Banjir: Kerajaan Sedia Pertimbang Cuti Khas Kepada Penjawat Awam. Ini Sebabnya.. | Kerajaan mempertimbangkan cuti khas kepada penjawat awam yang terlibat sebagai sukarelawan pascabanjir, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Banjir: Kerajaan Sedia Timbang Cuti Khas Kepada Penjawat Awam. Ini Sebabnya..

Ujar beliau, pemberian cuti itu akan membolehkan lebih ramai penjawat awam turun membantu operasi pembersihan selepas banjir terutamanya di kawasan yang teruk terjejas dan memerlukan ramai tenaga kerja.

Kebanyakan penjawat awam ingin menjadi sukarelawan membantu mereka yang terkesan tapi kadang-kadang mereka tiada saluran sesuai selain terikat dengan peraturan seperti tidak boleh keluar pada waktu pejabat.

Menurut Mohd Zuki lagi, pemberian cuti khas itu adalah sama seperti yang diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa semalam, iaitu cuti tanpa rekod diberikan kepada pegawai Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan agensi yang menjadi sukarelawan Program Bantu Hingga Selesai anjuran kementerian itu.

Beliau dalam pada itu berkata, kementerian-kementerian juga akan digerakkan untuk membantu operasi pascabanjir bagi mempercepatkan kerja-kerja yang sedang dilaksanakan.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply