Bapa Amirudin Shari Meninggal Dunia | Bapa kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari iaitu Shari Mokhsin meninggal dunia petang ini. Perkara itu dimaklumkan Amirudin melalui media sosialnya petang tadi dengan memaklumkan bahawa bapanya meninggal dunia pada jam 5.30 petang. “Komunikasi terakhir dengan abah jam 1.27 pm tadi melalui WhatsApp, jam 5:30 pm dapat berita abah meninggal dunia. “Sejak kanak-kanak selalu saya terfikir bagaimana harus saya lalui bila orang yang hampir dan rapat meninggal dunia, terimalah takdir bahawa mati itu pasti bagi yang hidup,” tulis Amirudin. Sementara itu, setiausaha politik menteri besar itu, Juwairiya Zulkifli berkata, jenazah allahyarham akan dikebumikan di…
Author: Syifa' Syakinah
Genting Highlands, Melaka & Pulau Tioman Bakal Dibuka 1 Oktober Ini | Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman akan dibuka kepada pelancong tempatan bermula 1 Oktober ini. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri Kuartet hari ini selepas melihat perkembangan positif Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi. Katanya, keputusan itu akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok. “Dalam tempoh dua minggu, destiansi ini akan bersiap sedia untuk beroperasi semula. “Kementerian bersama Jawatankuasa Khas akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) dalam…
Isu Sajat Larikan Diri Pergi Bangkok Naik Kereta Api, Ini Respon KTMB | Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat dilaporkan telah ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu. Dia dipercayai meloloskan diri ke negera gajah putih itu dengan menaiki gerabak kereta api di Padang Besar, Perlis. Susulan daripada itu, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menjalankan siasatan dalaman mengenai perkara berkenaan. Menurut pihak KTMB, fasiliti dan terminal kargo di Padang Besar adalah kawasan yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa seperti Polis Bantuan dan juga Kastam. Difahamkan setiap tren kargo yang merentasi sempadan antarabangsa perlu melepasi pemeriksaan yang teliti…
Nak Kelirukan Pihak Berkuasa, Sajat Dilaporkan Guna ‘Bella’ Sebagai Nama Baru | Selepas berjaya melarikan diri ke Bangkok, Thailand, usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dilaporkan menggunakan nama popular terbaharunya, Bella. Nama glamor itu terkenal dalam kalangan rakannya yang juga dilaporkan berperwatakan seperti Nur Sajat. Sumber memaklumkan Skuad Khas Harian Metro bahawa hasil risikan dilakukan pihaknya, Nur Sajat kini ‘berlagak’ dengan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok. “Dia naik ‘tocang’ juga sebab dibantu negara tertentu dan pihak UNHCR di…
Sertai Parti Liar Dadah Di Sebuah Kondominium Mewah, Dua Anggota Polis Ditahan | Dua anggota polis antara 14 individu yang ditahan selepas didapati menyertai parti liar di sebuah residensi mewah di Changkat Raja Chulan, di sini, dua hari yang lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, pihaknya membuat serbuan pada 9.30 malam berdasarkan maklumat dan risikan. “Dalam serbuan itu, seramai 14 pengunjung masing-masing tujuh lelaki dan wanita berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan. “Hasil semakan identiti, dua daripadanya adalah anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel Sokongan dari Cawangan Tugas Am,”…
Berlaku Kebocoran Lubang Ozon Di Kutub Selatan, Dijangka Pulih Pada Tahun 2050 Nanti | Agensi Angkasa Eropah (ESA) memaklumkan bahawa kebocoran lapisan ozon di Kutub Selatan pada tahun ini terus membesar dan semakin dalam sejak beberapa tahun ini. Menurut CAMS (Copernicus Atmosphere Monitoring Service), lubang ozon tersebut semakin membesar dalam tempoh 2 minggu lalu dan saiznya kini adalah 75% lebih besar sejak tahun 1979. Berdasarkan kepada data terbaru yang diperolehi daripada satelit Copernicus Sentinel-5P, ESA menyatakan saiz lubang ozon tersebut kini adalah seluas 23 juta kilometer persegi sekaligus lebih besar daripada Antartika. Pada tahun 1987, Protokol Montreal telah diwujudkan bagi…
Tak Semua Perkara Best Pasal Jepun. Kenali Konsep Tarai Maswashi. | Sebut sahaja Jepun pasti ramai yang kagumi dengan negara tersebut. Dari segi kebersihan serta ketepatan waktu cukup popular di mulut-mulut rakyat negara lain yang mereka amat kagumi dengan sifat rakyat Jepun. Namun begitu, tidak semua indah belaka. Ada juga terselit beberapa kekurangan di sebalik kelebihan yang dimiliki. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah mendedahkan satu konsep iaitu “Tarai Mawashi” yang dikatakan konsep yang kurang baik berada di negara Jepun. Ikuti perkongsian beliau di bawah. https://twitter.com/zunitaramli/status/1439197159140696065?s=20 https://twitter.com/zunitaramli/status/1439197162735243264?s=20 https://twitter.com/zunitaramli/status/1439197165595742212?s=20 https://twitter.com/zunitaramli/status/1439197170029109250?s=20 https://twitter.com/zunitaramli/status/1439197172688252932?s=20 https://twitter.com/zunitaramli/status/1439197175196487694?s=20 Sumber : Zunita Ramli
Pernah Dicabul Pelajar “Nakal”. Akhirnya Saya Yang Mohon Maaf Kerana… | Saya Cikgu Kay, guru di sebuah sekolah pedalaman. Sebenarnya sebelum ini saya mengajar di kawasan bandar, tapi baru sahaja di pindahkan ke sekolah ini. Ketika mengajar di kelas, saya pernah dicabul pelajar “nakal”. Tapi akhirnya saya yang mohon maaf kerana…… Di sekolah ini, 90% pelajar adalah anak orang susah yang ibu bapa mereka adalah kategori B40. Hampir 80% pelajar penerima RMT. Lebihan murid adalah anak-anak guru & staf. Sekolah ini kecil, jumlah pelajar dari darjah 1 sehingga darjah 6 pun lebih kurang 300 murid sahaja. Sangat sedikit. Tetapi… Walaupun…
Tular Gambar Kereta Terbenam Kat Pantai. Kamal Adli Cerita Kisah Sebenar | Pelakon, Kamal Adli berkongsi memori mencuit hati kenderaan lasak empat pacuan jenis Triton terbenam di pesisiran pantai ketika air surut, semalam. Menurut pelakon drama Scammer yang sedang berada di Kuantan, Pahang itu, dia sudah lama tidak menggunakan Triton untuk diuji kelebihan yang sinonim dengan aktiviti lasak dan berkebolehan dipandu pada permukaan bumi yang tidak rata. Pun begitu, siapa sangka kenderaan gagah berkenaan tiba-tiba lemah hampir ditelan lumpur pantai. “Alkisah petang tadi niat hati nak cuba`lah uji kekuasaan kereta yang lama tidak dicuba ini. Kawan cakap boleh guna jalan…
2 Penunggang Motosikal Buat Aksi ‘Superman’ & ‘Roket’ Ditahan Polis| Tindakan dua penunggang motosikal melakukan aksi zig zag, roket dan superman serta bersaing sesama sendiri di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) di sini, mengundang padah apabila ditahan polis, semalam. Kedua-dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu ditahan Operasi Samseng Jalanan yang dilaksana Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur. Ketua JSJT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar dan bakal didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. “Dalam Operasi Pelbagai pula, polis menahan sembilan lelaki berusia…