“Belum pernah terjadi kejadian macam ini, memang takut sangat, tak dapat bayangkan kalau jadi yang lebih buruk ketika sedang tidur,” kata mangsa tebing runtuh, Fazira Salim.

Fazira, 26, berkata demikian ketika diminta menceritakan detik mencemaskan selepas sebahagian besar tebing rumah didiaminya bersama suami dan dua adik ipar di TSJ 10, Taman Sri Jelok, di sini runtuh.

Menurut Fazira, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi sewaktu hujan lebat dan arus air deras di longkang besar bersebelahan rumah.

“Ketika itu, saya dalam bilik tidur tetapi belum terlena kerana sedang asyik bermain telefon.

“Suami pula sudah tidur di sebelah dan tiba-tiba terdengar bunyi kuat seperti ada runtuhan.

“Belum sempat saya kejutkan suami, adik ipar sudah datang ke bilik beritahu ada runtuhan di luar rumah jadi kami kemudian terus hubungi bomba untuk dapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Fazira, anggota bomba tiba tidak lama kemudian dan menasihatkan untuk meninggalkan rumah yang didapati tidak selamat.

“Sebelum meninggalkan rumah, kami sempat ambil dokumen penting dan cari hotel berhampiran untuk bermalam di situ.

“Syukur kerana kami sempat keluar sebelum jadi yang lebih buruk. Saya bekerja sebagai pengasuh jadi lega kejadian tidak berlaku ketika ada bayi di rumah,” katanya.

Suaminya, Shamel Mahadi, 26, berkata dia sudah tidur ketika kejadian dan hanya sedar selepas dikejutkan adik dan isterinya.

Mengakui masih trauma, Shamel bersyukur kerana dia sekeluarga sempat keluar dari rumah dan tidak berlaku insiden yang meragut nyawa.

“Ini rumah peninggalan arwah emak dan ayah. Kini saya tinggal bersama isteri dan dua adik iaitu Shafiq Aiman (21), serta Sharina Aina (19).

“Belum pernah terjadi kejadian seperti awal pagi tadi dan itu yang pertama namun sebelum ini saya pernah buat aduan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kerana ada batu besar di belakang rumah yang jatuh.

“Bagaimanapun, kakitangan terbabit hanya datang menebas pokok yang ada di tebing. Malangnya, berlaku runtuhan awal pagi tadi dan buntu juga saya dibuatnya.

“Tak tahu bagaimana nak menetap di rumah selepas ini. Buat sementara waktu mungkin akan tinggal di rumah bapa saudara di Seremban, Negeri Sembilan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Kamarul Izlan Sulaiman ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sudah menghantar kakitangan daripada Unit Kejuruteraan untuk meninjau keadaan rumah mangsa.

“Hasil siasatan mendapati runtuhan tebing berlaku akibat hakisan berikutan hujan berterusan sejak malam hingga awal pagi tadi.

“Justeru, kerja pembaikan akan dilakukan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sumber: Harian Metro

 

Baca Juga: Bumbung Asrama Runtuh. 3 Orang Penghuni Rumah Anak Yatim Cedera.

Sekurang-kurangnya tiga penghuni Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang Jalan Scotland, di sini, cedera selepas struktur bumbung asrama mereka runtuh dalam kejadian hari ini.

Mangsa sudah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Jamil Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.42 malam.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Jalan Perak dan BBP Paya Terubong ke lokasi sejurus menerima panggilan.

“Ketika di lokasi didapati kejadian membabitkan runtuhan bumbung bangunan asrama berkenaan.

“Terdapat seramai 30 mangsa dan berjaya diselamatkan oleh kakitangan asrama, manakala mangsa yang cedera sudah diberi rawatan awal,” katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply