Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai Ikhlas Malaysia melahirkan kebimbangan dengan hasrat kerajaan mahu membawa masuk ratusan ribu pekerja Bangladesh ke Malaysia.

"Bantah Kemasukan Pekerja Bangladesh, Bimbang Wujud 'Bangsa Baharu' Di Malaysia"-Ujar Presiden IKHLAS

Presiden Ikhlas Malaysia, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, jumlah rakyat Bangladesh di Malaysia kini sudah ramai dan sekiranya ditambah lagi, ia seolah-olah mewujudkan satu “bangsa baharu” di negara ini.

Tegasnya, mereka terbuka sekiranya pekerja dari negara lain dibawa masuk ke Malaysia namun bukan dari negara tersebut kerana dakwa Mohd Ridzuan, mereka banyak menimbulkan masalah.

Jelasnya, Ikhlas Malaysia memandang serius perkara ini demi masa depan bangsa, negara dan rakyat Malaysia. Dalam isu ini, kita minta pihak berkaitan ambil perhatian.

Beliau berpendapat, bahkan mereka turut mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan isu ini di Parlimen, perlu bantah perkara ini justeru faham bahawa ini isu kemanusiaan, isu hak asasi.

Namun menurutnya lagi, hak asasi rakyat Malaysia siapa nak jaga? Dalam isu ini, semua pihak yang terlibat perlu memandang serius perkara ini.

Tambah Mohd Ridzuan, pihaknya dan beberapa NGO lain juga telah membuat laporan polis berhubung beberapa isu berkaitan kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia.

Ujarnya, mereka telah membuat laporan polis pengambilan pekerja Bangladesh berjumlah 500,000 orang kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada negara dan rakyat.

Susulan itu, beliau berkata, laporan polis sekali lagi dibuat berhubung penglibatan kartel mengawal kemasukan pekerja negara berkenaan selain meminta pihak polis siasat isi kandungan artikel akhbar Bangladesh yang turut menyebut nama-nama yang terlibat.

"Bantah Kemasukan Pekerja Bangladesh, Bimbang Wujud 'Bangsa Baharu' Di Malaysia"-Ujar Presiden IKHLAS

Difahamkan, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan baru-baru ini memberitahu isu kemasukan pekerja asing dari Bangladesh sudah diselesaikan dan semua majikan boleh memohon untuk membawa masuk golongan berkenaan secara dalam talian.

Menurutnya, masalah tersebut berjaya diselesaikan melalui perjumpaan beliau bersama beberapa pucuk pimpinan Bangladesh dalam lawatannya ke negara berkenaan baru-baru ini.

Tegas beliau, semua kos pengambilan pekerja dari negara itu termasuk tambang penerbangan, levi dan yuran perubatan ditanggung majikan dan sekiranya mereka mengenakan caj, kuota mereka akan dibatalkan.

Majikan yang mengutip sebarang bayaran daripada pekerja Bangladesh yang tiba di negara ini akan dibatalkan kuota mereka.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply