Seorang lelaki warga emas dari Kampung Rancangan Pinggir, Kilometer 24, Jalan Bidor, Kampung Air Hitam di sini tidak pulang selepas keluar ke kedai pada 23 Julai lalu.
Mairan Basir, 66, kali terakhir dilihatĀ penduduk berada di sebuah kedai kopi tidak jauh dari rumahnya pada pukul 4 petang hari yang sama.
Anak sulung lelaki itu, Noorsam Mairan, 42, berkata, dia semakin bimbang kerana lebih seminggu bapanya tidak pulang.
Sebelum ini, bapanya tidak pernah hilang atau tidak pulang walaupun mengalami masalah kesihatan.
Biasanya walaupun bapanya keluar rumah untuk minum di kedai, dia tetap pulang.
Bapanya mengalami masalah tidak boleh bertutur dengan betul sejak lebih setahun dan juga cepat lupa.
Menurutnya, selepas dilaporkan hilang, orang kampung turut membantuĀ mencari dengan pelbagai cara termasuk di kawasan kebun sawit dan hebahan dalam media sosial.
Dia juga telah menghubungi saudara-maranya untuk bertanyakan jika bapanya ada bersama mereka namun sehingga kini masih gagal ditemukan.
Penduduk kampung memberitahu mereka ada melihat bapanya di kedai kopi yang tidak jauh dari rumah.
Ketika itu, bapanya membawa topi keledar yang diletakkan dalam bakul motosikal.
Noorsam berkata, laporan polis sudah dibuat pada 24 Julai lalu iaitu 24 jam selepas bapanya tidak pulang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menemukan bapanya diminta menghubunginya di nombor telefonĀ 011-33507158.
Sumber: Utusan Malaysia