“Ingatkan Datang Nak Saman, Tapi Rupanya…”

| September 23, 2021 | 0 Comments

“Ingatkan Datang Nak Saman, Tapi Rupanya…” | Bagi pemandu tak kira apa jenis kenderaan sekalipun, sudah tentu mempunyai perasaan “seram” apabila terserempak dengan polis trafik kan? Walaupun sebetulnya kita tidak melanggar apa-apa peraturan jalanraya pada ketika itu.

"Ingatkan Datang Nak Saman, Tapi Rupanya..."

Baru-baru ini, tular satu video yang telah dimuatnaik oleh salah seorang pengguna di Twitter. Video tersebut menunjukkan sikap murni seorang anggota polis trafik yang membantu pemandu yang keretanya rosak di tepi jalan raya.

Kenderaan tersebut dikatakan kehabisan minyak dan pihak berkuasa tersebut membantu dengan membeli dan mengisikan minyak untuk kenderaan tersebut.

Perbuatan anggota polis tersebut telah mendapat perhatian warganet dan rata-rata memuji tindakannya serta mengucapkan terima kasih.

Sumber : Twitter

Tags: , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *