaja itu merogolnya pada Januari lalu dan merakam kejadian. Dia mula…
“Saya Dah Anggap Dia Anak Saya…” Kisah Wanita Dirasuk Patung Kesayangan | Khalifah Media Network – Patung sering menjadi permainan anak-anak kecil tak kira lelaki mahupun perempuan. Baru-baru ini, perawat daripada Terapi Islam Ibnu Katsir (TIIBKA) telah berkongsi kisah merawat pesakit yang terkena gangguan jin dipercayai berpunca daripada patung beruang kepunyaannya. Gangguan Teddy Bear 1 Sama-sama kita hayati hadith ini. Terdapat larangan dalam beberapa hadith mengenai menyimpan dan meletakkan patung di dalam rumah serta mengukirnya. Rasulullah SAW bersabda: لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ Maksudnya: Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan…
Muatnaik Kenyataan Dapat Makan Di Restoran Walaupun Tidak Vaksin, Peniaga Disiasat Polis | Seorang peniaga disiasat polis selepas membuat hantaran dan memuat naik sekeping gambar di Facebook miliknya mendakwa makan di sebuah restoran biarpun belum lagi mengambil suntikan vaksin COVID-19. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata lelaki berusia 43 tahun itu membuat hantaran “tak pernah kena walau satu dozz pun boleh dine in juga…Gumonim..Semua” pada 11 Sept lepas, sebelum seorang pemilik Twitter membuat ciapan tangkap layar hantaran Facebook milik lelaki terbabit, semalam. Beliau berkata siasatan terhadap lelaki itu dilakukan bagi menentukan sama ada berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP)…
“Ingatkan Datang Nak Saman, Tapi Rupanya…” | Bagi pemandu tak kira apa jenis kenderaan sekalipun, sudah tentu mempunyai perasaan “seram” apabila terserempak dengan polis trafik kan? Walaupun sebetulnya kita tidak melanggar apa-apa peraturan jalanraya pada ketika itu. Baru-baru ini, tular satu video yang telah dimuatnaik oleh salah seorang pengguna di Twitter. Video tersebut menunjukkan sikap murni seorang anggota polis trafik yang membantu pemandu yang keretanya rosak di tepi jalan raya. Kenderaan tersebut dikatakan kehabisan minyak dan pihak berkuasa tersebut membantu dengan membeli dan mengisikan minyak untuk kenderaan tersebut. https://twitter.com/anthraxxx781/status/1440674098154074129?s=20 Perbuatan anggota polis tersebut telah mendapat perhatian warganet dan rata-rata memuji…
Polis Siasat ‘Instafamous’ Rentas Negeri Pergi Janda Baik | Polis menafikan kenyataan mengelirukan pemilik akaun instagram ‘Vieshantiekhan’ yang mendakwa tidak perlu surat rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik, Bentong, Pahang. Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata susulan itu satu kertas siasatan telah dibuka berhubung isu yang tular di media sosial melibatkan wanita tempatan berusia 35 tahun itu. Katanya, siasatan dijalankan mengikut Perkara 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 yang boleh dikompaun RM5,000, jika disabit kesalahan. “Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden ini dan sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.…
Tular 18 Pekerja Kilang Pakai Gelang Pink Di Luar Kediaman. Ini Penjelasan PDRM | Individu memakai gelang merah jambu disahkan pekerja kilang yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani ujian saringan Covid-19 di sebuah klinik. Terdahulu, gambar mereka tular di media sosial, pagi ini selepas didapati berlegar-legar di luar kediaman di Seksyen 7, Bukit Mahkota, Bangi, di sini, sehingga menimbulkan keresahan. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, sepasukan anggota Team Task Force dari Balai Polis Bangi tiba di lokasi pada 9 pagi untuk pemeriksaan lanjut. Menurutnya, semakan mendapati mereka adalah 18 pekerja warga asing di…
Isu Sajat Larikan Diri. Ini Permintaan Adiknya Untuk Semua Pihak | “Saya juga harap dia sempat diberi satu lagi peluang kerana sepanjang hidupnya, dia adalah seorang yang baik, anak yang patuh dan seorang yang taat. “Saya minta masyarakat dan sesiapa juga yang mengikuti perkembangan Ajad untuk mendoakan kebaikan untuk dirinya seperti mana kami sekeluarga mendoakan semua. “Memang ujian ini berat untuk saya dan keluarga, bagaimana perasaan kami ini hanya Allah SWT yang tahu,” kata Nur Mustika Kamaruz Zaman. Instafamous berusia 33 tahun itu berkata, sebagai adik yang rapat dengan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang lebih dikenali sebagai Nur Sajat, dia…