Banjir: Empat Sungai Di Terengganu Lepasi Paras Amaran | Keadaan cuaca tidak menentu akhir-akhir ini telah menyebabkan bacaan di empat sungai di Terengganu telah melepasi paras amaran, menurut laporan Harian Metro.

Banjir: Empat Sungai Di Terengganu Lepasi Paras Amaran

Dikhabarkan, setakat jam 11 pagi tadi, empat sungai direkodkan melepasi paras amaran adalah dua di daerah Dungun serta masing-masing satu di Besut dan Setiu.

Berdasarkan laman web Public InfoBanjir, dua sungai di Dungun yang melepasi paras amaran adalah Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja dan Sungai Dungun di Kuala Jengai masing-masing mencatatkan bacaan 36.78 meter (m) berbanding paras normal 34.5 m dan 20.37 m (14 m).

Selain itu, Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut kini direkodkan pada bacaan 34.32 m berbanding paras normal 28.5 m.

Di Setiu, Sungai Nerus di Kampung Langkap berada pada paras 20.04 m turut direkodkan melepasi paras amaran.

Sementara itu, dilaporkan tujuh sungai lain di Terengganu turut direkodkan telah melepasi paras waspada.

Di Hulu Terengganu, Sungai Telemong di Kuala Ping mencatatkan bacaan 17.84 m manakala Sungai Besut di Kampung La, Besut merekodkan bacaan 19.92 m.

Di Setiu, dua sungai yang melepasi paras waspada iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Sungai Setiu di Kampung Besut masing-masing dengan bacaan 11.48 m dan 16.26 m.

Dua lagi sungai yang melepasi paras waspada adalah Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman.

Kedua-duanya sungai itu direkodkan berada pada paras 10.84 m dan 17.69 m.

Turut melepasi paras waspada adalah Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman dengan bacaan 3.28 m.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply