Umrah Tangguh: Jemaah Bakal Dapat Bayaran Balik Atau Dijadual Semula Perjalanan | Bakal jemaah umrah yang tidak dapat mengerjakan ibadat itu susulan kerajaan menangguhkan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan umrah bermula 8 Januari ini, akan mendapat bayaran balik atau dijadualkan semula perjalanan mereka.

Umrah Tangguh: Jemaah Bakal Dapat Bayaran Balik Atau Dijadual Semula Perjalanan

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh) untuk membantu semua bakal jemaah umrah yang terkesan dengan penangguhan itu.

Beliau memklumkan sudah bincang dengan beberapa kementerian bagaimana bakal jemaah umrah yang terkesan ini dapat sama ada menjadualkan semula umrah mereka dan langkah untuk dapat bayaran balik selain kita juga akan terus adakan sesi libat urus dengan agensi pelancongan.

Beliau memohon maaf kepada bakal jemaah umrah berikutan keputusan terbabit namun disebabkan mudarat yang besar melibatkan kesihatan awam, tidak ada menteri beragama Islam yang ingin tangguhkan ibadat umrah, tetapi ini perkara yang serius, dan melibatkan kehidupan rakyat di negara ini.

Kerajaan hari ini menangguhkan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan ibadat umrah bermula 8 Januari bagi membendung penularan Omicron, susulan kebimbangan terhadap penularan varian berkenaan akibat ketidakpatuhan jemaah umrah kepada prosedur kuarantin di tempat kediaman.

Ditanya mengenai kos kuarantin wajib di pusat kuarantin yang akan dikenakan kepada jemaah umrah, Khairy Jamaluddin berkata, mereka mempunyai pilihan sama ada menanggung sendiri bayaran kos kuarantin di hotel yang akan disenaraikan oleh KKM atau menjalani kuarantin di pusat kuarantin yang disediakan kerajaan.

Kata Khairy Jamaluddin, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedang menguruskan stesen kuarantin yang sesuai dan selesa untuk menempatkan jemaah dan berkemungkinan membabitkan kemudahan kerajaan yang telah digunakan sebagai pusat kuarantin sebelum ini.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin berkata, KKM sedang mengkaji berkenaan suntikan dua dos vaksin Covid-19 jenis Sinovac diikuti dos penggalak Pfizer-BioNTech yang didakwa menunjukkan tindak balas imun yang rendah melawan Omicron, berbanding varian lain.

Ujar beliau, sama ada mereka yang telah terima Sinovac, Sinovac, Pfizer mesti dilengkapi dengan satu dos lagi, tetapi masih terlalu awal untuk buat apa-apa kesimpulan buat masa ini tetapi mereka sudah tahu berita tersebut dan ia sedang dikaji.

Media melaporkan, kajian yang dilakukan sekumpulan penyelidik dari Universiti Yale, Kementerian Kesihatan Republik Dominican serta beberapa institusi lain mendapati, dua suntikan vaksin Sinovac diikuti dos penggalak Pfizer-BioNTech menunjukkan tindak balas imun yang rendah melawan Omicron, berbanding varian lain.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply