Bagaikan Drama, Wanita Dapat Tahu Bakal Menantu Rupanya Anak Kandung Sendiri Yang Hilang 20 Tahun Lalu | Kisah kehilangan anak kandung sejak dari kecil dan dipertemukan semula apabila telah dewasa sering kali ditonton menerusi drama televisyen. Namun ia bukanlah hanya sekadar drama tapi benar-benar terjadi pada sebuah keluarga di Beijing.

Bagaikan Drama, Wanita Dapat Tahu Bakal Menantu Rupanya Anak Kandung Sendiri Yang Hilang 20 Tahun Lalu

Majlis perkahwinan yang telah sekian lama dirancang semestinya ingin memastikan ia berjalan dengan sempurna oleh setiap pasangan. Namun di Beijing, China sebuah majlis perkahwinan telah bertukar menjadi sebuah detik yang berharga diantara ibu dan anak.

Majlis perkahwinan itu bertukar drama apabila ibu kepada pengantin lelaki mendapati bahawa bakal menantunya adalah anak kandungnya. Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya kedua ibu dan anak ini apabila mereka disatukan semula setelah 20 tahun terpisah.

Ibu kepada pengantin lelaki itu mula menyedari bahawa bakal menantunya merupakan anak kandungnya yang telah hilang pada 20 tahun lalu apabila terlihat tanda lahir yang ada pada tangan pengantin perempuan. Dia mendapati tanda lahir tersebut menyerupai tanda lahir yang ada pada anaknya yang telah hilang suatu ketika dahulu.

Ibu itu dengan pantas bertanyakan pada kedua ibu bapa pengantin perempuan sama ada anak mereka itu merupakan anak kandung ataupun anak angkat. Mereka yang agak terkejut dengan soalan itu mula membuka cerita berkaitan anak perempuan mereka itu merupakan anak angkat yang telah ditemui di tepi jalan pada 20 tahun lalu. Malah tiada siapa yang mengetahui hal itu.

Majlis perkahwinan itu hampir sahaja dihentikan kerana dikhuatiri melibatkan perkahwinan diantara saudara kandung. Malah satu lagi rahsia turut terbongkar apabila dimaklumakan bahawa pengantin lelaki juga merupakan anak angkat kepada mereka. Ibu kepada pengantin lelaki telah membuat keputusan untuk mengambil anak angkat setelah segala usaha untuk mencari anak mereka yang hilang iaitu pengantin perempuan gagal ditemui.

Setelah jelas bahawa kedua pasangan ini tidak mempunyai sebarang pertalian darah, dengan itu majlis perkahwinan itu tetap diteruskan juga. Siapa sangka majlis perkahwinan itu secara tidak langsung telah menemukan kedua ibu dan anak yang telah terpisah sekian lama.

Menurut pengantin perempuan, detik pertemuan dia dengan ibu kandungnya nyata lebih indah jika dibandingkan dengan majlis perkahwinanannya sendiri.

Sumber : OhBulan, Harian Metro, Mothership

Share.

Leave A Reply