Bantuan Khas Aidilfitri 2024 Penjawat Awam & Pesara | Bantuan Aidilfitri akan diberi kepada semua kaki – tangan awam dan juga pesara bermula pada 5 April ini. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim umumkan bantuan khas Aidilfitri sekitar RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah, dan juga lantikan kontrak.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata, bantuan kewangan RM250 pula buat pesara berpencen dan tidak berpencen. Anwar berkata, pemberian bantuan khas itu susulan maklum balas penjawat awam di ketika kunjungannya ke beberapa negeri baru – baru ini.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini.
Selain itu, anda boleh lihat banyak banyak info menarik dengan klik DI SINI.
Apakah Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 2024?
Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri Penjawat Awam adalah bantuan hari Raya bagi hargai jasa dan pengorbanan kaki tangan awam dalam menyampaikan perkhidmatan.
Pengumuman bantuan ini adalah salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi sambut Hari Raya.
Kerajaan juga setuju dalam menyalurkan BKKA kepada semua pesara dan juga veteran berpencen serta tidak berpencen.
Memperincikan insentif itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, dalam surat edaran semalam telah memaklumkan BKKA 2024 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Jumaat ini.
BKKA 2024 juga layak diterima oleh pegawai yang bercuti dengan bergaji penuh, bercuti separuh gaji dan bercuti tanpa gaji serta pegawai yang dipinjamkan. Termasuk juga agensi yang diasingkan saraannya. BKKA ini dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai itu.
Kelayakan Penjawat Awam
BKKA 2024 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 561 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara, Contract of Service2 dengan syarat pegawai masih berkhidmat pada 5 April 2024.
BKKA 2024 turut layak diberi kepada:
- pegawai yang bercuti bergaji penuh;
- pegawai yang bercuti separuh gaji;
- pegawai yang bercuti tanpa gaji ; dan
- pegawai yang dipinjam/ ditukar sementara dan juga agensi yang diasing urusan saraannya.
Kelayakan BKKA 2024 ini turut dipanjangkan kepada:
- guru interim;
- pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disedia pemandu oleh jabatannya; dan
- pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran serta Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
BKKA 2024 ini juga dibayar kepada Personel MySTEP dengan syarat telah dilantik sebelum 5 April 2024 dan masih khidmat pada 5 April 2024.
Kelayakan Pesara
BKKA 2024 sekitar RM500.00 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah dan juga pegawai/ kaki – tangan lantikan kontrak.
Turut dipanjangkan dengan kadar RM250.00 kepada pesara Kerajaan dan juga:
- Pesara Berpencen;
- Penerima Pencen Terbitan;
- Pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara melalui umur persaraan wajib;
- Pesara Bersara pilihan dan belum terima pencen;
- Veteran Berpencen; dan
- Veteran Tidak Berpencen
Tarikh Bayaran BKKA (Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024)
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Jumaat, (5 April 2024).
Kepada semua kaki – tangan awam, sifat ihsan yang diberi ini harus lah disambut dengan bakti kepada negara, bangsa dan agama dengan berintegriti, bertanggungjawab seiring dengan konsep MADANI.
Rujuk Surat Edaran JPA.800-3/2/4 (43), pada 1 April 2024:
https://www.jpa.gov.my/…/3365-bantuan-khas-kewangan…
Jumlah Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024
Bantuan khas kewangan Aidil Fitri membabitkan:
1) RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah dan juga lantikan kontrak.
2) RM250 untuk pesara Kerajaan dan juga Veteran Berpencen dan Veteran Tidak Berpencen.
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut, sila rujuk :
- Media sosial rasmi Anwar Ibrahim
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)